Keluarga Bendahara Johor yang mentadbir Pahang, kemudian mengasaskan Kesultanan Pahang yang baharu. Pengasasnya ialah Bendahara Siwa Raja Wan Ahmad. Wan Ahmad ditabalkan sebagai Sultan Pahang pada 12 Disember 1884 dengan gelaran Sultan Ahmad Al-Muazzam Shah. Dengan penggunaan gelaran sultan ini, maka muncul kesultanan baharu di Pahang yang berdaulat dan kekal hingga hari ini