Bab 8: Hindari Dosa-dosa besar

Cards (34)

  • (Spektrum ilmu): Maksud Al-Mubiqat?
    Al-Muhlikat iaitu perkara yang membinasakan atau merosakkan
  • TUJUH (7) DOSA BESAR YANG TERKANDUNG DALAM HADIS
    1. Syirik kepada Allah
    2. Sihir
    3. Membunuh
    4. Makan riba
    5. Makan harta anak yatim.
    6. Lari dari medan perang
    7. Menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina (Qazaf)
  • Jelaskan dua cara melakukan syirik
    1. Jali (nyata)
    2. Khafi (tersembunyi)
  • Maksud syirik Jali (nyata)

    Menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat sifat dan amal perbuatan
  • Contoh syirik Jali
    1. Menyembah berhala.
    2. Meyakini nabi isa alaihissalam sebagai anak allah.
    3. Meyakini alam dikuasai oleh selain Allah
  • Kesan syirik Jali
    merosakkan akidah
  • Maksud syirik khafi (tersembunyi)
    Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah
  • Contoh syirik khafi (tersembunyi)
    1. Melakukan solat kerana mengharapkan pujian manusia (riak)
    2. Berasa hebat dengan amalan sendiri (Ujub)
    3. Sombong dengan kelebihan duniawi yang dilakukan (Takbur)
  • Kesan melakukan syirik khafi (tersembunyi)

    merosakkan pahala aman
  • Maksud sihir
    Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin
  • Contoh sihir
    1. Santau
    2. Pukau
    3. Pelaris
    4. Minyak pengasih
  • Kesan sihir
    1. Mengakibatkan kesakitan tubuh badan
    2. Mencetuskan pergaduhan
    3. Memporak-perandakan rumahtangga
    4. Menyebabkan kematian
  • Antara amalan yang boleh menghindarkan diri daripada sihir termasuklah
    1. Membaca surah al-fatihah. 2.
    2. Membaca ayat Kursi
    3. Membaca surah al Ikhlas.
    4. Membaca Al muawwidzatain (Surah al-falaq dan Surah an-nas)
    5. Membaca Doa
  • hukuman membunuh seseorang kafir yang berada dalam perjanjian dengan negara Islam
    Sesiapa yang membunuh seseorang kafir yang berada dalam perjanjian dengan negara Islam. Dia tidak akan mencium bau syurga, sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak 40 tahun perjalanan
  • Apakah maksud makan riba
    Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang piutang
  • Contoh makan riba
     Hutang yang menetapkan faedah bayaran dengan peratusan tertentu
  • Kesan makan riba
     Mengakibatkan penindasan
     Melumpuhkan ekonomi umat islam
  • Maksud makan harta anak yatim
     Menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak
  • Contoh makan harta anak yatim
    Membelanjakannya untuk kegunaan peribadi pemegang amanah secara berlebih-lebihan
    Menyalahgunakan harta anak yatim
  • Kesan makan harta anak yatim
     Mengakibatkan penindasan
     Menjejaskan hubungan kekeluargaan
  • Maksud lari dari medan perang
    Meninggalkan Medan peperangan menghadapi musuh
  • Contoh lari dari medan perang
     Melarikan diri daripada pasukan yang sedang bertempur menghadapi serangan musuh
     Enggan mempertahankan negara apabila diarahkan
  • Kesan lari dari medan perang
     Keselamatan umat Islam dan negara akan terancam
     Negara terdedah kepada penjajahan dan campur tangan asing
  • Maksud menuduh perempuan yang beriman dan suci (qazaf)
     Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa saksi
  • Contoh qazaf
     Percakapan atau pertuduhan yang jelas seperti:
     “Kamu telah berzina” atau Memanggil seseorang wanita “Wahai Penzina”
  • Kesan Qazaf
     Menjatuhkan maruah mencetuskan perbalahan
  • Maksud Al-Ghafilat
    adalah orang yang bersih hati dan pemikirannya daripada lintasan dan niat untuk melakukan perzinaan sentiasa memelihara diri daripada terjebak ke dalam maksiat
  • Hukuman Qazaf
    Hukuman terhadap orang yang melakukan Qazaf ialah 80 kali sebatan
  • Apakah yang perlu kita lakukan untuk memelihara akidah?

    Kita hendaklah sentiasa memelihara diri daripada perbuatan merosakkan akidah.
  • Mengapa kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan membunuh?

    Kerana membunuh melanggar hak asasi manusia.
  • Apakah tanggungjawab kita dalam menguruskan harta anak yatim?
    Kita hendaklah bersikap amanah dalam menguruskan harta anak yatim untuk memelihara hak orang lain.
  • Mengapa kita perlu mempertahankan keamanan negara?
    Supaya Islam dapat ditegakkan.
  • Apa akibat menuduh orang berzina tanpa bukti?
    Maruah umat Islam terpelihara.
  • Apakah prinsip-prinsip yang perlu diikuti dalam pengajaran hadis?
    • Memelihara diri daripada merosakkan akidah
    • Menghindarkan diri daripada perbuatan membunuh
    • Bersikap amanah dalam menguruskan harta anak yatim
    • Mempertahankan keamanan negara
    • Menghindarkan diri daripada menuduh orang berzina tanpa bukti