B2

    Cards (17)

    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Silah Mad?
      Mad Silah Mad adalah mad yang terdapat selepas huruf HA dhamir yang berbaris kasrah atau dhommah.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Silah Qasilah?
      Mad Silah Qasilah berlaku apabila HA dhamir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu dengan huruf hijaiah selain daripada huruf hamzah pada dua kalimah yang berlainan.
    • Berapakah cara bacaan Mad Silah Qasilah?
      2 harakat.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Silah Tawilah?
      Mad Silah Tawilah berlaku apabila HA dhamir terletak di antara dua huruf berbaris bertemu dengan huruf hamzah pada dua kalimah yang berlainan.
    • Berapakah cara bacaan Mad Silah Tawilah?
      4 atau 5 harakat.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Lazim?
      Mad Lazim adalah huruf Mad bertemu dengan huruf yang bertanda sukun ketika bacaan secara wasal atau waqaf.
    • Berapakah cara bacaan Mad Lazim?
      6 harakat.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf?
      Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf adalah huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang tidak bersyaddah dalam satu kalimah dan tidak dibaca secara idgham.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Lazim Kalimi Muthaqqal?
      Mad Lazim Kalimi Muthaqqal adalah huruf mad bertemu dengan huruf bertanda sukun yang bersyaddah dalam satu kalimah dan dibaca secara idgham.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Lazim Harfi Mukhaffaf?
      Mad Lazim Harfi Mukhaffaf adalah huruf mad yang terdapat pada pembukaan surah bertemu huruf bertanda sukun dan tidak dibaca secara idgham.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Mad Lazim Harfi Muthaqqal?
      Mad Lazim Harfi Muthaqqal adalah huruf mad yang terdapat pada pembukaan surah bertemu huruf bertanda sukun dan dibaca secara idgham.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Qalqalah?

      Qalqalah adalah bunyi lantunan ketika menyebut huruf Qalqalah.
    • Apakah huruf-huruf Qalqalah?
      Huruf Qalqalah adalah qaf (ق), tho (ط), ba’ (ب), jim (ج), dan dal (د).
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Qalqalah Sunghra?
      Qalqalah Sunghra adalah huruf qalqalah yang berbaris suskun pada pertengahan kalimah atau hujung kalimah ketika bacaan secara wasal.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Qalqalah Kubra?
      Qalqalah Kubra adalah huruf qalqalah yang berbaris sukun atau sukun yang mendatang pada hujung kalimah ketika bacaan secara waqaf.
    • Apakah yang dimaksudkan dengan Qalqalah Akbar?
      Qalqalah Akbar adalah huruf qalqalah yang berbaris syaddah pada hujung kalimah ketika bacaan secara waqaf.
    • Apakah bunyi lantunan ketika menyebut huruf qalqalah pada Qalqalah Akbar?
      Bunyi lantunan lebih kuat ketika menyebut huruf qalqalah ketika waqaf.
    See similar decks