Malaysia terlibat dalam temasya sukan pada peringkat antarabangsa dan diberikan kepercayaan sebagai tuan rumah penganjuran sukan kerana memiliki infrastruktur sukan lengkap
★ Sukan SEA
Negara kita menjadi tuan rumah Sukan SEA pada tahun 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.
Pada tahun 1959 hingga tahun 1977 dikenali sebagai Kejohanan Sukan SEAP.
Penganjuran kejohanan ini merapatkan hubungan antara negara serantau.
★ Piala Thomas
Penganjuran kejohanan (badminton) Piala Thomas berlangsung di negara kita sebanyak enam kali.
Berlangsung dengan jaya dan meriah pada tahun 1970, 1984, 1988 dan 1992 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Berlangsung pada tahun 2000 dan 2010 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Penganjuran kejohanan ini membawa imej gemilang kepada negara.
★ Hoki Piala Dunia
Tuan rumah kepada dua edisi Kejohanan Hoki Piala Dunia.
Berlangsung di Stadium Merdeka pada tahun 1975 yang melibatkan persaingan daripada 12 buah negara.
Berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil pada tahun 2002 dengan jumlah penyertaan terbanyak, iaitu 16 buah negara.
Penganjuran kejohanan ini mendorong pembangunan sukan hoki di negara kita.
Sukan Permotoran
Diberikan kepercayaan menjadi tuan rumah sukan permotoran antarabangsa bermula pada tahun 1991.
Sukan permotoran yang dianjurkan ialah: • Grand PrixMotorcycle Racing (MotoGP).
• Superbike World Championship (SBK).
Penganjuran sukan ini menjanakan pendapatan negara.
Le Tour de Langkawi
Penganjuran kejohanan lumba basikal antarabangsa ini merupakan acara tahunan di negara kita bermula pada tahun 1996.
Nama kejohanan ini diambil bersempena dengan lokasi pelepasan perlumbaan, iaitu di Pulau Langkawi, Kedah.
Laluan kejohanan ini yang menjelajah ke seluruh negara telah membantu kita mempromosikan destinasi pelancongan di Malaysia.
Sukan Komanwel
Malaysia merupakan negara Asia pertama menjadi tuan rumah Sukan Komanwel, iaitu pada tahun 1998.
Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi stadium utama kejohanan.
Imej Orang Utan dipilih sebagai maskot dan bunga raya menjadi logo kejohanan.
Penganjuran kejohanan ini berjaya memupuk semangat setiakawan sesama anggota negara Komanwel.
Formula One dan Formula E
Menjadi tuan rumah Formula One sejak tahun 2000.
Berlangsung di Sepang International Circuit (SIC) yang merupakan litar perlumbaan bertaraf dunia.
Penganjuran sukan antarabangsa Formula E diadakan di Putrajaya pada tahun 2014.
Penganjuran perlumbaan ini menarik kehadiran peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.
Piala Monsun
Menjadi tuan rumah siri kejohanan sukan perahulayar sejak tahun 2005.
Lokasi pertandingan di Pulau Duyong, Terengganu.
Penganjuran di negara kita merupakan acara penutup dalam kalendar kejohanan tersebut.
Peranan Malaysia sebagai tuan rumah sukan bertaraf antarabangsa menjadikan negara kita dikenali di peringkat dunia dan dapat menarik kedatangan pelancong luar negara yang dapat menyumbang kepada pembangunanekonomi negara