Sistem pendidikan

Subdecks (1)

Cards (22)

  • Perkembangan Pendidikan
    • Pendidikan bermula sejak zaman Dinasti Shang dan berkembang ketika zaman Dinasti Zhou.
    • Wujud ramai falsafah seperti Konfusius.
    • Konfusius (551 SM - 479 SM) telah menghasilkan karya terkenalnya Lun Yu (Analects).
    • Ajaran Konfusianisme kekal sehingga kini.
  • Matlamat Sistem Pendidikan
    1. Lulus peperiksaan perkhidmatan awam.
    2. Mengekalkan ajaran Konfusianisme.
    3. Membezakan golongan elit dengan golongan rakyat.
    4. Memilih pegawai kerajaan.
    5. Memupuk nilai moral dan etika.
  • Tahap Sistem Pendidikan
    • Kemahiran kendiri berdasarkan kemampuan:
    • Menghafal
    • Memahami
    • Menulis
    • Menterjemah
  • Peringkat pendidikan
    Pendidikan Rendah
    • Menghafal tulisan serta buku suci tanpa perlu memahami maknanya.
    Pendidikan Menengah
    • Menulis karangan dan sajak.
    Pendidikan Tinggi
    • Menterjemahkan dan mengintepretasikan buku suci
    • Pelajaran berkaitan etika upacara, adat istiadat dan tanggungjawab rakyat kepada raja dan negara.
  • Perkembangan pendidikan dalam Tamadun China
    Dinasti Qin
    • Pendidikan menekankan aspek pemahaman perundangan oleh Han Fei Zi.
    • Maharaja Shi Huangdi menyeragamkan sistem tulisan.
    Dinasti Han
    • Penubuhan sekolah tinggi di Chang’an.
    • Penekanan kepada pembelajaran ajaran Konfusianisme.
    • Penubuhan sekolah pada peringkat daerah dan wilayah.
    • Teknologi pembuatan kertas daripada campuran kulit pokok, serpihan rami kain, dan jaring oleh Cai Lun membawa kepada peningkatan pendidikan di sekolah.