Pilihan Raya

Cards (24)

  • Perkembangan pilihan raya di Persekutuan Tanah Melayu
    - pilihan raya diadakan selaras dengan peruntukan perjanjian PTM 1948
    - Kerajaan Persekutuan mewujudkan jawantankuasa pilihan raya bagi mengkaji dan mencadang perkara tersebut
    -ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan pada 1950 yang memberi kuasa kepada majlis tempatan untuk adakan pilihan raya
  • Pilihan raya pertama

    -Pilihan raya pertama diadakan di Georgetown pada 1951.
    -Diadakan bagi memilih 9 orang pesuruhjaya Perbandaran Georgetown.
    -sebelum pilihan raya pertama ada, ahli dalam Majlis Perbandaran disandang oleh Gabenor negeri-negeri selat
    - Hari pendaftaran adalah dari 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951. 14514 orang mendaftar.
  • Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
    - Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada Februari 1952
    -Diadakan untuk merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur bagi kawasan Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya
    - Dalam pilihan raya ini, Umno bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mengadakan kerjasama dan bergabung. Gabungan ini dikenali sebagai Perikatan
    - Pilihan raya seterusnya diadakan pada peringkat bandar, Ipoh, Alor Setar, Melaka dan Seremban
    -kerjasama UMNO-MCA terus mendapat kemenangan pada kerusi majlis perbandaran yang dipertandingkan
  • Pilihan Raya peringkat negeri
    Pilihan Raya peringkat negeri diadakan pada 1954
    - Perikatan UMNO-MCA memenangi 226 daripada 268 kerusi yang dipertandingkan.
    - Menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama antara kaum dalam politik negara kita pada masa itu.
  • Rundingan sebelum pilihan raya umum
    -Pada 1 Februari 1954, Jawatankuasa pilihan raya dibentuk dengan 46 orang ahli.
    -Jawatankuasa Pilihan Raya mengeluarkan dua bentuk penyata susunan MPP iaitu Bentuk A dan Bentuk B
  • Bentuk A
    - Seorang speaker
    -Tiga orang ahli yang dilantik
    - Sebelas orang wakil negeri
    - Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu
    - Tiga orang dilantik mewakili golongan minoriti
    - Dua orang ahli rasmi(setiausaha pertahanan dan setiausaha ekonomi)
    - Enam puluh orang dipilih melalui pilihan raya
  • Bentuk B
    - Seorang speaker
    - Tiga orang ahli yang dilantik
    - Sebelas orang wakil negeri
    - Dua puluh orang dilantik mewakili kepentingan tertentu
    - Tiga orang dilantik mewakili golongan minoriti
    - Dua orang ahli rasmi( Setiausaha pertahanan dan setiausaha ekonomi)
    - 44 orang dipilih melalui pilihan raya
    - 8 orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
  • Pemilihan bentuk pada awalnya
    - Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih bentuk A
    - Jawatankuasa Pilihan Raya memilih bentuk B
  • Proses pemilihan bentuk MPP
    - Tunku Abdul Rahman berangkat ke London dengan Tan Cheng Lock, T. H Tan disertai Tun Abdul Razak
    - Rombongan ini bertujuan menentukan 3 per 5 bilangan MPP
    - Bilangan MPP ini perlu dipilih melalui pilihan raya
    - Lord Ogmore membantu Tunku Abdul Rahman sehingga berjaya berjumpa dengan ahli Parlimen terdiri daripada Parti Buruh British, Parti Konservatif dan Parti Liberal.
    Tunku Abdul Rahman menyatakan hasratnya melalui akhbar kepada rakyat British dan ahli parlimen
  • Proses pemilihan bentuk MPP
    - Pada 14 Mei 1954, Tunku Abdul Rahman mengadakan rundingan dengan Oliver Lytetton iaitu Setiausaha Tanah Jajahan British di London.
    - Rundingan tersebut gagal. Namun kepulangan mereka disambut meriah di Tanah Melayu
    - Akhirnya, bilangan ahli MPP yang dipersutujui dipilih melalui pilihan raya ialah 52 orang.
    Perkara ini disetujui oleh pihak British dan parti perikatan.
  • Syarat menjadi pengundi
    - Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
    - Berumur 21 tahun ke atas
    - Individu yang tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan terdahulu
  • Syarat menjadi calon
    - Warganegara Persekutuan Tanah Melayu
    - Berumur 21 tahun ke atas
    - Tinggal di Persekutuan Tanah Melayu dan tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum hari penamaan calon
  • Proses pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

    1. Suruhanjaya Penentuan Sempadan ditubuhkan dan membentuk 52 kawasan pilihan raya
    2. Rang undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan
    3. Pendaftaran pengundi bermula 18 Oktober 1954 dan di Terengganu bermula keeseokannya
    4. Penamaan calon
    5. Kempen pilihan raya
    6. Mengundi
    7. Peti undi dibawa ke pusat pengiraan dan pengiraan dilakukan
    8. Pengumuman keputusan
  • Pilihan Raya awal di Sarawak
    - Pilihan raya pertama diadakan pada 1956
    - Diadakan sebagai persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri
    - Diadakan bagi kawasan Kuching Municipal Council dan seterusnya Sibu Urban District Council pada 1957.
    - Bagi pilihan raya KMC, Kuching dibahagikan kepada 9 kawasan
  • Pilihan raya awal di Sarawak
    - Selepas pilihan raya, William Tan dipilih sebagai Pengerusi pertama Kmc Dan Ong Kee timbalannya
    - Bagi pilihan raya SUDC, Sibu dibahagikan kepada 9 kawasan
    - Ting Chew Huat dipilih sebagai pengerusi SUDC dan John Loo Ling Chong sebagai timbalannya.
    - Mengadakan pilihan raya mengadakan tindakan baik dan disambut baik oleh rakyat
  • Pilihan raya awal di Sabah
    - Pilihan Raya pertama diadakan pada 16 Disember 1962
    - Pilihan raya ini diadakan di bawah Local Government Elections Ordinance untuk 118 kawasan di pihak berkuasa tempatan.
    - Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku punguasa Pilihan Raya bertanggungjawab melaksanakan pilihan raya
  • Penubuhan majlis perundangan persekutuan

    - Setelah kemenangan besar dalam pilihan raya 1955, Parti Perikatan membentuk Kerajaan Persekutuan
    - Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu
    - MPP berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu
    - MPP mengalami perubahan dari segi bilangan keanggotaannya
  • Majlis Perundangan Persekutuan 1948
    - 52 orang - ahli tidak rasmi dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu
    -3 orang ex officio- Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan
    -9 orang residen- Residen British mewakili 9 buah Majlis Negeri
    -2 orang - Wakil Negeri-negeri Selat iaitu Penang dan Melaka
    -11 orang- Ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan
    -jumlah=100 orang
  • Majlis Perundangan Persekutuan 1955
    - 52 orang- Ahli yang dipilih melalui pilihan raya
    -35 orang- Ahli lantikan mewakili kumoulan yang berkepentingan seperti keusahawanan, perlombongan, perindustrian dan pertanian
    -11 orang- Menteri Besar mewakili negeri
    -2 orang- mewakili negeri-negeri Selat iaitu Penang dan Melaka
  • Kesan penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan
    - Kerajaan akan mengambil alih tugas pentadbiran Tanah Melayu daripada Pesuruhjaya Tinggi British
    - Proses pertukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa. Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringkat atasan yang menentukan hala tuju negara.
    -Kuasa pegawai British mula dipindahkan kepada rakyat tempatan secara beransuran. Masih terdapat pegawai British yang menjadi penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Sistem ahli dimansuhkan
    Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting dalam negara kita.
  • Peranan kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu
    - Kabinet tahun 1955 dibarisi 10 orang menteri diketuai Tunku Abdul Rahman
    - 3 orang pegawai British memegang portfolio Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan
    Semua jemaah menteri diumumkan dengan rasminya oleh Sir Donald Mcgillivray setelah mendapat perkenan raja-raja Melayu
  • Kabinet pertama Persekutuan Tanah Melayu
    Tunku Abdul Rahman- ketua menteri
    Dato' Abdul Razak Hussein-Menteri Pelajaran
    Dato' Sulaiman Dato' Abdul Rahman- Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar
    Dr Ismail Abdul Rahman- Menteri Tanah dan Galian
    H.S Lee- Menteri Pengangkutan
    Sardon Jubir- Menteri Kerja Raya
    V.T sambanthan- Menteri buruh
    Leong Yew Koh- Menteri Kesihatan
    Ong Yoke Lin- Menteri Pos dan Telekom
    Abdul Aziz Ishak- menteri pertanian
  • Peranan kabinet pertama
    - Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidrnatan awam.
    -Menyambung sistem yang diguna pakai dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan Model Westminster
    - Mengurangkan kuasa pentadbiran British.
    - Meminta Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan.
    - Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan.
  • Fungsi menteri
    Tunku Abdul Rahman- menunaikan mandat daripada rakyat untuk mencapai kemerdekaan
    Dato' Abdul Razak- membina bangsa yang bersatu melalui sistem pendidikan
    V. T Sambanthan- menjadikan perkhiclmatan awam bercorak tempatan. Beliau mengurangkan pegawai Eropah dalam Malayan Civil Service (MCS) secara berperingkat.
    Leong Yew Koh- memenuhi manifesto Parti Perikatan. Beliau dikehendaki menjalankan rancangan secara meluas dengan meningkatkan mutu perkhidmatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin dalam tempoh negara menuju berkerajaan sendiri