peribahasa

    Cards (24)

    • buat baik berpada-pada, buat jahat sekali-kali
      sekiranya membuat kebaikan hendak ada batasnya, sebaliknya jangan melakukan kejahatan
    • ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
      berhati-hati apabila melakukan sesuatu sebelum terlambat
    • masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
      orang yang tidak peduli atau tidak mahu mendengar nasihat
    • baik membawa resmi, padi daripada resmi lalang
      tidak sombong atau rendah diri
    • belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
      sesekali melakukan pekerjaan dua tiga hasrat tercapai
    • diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
      orang berilmu yang berdiam diri lebih baik daripada orang diam tetapi tidak berilmu
    • diibaratkan sebagai condong ditumpil, lemah dianduh
      memberikan pertolongan kepada orang-orang di dalam kesusahan
    • masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak
      kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
    • hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
      hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang mahir tentang sesuatu perkara itu
    • hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
      setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan
    • kalau tiada rotan, akar pun berguna
      sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya tidak dapat diperolehi memadai dengan apa yang ada
    • kalau tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya
      kita tidak akan mendapat hasil jika tidak berusaha
    • jika ada kemenyan sebesar lutut pun, jika tidak dibakar tidak akan berbau
      kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan akan hilang begitu sahaja
    • kalau tidak berada-ada tak akan tempua bersarang rendah
      tentu ada sebab yang tersembunyi menyebabkan sesuatu hal terjadi
    • kalau tidak kerana angin tidak akan pokok bergoyang
      kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya
    • perempuan serasan, lelaki pemalu
      pegangan hidup yang tidak serupa
    • kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
      kehidupan yang terlalu miskin sehingga pendapatan yang diperoleh hanya cukup untuk hari itu sahaja
    • kuman di seberang laut nampak, gajah di hadapan mata tak nampak
      kesalahan orang lain walaupun kecil akan nampak tetapi kesalahan diri tidak disedari
    • alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
      kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu, biarlah diperoleh hasil daripadanya
    • bagaimana acuan begitu kuihnya
      perangai anak biasanya mengikut orang yang mengasuhnya
    • berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
      seberat mana pun kesusahan yang kita lihat, lebih berat lagi penderitaan orang yang mengalaminya
    • carik-carik bulu ayam lama-kelamaan bercantum juga
      perselisihan antara saudara-mara dan adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya akan berdamai
    • di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
      seseorang yang bercita-cita tinggi akan berusaha untuk mencapainya
    • harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan mata
      setiap manusia akan dikenang melalui perbuatan baik atau buruk yang dilakukanya
    See similar decks