Tamadun Rom terletak di Lembah Latium berhampiran dengan Sungai Tiber.
Lembah Latium merupakan kawasan subur yang membolehkan aktiviti pertanian giat dijalankan
Sungai Tiber pula menjadi sumber air utama kepada penduduk dan menjadi laluan utama untuk berlayar ke laut.
Tamadun Rom boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu
Zaman Beraja (753 - 509SM)
Zaman Republik (509 - 27SM)
Zaman Empayar (27SM - 476M)
Tamadun Rom mencapai tahap kegemilangannya pada era Pax Romana (27SM - 180M). Pax Romana begitu penting kerana selama 200 tahun keamanan wujud dalam Tamadun Rom yang berkembang meliputi tiga buah benua, iaitu Asia, Afrika dan Eropah.
Masyarakat dalam Tamadun Rom, terbahagi kepada tiga kelompok iaitu:
kalangan Patrician atau atasan
kalangan Plebian yang terdiri daripada petani, artisan dan peniaga
hamba
Tamadun Rom mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, seperti politik, ekonomi, sains dan teknologi, falsafah dan pendidikan.