sejarah 6.4

Cards (10)

  • Tamadun Rom terkenal dengan kepakaran dalam bidang seni bina. Setiap binaan mempunyai kegunaan yang khusus. Binaan-binaan ini juga mempunyai ketahanan tinggi yang masih kekal hingga kini dan menjadi warisan sejarah yang tidak ternilai harganya.
  • Seni bina Rom merupakan gabungan antara teknik seni bina yang diwarisi sejak Zaman Yunani dengan inovasi yang dilakukan oleh orang Rom dengan menggunakan bahan binaan baharu serta reka bentuk yang kreatif. Gabungan ini membolehkan bangunan dan binaan dalam Tamadun Rom mempunyai ciri-ciri yang tersendiri yang kekal sehingga kini
  • Colosseum
    • Merupakan binaan yang melambangkan keagungan Tamadun Rom yang dijadikan tempat mengadakan persembahan dan pertandingan bersaiz besar
    • Colosseum mempunyai sistem pengurusan penonton yang setanding dengan stadium pada zaman moden.
    • Terdapat 80 pintu masuk serta tempat duduk penonton yang dibina bertingkat-tingkat
  • Colosseum
    • Mempunyai ketinggian mencapai 50 meter panjang, lebar 156 meter dan luas keseluruhan bangunan kira-kira 2.5 hektar dengan kawasan arena seluas 85 meter x 45 meter yang mampu memuatkan 50000 orang pada satu-satu masa.
    • Binaan ini dimulakan oleh Raja Vespian pada tahun 72M dan diselesaikan oleh anaknya, Titus pada tahun 80M
  • Pantheon
    • binaan berkubah yang terbesar di dunia yang digunakan sebagai tempat penyembahan dewa-dewi masyarakat Rom.
    • Pada awalnya, Pantheon dibina oleh Marcuz Visanius Agrippa pada tahun 27SM, namun musnah dalam kebakaran pada tahun 80M
    • Pantheon dibangunkan semula oleh Maharaja Hadrian pada tahun 125M
    • Pantheon dibina dengan mengambil gaya binaan zaman Yunani terutamanya di bahagian hadapan yang mempunyai tiang yang kukuh.
  • Amfiteater
    • Merupakan Colosseum mini atau sebuah gelanggang terbuka untuk membuat persembahan seni, pertunjukan dan gladiator
    • Berbentuk lingkaran
    • Terdapat kira-kira 230 amfiteater yang dibina di seluruh empayar Rom dengan mempunyai pelbagai saiz dan kapasiti penonton yang berbeza.
  • Akueduk
    • berfungsi membekalkan air ke rumah kediaman di sekitar bandar dalam Empayar Rom.
    • Air dari akueduk juga disalurkan ke tempat mandi awam dan binaan-binaan utama di Rom termasuklah ke Colosseum sewaktu acara gladiator diadakan
    • Akueduk pertama dibina di Aqua Appia pada tahun 312SM dengan panjangnya 16km
    • Marcus Agrippa merupakan antara jurutera Rom yang bertanggungjawab membina akueduk, seperti Aqua Virgo yang dibina pada tahun 19SM
  • Jalan raya
    • dibina pada tahun 500SM dengan tujuan untuk menghubungkan bandar-bandar utama bagi memudahkan pergerakan tentera serta sebagai sistem pengangkutan.
    • OLeh sebab matlamat asas adalah untuk kegunaan tentera, jalan raya tersebut dibina secara berlapis-lapis dengan menggunakan batu besar, batu kecil dan batu kerikil supaya tahan dan kuat menahan beban serta pergerakan pasukan tentera.
  • Tembok pertahanan
    • pembinaan tembok pertahanan bertujuan untuk melindungi Tamadun Rom daripada serangan musuh
    • Tembok ini juga menjadi pemisah antara kawasan yang terletak di bawah kekuasaan Rom dengan kawasan yang bukan wilayah Rom.
    • Seni membina tembok pertahanan telah bermula pada tahun 100M dengan menggunakan batu yang disusun memanjang serta mencapai ketinggian sehingga lima meter.
  • Tempat mandi awam
    • Orang Rom membina tempat mandi awam kerana percaya mandi penting untuk kebersihan dan kesihatan serta melambangkan kehidupan bertamadun.
    • Ruang mandi mempunyai bahagian yang berasingan iaitu tempat mandi air panas, sejuk, suam serta berwap.
    • Tempat mandi awam dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk tandas, ruang mandi, ruang untuk mengurut, perpustakaan, bilik berehat dan bersenam.
    • Tempat mandi awam yang terkenal termasuklah Caracalla di Rom didirikan oleh Maharaja Caracalla.