Petempatan di Malaysia terbahagi kepada dua jenis, iaitu petempatan bandar dan petempatan luar bandar.
Petempatan bandar merujuk kepada kawasan petempatan yang mempunyai jumlah penduduk yang padat.
Ciri Petempatan Bandar di Malaysia
Jumlah penduduk melebihi 10000 orang
Mempunyai kemudahan asas yang pelbagai
Kawasan kediaman berciri moden
Kegiatan ekonomi melibatkan sektor perindustrian, perniagaan, pembinaan, pentadbiran dan perkhidmatan
Petempatan luar bandar merujuk kepada kawasan petempatan yang mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.
Ciri Petempatan Luar Bandar di Malaysia
Jumlah penduduk kurang daripada 10000 orang
Kemudahan asas yang minimum
Kawasan kediaman sederhana dan berciri tradisional
Kegiatan ekonomi terhad kepada sektor pertanian, industri desa dan penternakan.
Terdapat empat pola petempatan yang wujud di Malaysia, iaitu berpusat, berkelompok, berjajar dan berselerak.
Petempatan Berpusat
rumah atau bangunan dibina secara rapat di sesuatu kawasan yang menjadi tumpuan penduduk
Petempatan Berpusat
terdapat di kawasan persimpangan jalan raya atau taman perumahan, contohnya petempatan di Bandar Tun Razak (Kuala Lumpur)
Petempatan Berpusat
terdapat kemudahan yang melibatkan pusat perniagaan, pelabuhan dan rumah ibadat
Petempatan Berkelompok
susun atur rumah adalah secara berkelompok dan terancang di sesuatu kawasan
Petempatan Berkelompok
terdapat juga di kawasan petempatan Rancangan Pembangunan Tanah Persekutuan seperti Felda Trolak (Perak, Felda Air Tawar (Johor) dan Felda Sahabat (Sabah)
Petempatan Berjajar
rumah atau bangunan yang dibina di sepanjang jalan raya dan di tepi pantai
Petempatan Berjajar
Kelihatan tersusun secara deretan dan hampir seragam
Petempatan Berjajar
terdapat di kawasan pinggir laut dan sepanjang sungai, contohnya di sepanjang Sungai Rajang (Sarawak) dan pesisir pantai Kuala Besut (Terengganu)
Petempatan Berselerak
rumah dan bangunan dibina secara berselerak dan berjauhan antara satu sama lain
Kelihatan bertaburan dan tidak seragam
Petempatan Berselerak
terdapat di kawasan kampung, kebun kecil getah dan sayur, contohnya di Bukit Tinggi (Pahang) dan Kundasang (Sabah)
Fungsi Petempatan Bandar
Ekonomi
Sosial
Kerajaan/ Governan
Ekonomi
Bandar Pelancongan
Bandar Pelabuhan
Bandar Perlombongan
Bandar Teknologi Maklumat
Bandar Perindustrian
Sosial
Bandar Diraja
Bandar Satelit
Bandar Pendidikan
Kerajaan/Governan
Bandar Pertahanan
Bandar Pentadbiran
Bandar Sempadan
Bandar Pelancongan
terkenal dengan pelbagai aktiviti pelancongan
menawarkan pelbagai peluang pekerjaan dalam sektor perniagaan dan sektor pelancongan
Sebagai contoh, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan BandarayaMelaka (Melaka)
Bandar Pelabuhan
bandar yang melibatkan urusan import dan eksport
penduduk terlibat dapam sektor perkapalan dan penguatkuasaan maritim
sebagai contoh,
Pasir Gudang (Johor)
Klang (Selangor)
Georgetown (Pulau Pinang)
Bintulu (Sarawak)
Teluk Sepanggar (Sabah)
Bandar Perindustrian
Bandar yang mempunyai pelbagai kegiatan industri
Kebanyakan penduduk bekerja dalam bidang pengeluaran, kejuruteraan dan teknikal
Sebagai contoh
Shah Alam (Selangor)
Perai (Pulau Pinang)
Bandar Teknologi Maklumat
Bandar yang berperanan mengembangkan teknologi maklumat dan telekomunikasi
Terdapat pelbagai peluang pekerjaan yang melibatkan penggunaan ICT termasuk pemasaran dan pengaturcaraan komputer
Sebagai contoh
Cyberjaya (Selangor)
Taman Teknologi Malaysia (Kuala Lumpur)
Bandar Perlombongan
Bandar yang berkembang akibat penerokaan sumber mineral
Menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kegiatan perlombongan dan cari gali
Sebagai contoh
Bintulu (sarawak)
Kerteh (Terengganu) yang berfungsi sebagai bandar perlombongan petroleum dan gas asli
Bandar Diraja
Bandar yang menjadi tempat terletaknya istana, iaitu kediaman rasmi bagi sultan atau raja
Wujud peluang pekerjaan sampingan kepada penduduk setempat disebabkan aktiviti pelancongan
Sebagai contoh
Pekan (Pahang)
Kualan Kangsar (Perak)
Arau (Perlis)
Bandar Satelit
• Berperanan sebagai bandar sokongan kepada bandar utama
Peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor •
Sebagai contoh, Petaling Jaya (Selangor) dan Senawang (Negeri Sembilan)
Bandar Pendidikan
Terdapat institusi pendidikan tinggi yang menawarkan peluang pekerjaan
Wujud peluang pekerjaan sebagai pensyarah atau kakitangan institusi pendidikan tinggi
Sebagai contoh
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak
Bandar Pertahanan
Menempatkan pangkalan tentera yang menjadikan bandar ini berkembang sebagai kawasan petempatan yang lebih besar
Sebagai contoh, Lumut (Perak) dan Port Dickson (Negeri Sembilan)
Bandar Sempadan
Berfungsi sebagai pintu keluar masuk negara
Kegiatan pelancongan dan perdagangan yang rancak
Sebagai contoh, Rantau Panjang (Kelantan) dan Padang Besar (Perlis)
Bandar Pentadbiran
Berfungsi sebagai ibu negeri, ibu negara atau pusat pentadbiran
Menawarkan pelbagai bentuk perkhidmatan kepada penduduk
Sebagai contoh, Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan manakala Kota Kinabalu (Sabah), Kuantan (Pahang) dan Kangar (Perlis) berperanan sebagai ibu negeri
Fungsi Petempatan Luar Bandar
Ekonomi
Sosial
Kerajaan/Governan
Sosial
Petempatan luar bandar turut mempunyai kemudahan sosial seperti rumah ibadat, klinik kesihatan, perkhidmatan pos, bekalan air dan elektrik
Ekonomi
Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi, iaitu pertanian, penternakan, perlombongan dan industri desa yang menawarkan peluang pekerjaan
Pertanian di kawasan luar bandar merangkumi penanaman padi, getah, kelapa sawit dan sayur-sayuran
Penternakan lembu, kambing serta penternakan ikan air tawar
Perlombongan melibatkan penerokaan sumber mineral
Industri desa membolehkan penduduk menghasilkan produk seperti kraftangan dan makanan
Kerajaan/Governan
Perkhidmatan pengurusan pentadbiran terdapat di luar bandar
Penduduk dapat menyelesaikan urusan mereka melalui pejabat penghulu, ketua kampung, tok batin, tuai rumah atau penggawa yang menjadi wakil kepada kerajaan dan menjalankan peranan serta tanggungjawabnya terhadap masyarakat setempat
Balai raya juga berperanan sebagai pusat kegiatan kemasyarakatan