Geografi Bab 12

Cards (34)

  • Malaysia menerima jumlah hujan yang tinggi sepanjang tahun, iaitu kira-kira 2500mm hingga 3000mm setahun.
  • Malaysia kaya dengan dua sumber air, iaitu air permukaan dan air bawah tanah.
  • Sumber air permukaan adalah sumber air utama dan sebahagian kecil sahaja sumber air bawah tanah digunakan.
  • 97% sumber air negara adalah daripada air permukaan.
  • Air permukaan ialah air yang didapati di permukaan daratan.
  • Apabila hujan turun, air hujan akan mengalami beberapa proses hidrologi seperti intersepsi dan infiltrasi.
  • Intersepsi ialah proses air hujan yang jatuh di permukaan daratan tetapi tidak menyerap ke dalam tanah.
  • Infiltrasi ialah proses air di permukaan daratan yang menyerap ke dalam tanah.
  • Air hujan akan mengalir di permukaan bumi sebagai air permukaan yang akan sampai ke sistem saliran seperti sungai, empangan dan tasik.
  • Sungai merupakan sumber air utama untuk kegunaan harian, industri dan sumber pengairan bagi pertanian.
  • Terdapat lebih kurang 150 lembangan sungai utama di Malaysia yang membekalkan sumber air mentah negara.
  • Sungai yang membekalkan sumber air utama di Malaysia
    • Sungai Kelantan (Kelantan)
    • Sungai Rajang (Sarawak)
    • Sungai Pahang (Pahang)
    • Sungai Muda (Kedah)
    • Sungai Kinabatangan (Sabah(
  • Tasik yang membekalkan sumber air utama di Malaysia
    • Tasik Banding (Perak)
    • Tasik Kenyir (Terengganu)
    • Tasik Bera (Pahang)
    • Tasik Chenderoh (Perak)
  • Air Bawah Tanah
    • Air bawah tanah bermaksud air yang tersimpan dalam lapisan tanah atau batuan yang terletak di bawah permukaan bumi
  • Air Bawah Tanah
    • Malaysia mempunyai kira-kira 5000 bilion meter padu simpanan air bawah tanah yang belum diterokai
  • Air Bawah Tanah
    • Hanya tiga peratus air bawah tanah yang digunakan di Malaysia.
  • Punca Krisis Air di Malaysia
    • Penebangan hutan di kawasan tadahan air
    • Fenomena cuaca
    • Pembuangan sampah
    • Permintaan tinggi dalam sektor perindustrian
    • Pencemaran baja kimia dan racun serangga
    • Peningkatan populasi penduduk
    • Sikap dan tabiat pengguna yang membazir
  • Penebangan Hutan di Kawasan Tadahan Air
    • Hutan merupakan ekosistem yang penting untuk sumber bekalan air bersih.
  • Penebangan Hutan di Kawasan Tadahan Air
    • Penerokaan hutan secara meluas dalam kegiatan pembalakan dan pertanian menjadi punca hakisan tanah.
  • Penebangan Hutan di Kawasan Tadahan Air
    • Pemendapan dan hakisan cerun menjejaskan bekalan serta kualiti sumber air.
  • Fenomena Cuaca
    • Fenomena cuaca seperti kemarau dan El Nino merupakan salah satu punca berlakunya krisis air di Malaysia
  • Fenomena Cuaca
    • Pada tahun 2016. berlaku fenomena El Nino yang menyebabkan kemarau panjang di seluruh Semenanjung Malaysia.
  • Fenomena Cuaca
    • Antara kesannya adalah penyusutan aras air di Empangan Timah Tasah (Perlis) dan Empangan Tasik Merah (Perak) sehingga mencapai tahap kritikal.
  • Pembuangan Sampah Sarap ke dalam Sungai
    • Kebanyakan sungai di Malaysia tercemar dengan sampah dan sisa industri
  • Pembuangan Sampah Sarap ke dalam Sungai
    • Berdasarkan 2016, sebanyak 229 daripada 473 sungai di seluruh negara didapati tercemar.
  • Permintaan yang Tinggi Sektor Perindustrian
    • Menjelang tahun 2020, permintaan air dalam sektor perindustrian akan terus meningkat.
  • Permintaan yang Tinggi Sektor Perindustrian
    • Antara industri yang melibatkan banyak penggunaan air ialah industri pemprosesan makanan, industri pembuatan dan penyaduran serta industri kimia.
  • Penggunaan Baja Kimia dan Racun Serangga dalam Pertanian
    • Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan atau tidak mengikut piawaian dalam pertanian menyebabkan pencemaran sungai yang serius.
  • Peningkatan Populasi Penduduk Malaysia
    • Pada tahun 2020, penduduk Malaysia dianggarkan berjumlah 35 juta orang
    • Pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan permintaan terhadap air.
  • Kesan Krisis Air Di Malaysia
    KEKURANGAN BEKALAN AIR BERSIH
    • Bekalan air bersih terpaksa dicatu apabila berlaku krisis air.
    • Kekurangan bekalan air juga akan menyukarkan kegiatan harian penduduk dan mengganggu sektor perindustrian
  • Kesan Krisis Air Di Malaysia
    KESAN KE ATAS TANIH
    • Krisis air akan menyebabkan tanah menjadi kering-kontang dan mengubah tekstur tanah.
    • Masalah ini memberi kesan terhadap kegiatan pertanian seperti penanaman padi seterusnya menjejaskan bekalan makanan dan hasil pengeluaran negara.
  • Kesan Krisis Air di Malaysia
    KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA
    • Pencemaran air menyebabkan flora dan fauna mati dan pupus.
    • Kepupusan flora dan fauna akan menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem yang dapat mengancam kehidupan manusia.
    • Pencemaran air pula memberi kesan buruk terhadap hidupan akuatik.
  • Kesan Krisis Air di Malaysia
    KEMUDARATAN KEPADA MANUSIA
    • Penyakit bawaan air boleh menular kepada manusia setelah bekalan air bersih tercemar.
    • Sebagai contoh, penyakit bawaan air ialah taun, demam kepialu dan leptospirosis.
  • Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Krisis Air
    1. Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan tadahan hujan
    2. Penguatkuasaan undang-undang
    3. Rawatan air kumbahan
    4. Meneroka air bawah tanah
    5. Kempen kesedaran terhadap alam sekitar.