Ahli sains menjangkakan bahawa usia bumi melebihi 4.6 bilion tahun. Bumi telah mengalami perubahan dari segi iklim dan fizikal semenjak bumi mula terbentuk.
Terdapat binatang yang berbulu tebal seperti mamot dan haiwan bertaring panjang
Pengetahuan dalam bidang paleontologi, kimia, arkeologi, geologi dan fizik membantu kita membuat penyelidikan tentang perubahan yang berlaku kepada bumi.
Geologi berasal daripada dua perkataan Greek, iaitu geo yang bermaksud bumi dan logia yang bermaksud sains. Oleh itu, geologi merujuk bidang ilmu yang mengkaji pembentukan bumi.
Paleontologi ialah bidang ilmu yang mengkaji organisma yang pernah hidup di bumi, sisa atau fosil yang telah terawet dalam sedimen binatang, tumbuhan dan bentuk-bentuk hidupan purbakala.
Pembentukan fizikal bumi
Bumi 650 juta tahun dahulu. Tiada hidupan
Bumi 390 juta tahun dahulu. Air laut masih tawar. Wujud hidupan seperti ikan dan amfibia
Bumi 195 juta tahun dahulu. Zaman Jurail dan hidupan utama ialah dinosaur
Bumi 94 juta tahun. Dinosaur mengalami kepupusan. Rupa bentuk benua mula kelihatan
Bumi 18000 tahun dahulu. Kebanyakan binatang telah wujud seperti kuda, badak sumbu, anjing dan kucing. Paras air laut meningkat.
Iklim telah mempengaruhi perubahan bentuk fizikal bumi menjadi daratan dan lautan.
Daratan terdiri daripada gunung, banjaran dan bukit, tanah pamah, lembah dan sungai
Lautan terdiri daripada laut, selat dan teluk.
Lautan merupakan kawasan air masin yang meliputi 71 peratus bentuk muka bumi.
Terdapat lima lautan di dunia, iaitu Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Selatan dan Lautan Artik.
Selat merupakan kawasan perairan sempit yang memisahkan dua kawasan daratan
Teluk merupakan bahagian perairan laut yang menghala ke daratan dan kawasannya dibatasi oleh daratan
Zaman Miosen
berlaku antara 23 juta hingga 5 juta tahun dahulu
gunung-ganang yang ada pada hari ini telah terbentuk secara fizikal
mamalia, hidupan di laut dan di air telah wujud
suhu bumi panas dan kering
Zaman Pliosen
berlaku antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun dahulu
berlaku penyejukan global Zaman Miosen yang lebih panas
dataran tinggi terbentuk
jambatan darat Panama antara Amerika Utara dan Amerika Selatan terbentuk dan mendorong penghijrahan tumbuhan dan haiwan ke habitat baharu
Dataran tinggi terbentuk seperti di Colorado, Amerika Syarikat yang dikenali sebagai Grand Canyon
penyejukan dan pengeringan global menyumbang kepada penyebaran besar padang rumput dan savana
Zaman Pleistosen
berlaku antara 2.5 juta hingga 10000 tahun dahulu
glasier utama berlaku sebanyak 11 kali
manusia mengetahui cara membuat api
kebanyakan binatang yang wujud masih kekal hingga kini
manusia dipercayai sampai ke Australia melalui jalan darat dari Asia Tenggara (Pentas Sunda) sekitar 50000 tahun dahulu
Zaman Holosen
berlaku sejak 10000 tahun dahulu hingga kini
berlaku kemajuan daam kehidupan manusia
manusia mengetahui cara mendapatkan makanan melalui aktiviti pertanian
roda dan tulisan kuneiform dicipta kira-kira 5500 tahun dahulu
tamadun manusia berkembang dalam bidang keagamaan, pendidikan, pentadbiran dan undang-undang
Kewujudan hidupan mengikut garis masa
trilobite
eurypontids
crinoid stone lily
dipterus
coiled cephalopod
stegosaurus
diatryma
hyracotherium
deinotherium
Bumi mengalami cuaca panas bermula 8500 tahun dahulu. Suhu dunia meningkat dan menyebabkan berlaku kecairan air batu. Proses ini dinamakan pengglasieran yang memberikan kesan besar terhadap rupa bentuk bumi.
Kecairan air batu menyebabkan paras air laut dunia meningkat. Kesannya bukit-bukau dan kawasan tanah tinggi mulai terbentuk seperti tasik dan pulau. Pembentukan tasik dan pulau telah memisahkan haiwan dan tumbuhan di kawasan yang berbeza.
Perubahan cuaca yang tidak lagi sejuk memberikan kesan terhadap aktiviti manusia. Manusia mula menjalankan aktiviti pertanian dan pengeluaran bahan makanan. Perkembangan perindustrian, aktiviti pembakaran terbuka, penebangan pokok dan pembakaran minyak daripada enjin kenderaan telah meningkatkan suhu dunia
Terdapat ahli sains yang menjangkakan berlaku peningkatan suhu dunia sekurang-kurangnya sembilan darjah Celcius setiap 50 tahun. Peningkatan suhu dunia boleh menyebabkan kenaikan paras air laut
CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR
Ciri Fizikal Bumi
Permukaan air laut yang membeku menyebabkan sebahagian besar bumi dilitupi salji
CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR
Binatang
Binatang seperti mamot berbulu, badak, kuda dan singa tinggal di kawasa tanah pamah yang sejuk
CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR
Tumbuhan
tumbuhan utama ialah rumput dan tumbuhan renek yang menjalar
CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR
Suhu
Suhu dunia terlalu sejuk. Dunia dipenuhi oleh salji terutamanya di kawasan kutub dan benua Eropah
CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR
Kehidupan Manusia
Terdapat manusia yang tinggal di kawasan tanah pamah yang sejuk. Mereka hidup secara nomad dan memburu binatang
CIRI-CIRI ZAMAN AIR BATU AKHIR
Aras Laut
Permukaan air laut membeku. Paras air laut rendah. Pulau-pulau tersambung dengan tanah besar dan memudahkan manusia serta binatang bermigrasi
Glasier telah menukarkan wajah dan bentuk fizikal bumi. Air batu yang cair dari kawasan tanah tinggi dan gunung akan membawa bersama-sama batu dan tanah semasa menuruni tanah tinggi. Lebihan air yang dibawa akan melimpahi laut dan kawasan tanah tinggi. Sebagai contoh, keadaan glasier di Alaska.
Satu daripada kesan penting perubahan Zaman Air Batu ialah rupa bentuk fizikal bumi seperti yang terbentuk pada hari ini. Kesannya, berlaku perubahan paras air laut dengan kedalaman 100 meter.
Kecairan air batu telah membentuk tasik-tasik air tawar seperti Great Lakes di Kanada dan Tasik Dayang Bunting di Malaysia. Bentuk saliran sungai juga berubah kepada bentuk yang ada pada hari ini.
Pada zaman ini berlaku kepupusan binatang yang hidup di Zaman Pleistosen. Antara binatang yang pupus termasuklah mamot, sloth dan harimau bertaring.
Pada Zaman Air Batu AKhir yang dikenali sebagai Zaman Holosen, perubahan iklim memberikan kesan besar terhadap kehidupan manusia kerana mereka perlu menyesuaikan aktiviti harian dengan perubahan iklim. Manusia bergerak keluar dari benua Afrika dan secara beransur-ansur mendiami benua Eropah dan benua Asia. Pergerakan ini dipengaruhi oleh suhu di Asia dan Eropah yang tidak terlalu sejuk.
Bumi telah mengalami perubahan iklim daripada terlalu sejuk kepada sederhana sejuk. Kegiatan radiasi bumi merupakan penyebab utama kepada peningkatan suhu bumi.