kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.
apakah istilah kedaulatan dalam Bahasa Yunani?
supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi.
apakah istilah kedaulatan dalam Bahasa Inggeris?
sovereignty yang bermaksud negara mempunyai kuasa penuh terhadap pemerintahan.
apakah istilah kedaulatan dalam Bahasa Arab?
daulah yang bermaksud kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan.
apakah istilah kedaulatan dalam Melayu?
daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.
apakah pandangan Aristotle tentang kedaulatan?
kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang.
apakah pandangan Ibnu Khaldun tentang kedaulatan?
kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berdasarkan semangat kekitaan bangsanya yang rela untuk berkorban demi negara.
apakah pandangan Jean Bodin tentang kedaulatan?
kuasa tertinggi dalam sesebuah negara. kedaulatan mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya.
apakah pandangan Tunku Abdul Rahman tentang kedaulatan?
prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Apa pandangan Tun Dr. Mohamed Salleh Abas tentang kedaulatan?
asas negara merdeka dengan hak untuk mengatur urusan negeri tanpa telunjuk asing.
jenis-jenis kedaulatan ?
kedaulatan tradisional (sistem pemerintahan berkuasa mutlak yg berpaksi pada kedaulatan raja-raja melayu. Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuhkan oleh taat setia rakyat)
jenis-jenis kedaulatan ?
kedaulatan moden (idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan dan Revolusi Perancis dan dikaitkan dengan hak rakyat dan kerajaan perlembagaan)
jenis-jenis kedaulatan ?
kedaulatan undang-undang (kerajaan dan rakyat yang terikat oleh undang-undang untuk menjamin keadilan masyarakat, menjadikan negara aman, stabil dan makmur)
jenis-jenis kedaulatan ?
kedaulatan antarabangsa (Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain)
apakah ciri utama negara yang berdaulat?
mempunyai pemerintahan, sempadan, perundangan dan rakyat yang menjadikan negara kita sebagai sebuah negara bebas dan berdaulat.
terangkan ciri negara yang berdaulat.
MEMPUNYAI PEMERINTAHAN (untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi. Contohnya, Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen)
MEMPUNYAI SEMPADAN (Malaysia merupakan negara yang berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan Singapura, Thailand, Indonesia, Brunei dan Filipina. Sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan perlembagaan ekonomi negara)
MEMPUNYAI PERUNDANGAN (memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat yang berpandukan Perlembagaan Persekutuan)
MEMPUNYAI RAKYAT (rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah)
apakah kepentingan mewujudkan negara berdaulat?
KEBERKESANAN PENTADBIRAN (dasar pentadbiran negara dilaksanakan dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan kementerian. Malahan, diperkukuhkan melalui undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan)
KEMAKMURAN EKONOMI (pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan)
KESEJAHTERAAN SOSIAL (dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan)
KECERMELANGAN HUBUNGAN LUAR NEGARA (menjalinkan hubungan dengan negara diplomatik dan persahabatan dengan negara lain dapat mengadakan perjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang)