Cards (11)

  • Nabi Muhammad SAW diiktiraf sebagai Rasulullah dan pemimpin yang unggul. Kejayaan baginda memaiinkan peranan yang besar sebagai pemimpin negara, pemimpin masyarakat, pembangun ekonomi dan pemimpin tentera seperti yang dinyaatakan dalam al-Quran dan hadis
  • PEMIMPIN NEGARA
    Tempatan
    Ketokohan Nabi Muhammad SAW terserlah apabila:
    • baginda berjaya merangka perlembangaan atau Piagam Madinah yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi
    • Orang bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama atau adat masing-masing
    • baginda mempersaudarakan masyarakat Islam
    • menyatukan orang Islam dengan bukan Islam
  • PEMIMPIN NEGARA
    Antarabangsa
    • baginda berjaya menghantar perwakilan atau misi dakwahnya ke luar negara seperti ke Habsyah, Mesir, Byzantium dan Parsi
  • PEMIMPIN MASYARAKAT
    1. Ketika di Makkah, sebelum berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan aspek akhlak, akidah dan syariah
    2. Selepas berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad SAW menekankan konsep syura atau perundingan, keadilan, persamaan dan kebebasan melalui Piagam Madinah
    3. Baginda menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar. Baginda juga berusaha menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dengan menerapkan nilai toleransi, hormat menghormati dan mengutamakan keadilan dalam kalangan masyarakat.
  • PEMBANGUN EKONOMI
    Perdangangan dan Hubungan Luar
    • Nabi Muhammad SAW menggalakkan hubungan perdagangan antara negara Islam dengan kawasan lain
    • Kedudukan Madinah yang terletak di laluan di antara Yaman dsn SYam menjadikan aktiviti perdagangan bertambah maju
    • Pedagang dari arah selatan menjadikan jalan ini sebagai jalan utama aktiviti perdagangan
    • Menggalakan hubungan luar dengan semua negara
  • PEMBANGUN EKONOMI
    Pertanian
    • Nabi Muhammad SAW menggalakkan masyarakat bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian berasaskan prinsip ekonomi Islam, seperti bekerja bersungguh-sungguh, mencari rezeki yang halal, larangan penindasan dan riba
  • PEMBANGUN EKONOMI
    Pengurusan tanah
    • Nabi Muhamaad SAW sendiri membangunkan ekonomi dengan menggalakkan semula tanah terbiar serta menebus semula tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi
  • PEMBANGUN EKONOMI
    Pembangunan pasar Suq al-Ansar
    • Nabi Muhammad SAW mencadangkan agar Abdul Rahman bin Auf membangunkan sebuah tempat berjual beli bagi membangunkan ekonomi umat Islam. Pasar Suq al-Ansar telah didirikan dan berjaya membangunkan ekonomi umat Islam tanpa menyisihkan pesaing mereka, iaitu orang Yahudi
  • PEMIMPIN TENTERA
    Konsep jihad
    • Menegakkan agama Islam yang suci, mempertahankan bangsa dan tanah air
    • Setiap umat Islam digesa untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menuntut ilmu, mempertahankan maruah diri dan kesucian agama Islam
  • PEMIMPIN TENTERA
    Menjaga kesucian agama kesejahteraan manusia sejagat
    • Peperangan tidak diizinkan melainkan demi mempertahankan agama, umat dan negara.
    • Tentera Islam dilarang membunuh secara sesuka hati dan memusnahkan tumbuhan atau tanam-tanaman
    • Nabi Muhammad SAW mendengar pandangan orang lain dalam meangatur stategi peperangan
  • PEMIMPIN TENTERA
    Pembukaan semula kota Makkah
    • Mengatur strategi yang berkesan untuk membuka semula kota Makkah