Detik permulaan Tamadun Islam dalam sejarah perkembangan tamadun manusia ialah peristiwa penerimaan wahyu pertama oleh Nabi Muhammad SAW di Gua Hira pada hari Isnin, 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610M
Wahyu pertama daripada Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5) bermula dengan perkataan Iqra (bacalah)
Wahyu kedua, Surah al-Mudassir (ayat 1 hingga 7) diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
Selepas kematian ibu bapanya, Nabi Muhammad SAW dipelihara oleh Abdul Muttalib (datuk).
Abdul Muttalib meninggal dunia selepas 2 tahun.
Baginda dipelihara oleh Abu Talib (bapa saudara).
Berniaga sehingga ke Syam dan sekitar kota Makkah.
Menjalankan perniagaan milik Siti Khadijah dengan sifat:
Amanah
Budi pekerti
Perkahwinan antara Nabi Muhammad SAW dengan Khadijah diadakan.
Nabi Muhammad SAW sebagai Pemimpin Agama Islam
Penerimaan wahyu oleh Nabi Muhammad SAW melambangkan permulaan Tamadun Islam
Wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW
Wahyu pertama Surah al-Alaq (ayat 1 hingga 5)
Membaca dan menulis merupakan asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan tamadun.
Wahyu kedua Surah al-Mudassir (ayat 1 hingga 7)
Pengisytiharan Nabi Muhammad SAW sebagai pesuruh Allah SWT untuk menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia.
Dakwah Nabi Muhammad SAW dilakukan dalam dua peringkat:
Secara rahsia
Secara terang-terangan
Secara rahsia
Berlaku selama tiga tahun. Individu awal yang memluk Islam ialah Siti Khadijah, Ali bin Abi Talib, Zaid bin Harithah dan Abu Bakar al-Siddiq.
Dakwah Islam juga disebarkan melalui sahabat baginda dan melalui dakwah di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam.
Secara terang-terangan
Nabi Muhammad telah memulakan dakwah secara terang-terangan ini kepada kaum keluarganya dengan mengadakan pertemuan di Bukit Safa. Namuun begitu, baginda ditentang hebat oleh bapa saudara baginda, iaitu Abu Lahab. Baginda begitu tabah menghadapi tentangan dan cabaran daripada masyarakat Arab Quraisy yang enggan menerima Islam pada awalnya.
Penghijrahan ke Madinah berlaku demi menyebarkan Islam.
Nabi Muhammad SAW menjadi pemimpin Madinah.
Baginda merangka Piagam Madinah.
Mengamalkan 4 sifat terpuji dalam kehidupan:
Siddiq (benar)
Amanah
Tabligh (menyampaikan ajaran Islam)
Fatanah (bijaksana)
Dakwah Islam telah melalui utusan ke Rom, Parsi, Mesir dan Habsyah.
Nabi Muhammad SAW tidak memaksa mereka memeluk Islam.
Menggunakan cara diplomasi dalam berdakwah.
Para pendakwah yang berdagang turut menyebarkan Islam.
Penyebaran Islam pada Zaman Khulafa al-Rasyidin
Penyebaran Islam dilakukan oleh Khulafa al-Rasyidin selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.
Perkembangan penyebaran Islam meliputi kawasan:
Makkah
Madinah
Utara Semenanjung Tanah Arab
Iraq
Syam
Mesir
Abu Bakar al-Siddiq
Baginda mengetuai peperangan al-Riddah yakni memerangi golongan murtad (keluar daripada agama Islam) kerana enggan membayar zakat. Tentera Islam telah menang dan semakin ramai memeluk Islam
Umar bin Al-Khattab
Semasa pentadbiran baginda, golongan peneroka telah dihantar untuk membuka wilayah baharu di utara Semenanjung Tanah Arab seperti Iraq, Syam (Syria) dan Mesir. Wilayah Islam yang luas ketika itu telah dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi memudahkan pentadbiran
Uthman binAffan
Baginda mentadbir wilayah Islam yang luas merangkumi kerajaan Parsi dan beberapa bahagian kerajaan Byzantium di Laut Mediterranean. Baginda juga melantik gabenor bagi mengetuai pentadbiran di wilayah Islam yang semakin meluas
AlibinAbiTalib
Pada masa ini, agama Islam semakin mantap dan wilayah-wilayah Islam semakin bertambah luas dan makmur
Kerajaan Bani Umaiyah
Pentadbiran berpusat di Damsyik (661 M – 750 M) dan di Cordoba, Sepanyol (756 M – 1 031 M).
Islam bertapak di India dan Asia Tengah seperti Bukhara, Samarqand dan Khawarizimi.
Utusan persahabatan sampai ke China.
Islam tersebar ke Afrika Utara dan Eropah.
Andalusia (Sepanyol) menjadi pintu masuk ke benua Eropah.
Kerajaan Bani Abbasiyah
Pentadbiran berpusat di Baghdad dan bertahan selama 5 abad (750 M – 1 258 M).
Perkembangan ilmu pengetahuan sehingga berkembang ke Eropah.
Islam berkembang ke Samaniyah di Transoxania hingga ke barat India.
Kerajaan Turki Uthmaniyah
Kerajaan Turki Uthmaniyah berpusat di Anatolia
Perkembangan Islma seterusnya juga telah meluas hingga ke rantau Balkan, Eropah Timur, sempadan Rusia dan sekitar Laut Hitam, di samping mengekalkan kekuasaan di Asia Barat
Pengaruh Turki Uthmaniyah juga telah sampai ke Alam Melayu
Faktor-faktor penyebaran Islam
Kesyumulan Islam
Keseimbangan rohani dan jasmani menjadikan Tamadun Islam berjaya membentuk masyarakat yang maju
Islam tidak menolak kemajuan di dunia dari segi pembandaran dan pembangunan ekonomi, di samping mendidik akhlak yang baik
Faktor-faktor Penyebaran Islam
Prinsipp keterbukaan
Prinsip keterbukaan dan toleransi membolehkan Tamadun Islam diterima umum
Faktor-faktor penyebaran Islam
Prinsip kesaksamaan
Tamadun Islam berdiri atas prinsip kesaksamaan dan keadilan
Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa di dunia berjaya membentuk ummah yang bersaudara
Faktor-faktor Penyebaran Islam
Dakwah
Pendekatan berdakwah secara bijaksana dan berdiplomasi telah berjaya menarik masyarakat lain untuk memeluk Islam
Faktor-fakator penyebaran Islam
Hubungan diplomatik
Hubungan diplomatik antara kerajaan Islam dengan negara-negara lain seperti di Eropah telah menarik minat orang Eropah untuk mengikuti perkembangan Islam
Faktor-faktor penyebaran Islam
Perdagangan
Kegiatan perdagangan dan hubungan yang baik antara pedagang Arab dengan pedagang negara luar di Asia dan Afrika menyebabkan Islam mudah diterima di negara tersebut
Faktor-faktor Penyebaran Islam
Pembukaan Wilayah Baharu
Sejak zaman Khulafa al-Rasyidin berlaku pembukaan wilayah baharu yang menyebabkan agama Islam semakin tersebar. Contohnya, Iraq, Syam (Syria) dan Mesir