Dalam bidang politik, Islam mementingkan corak hidup yang sejahtera dan makmur. Islam juga mementingkan:-
kehidupan bernegara
pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
konsep ummah
sistem syura
Kehidupan bernegara
Semasa pemerintahan Nabi Muhammad SAW, baginda merupakan ketua negara yang bertanggungjawab menjaga Madinah dan menyelesaikan masalah rakyat melalui perlembagaan.
Jawatankhalifah selepaskewafatan Nabi Muhammad SAW juga berperanan untuk menegakkan gaama dan mentadbir mengikut hukum syariah
Kerjasama antarabangsa dijalinkan bagi tujuan dakwah dan silaturahim
Penerokaan wilayah baharu telah menaikkan lagi imej Islam
Pemerintahan dan cara hidup berteraskan keadilan
Cara pemerintahan yang adil kepada semua penduduk meskipun berbeza agama dan keturunan
Keadilan dan toleransi antara kaum membawa kedamaian kepada negara
Konsep ummah
Tamadun Islam mewujudkan konsep masyarakat yang lebih dikenai sebagai ummah
Melalui konsep ummah ini, masyarakat disatukan tanpa mengira agama dan keturunan
Setiap anggota masyarakat mempunyaitanggungjawab yang sama, iaitu bekerjasama bagi memajukan negara
Sistem syura
Syura ialah mesyuarat yang diadakan untuk mencapai eputusan mengikut suara ahli yang terbanyak
Diamalkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW dan diteruskan oleh kepimpinan Islam selepasnya
Syura juga diamalkan bagi mencapai keputusan secaramuafakat
Amalan Ekonomi Islam
Mengadakan sistem zakat dan sistem wakaf untuk pembangunan umat Islam
Mengadakan sistem mata wang dirham dan perak
Amalan Ekonomi Islam
Mengamalkan sistem kutipan cukai, yang bertujuan untuk membiayai segala keperluan negara
Melarang amalan riba
Amalan Ekonomi Islam
Menegah pinindasan dan penipuan semasa berniaga, seperti mengurangkan timbangan, boros, kedekut, membazir, mengambil keuntungan berlipat kali ganda dan tidak amanah
Amalan Ekonomi Islam
Tidak menyekat umatnya daripada menjalankan perdagangan selagi mengikut hukum syarak
Menyeru kita menghulurkan bantuan dan bersedekah di samping mengamalkan sikap berjimat cermat
Amalan ekonomi Islam
Menggalakkan manusia menghasilkan produk yang bermutu dan melakukan penyelidikan dalam membangunkan ekonomi. Contohnya, dalam bidang pertanian
Institusi Baitulmal
Fungsinya seperti perbendaharaan negara yang mengurus kewanganuntuk pembangunan negara
SIstem ini telah diamalkan sejak Zaman Nabi MuhammadSAW dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin lain sehingga kini
Sumber Baitulmal
Harta melalui zakat masyarakat, contohnya
zakat fitrah, zakat harta, ternakan, pertanian, emas, perak
barang perdagangan
wang simpanan
Sumber Baitulmal
Harta hal milik umat Islam yang tidak jelas penggunaannya, contohnya
sedekah, wakaf dan wasiat
Sumber Baitulmal
Pelaburan dan saham yang dijual kepada umat Islam melalui institisi yang ditubuhkan oleh Baitulmal
Sumber baitulmal
Harta negara, contohnya
cukai perdagangan
sumber kekayaan alam
cukai harta
harta tanpa waris
Sumber baitulmal
Harta daripada peperangan, contohnya
jizyah, ghanimah dan kharaj
Sumber baitulmal
segala harta warisan yang tidak dapat dihabiskan oleh waris atau tidak berwaris
EKONOMI
Memesatkan gedung-gedung perniagaan
Kedatangan Islam ke Sepanyol telah menyebabkan terbinanya gedung-gedung perniagaan yang beroperasi mengimport barang-barang dari seluruh pelosok dunia
EKONOMI
Menyediakan Kemudahan Asas
Dalam bidang pertanian pula, orang Islam telah memperluaskan pembinaan sistem saliran. Sistem pengairan telah diperbaik untuk meningkatkan hasil pertanian. Contohnya, sistem pengairan Naurah di Syria
Kemudahan jambatan dan jalan raya yang lebih baik juga dibina seperti di Sepanyol
SOSIAL
Islam Mengangkat Kedudukan dan Maruah Wanita
kedatangan Islam telah mengangkat martabat dan memuliakan kedudukan wanita.
Wanita mempunyai peluang untuk mendapat pendidikan dan menghadiri majlis ilmu
Siti 'Aisyah binti Abu Bakar al-Siddiq merupakan contoh wanita yang luas ilmunya sehingga menjadi periwayat hadis serta tempat bertanya kaum wanita serta para sahabat tentang permasalahan hukum agama
Begitu juga dengan Shafiah binti Abdul Muthalib yang keluar berperang bersama-sama kaum wanita Madinah untuk membantu memberikan minuman dan merawat tentera yang tercedera dalam Perang Uhud
Teknik Penyelidikan Santifik
Perkembangan penyelidikan bidang sains dan teknologi dalam Tamadun Islam telah membantu perkembangan industri pengeluaran barangan seperti industri kertas yang kemudiannya diperkenalkan di Itali, Perancis dan negara Eropah lain.
Kaedah penyelidikan pertanian seperti sistem pengairan, pemilihan benih dan baja yang bermutu telah membawa kemajuan dalam Tamadun Islam
Penyelidikan saintifik juga berlaku dalam bidan astronomi, fizik, perubatan dan kimia.
Kewujudan pusat pendidikan
Semasa pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, banyak masjid dijadikan institusi pendidikan, seperti di Damsyik, Kufah dan Basrah. Istana khalifah turut dijadikan pusat kegiatan pendidikan, iaitu tempat belajar dan perpustakaan.
Pusat Intelektual di Cordoba dan Toledo, Sepanyol
Parapengkaji atau pelajar dari pelbagai pelosok Eropah telah datang belajar di universiti Islam di sini terutama dalam bidang sains dan falsafah.
Para sarjana Islam ketika melakukan penterjemahan telah meningkatkan lagi pengetahuan tentang falsafah dan sains dari zaman Yunani
Semasa Tamadun Islam pesat berkembang di Sepanyol, hubungan orang Islam, Yahudi dan Kristian telah mewujudkan budaya ilmu yang memberangsangkan.
Ilmu Sains dan Kimia
Jabir bin Hayyan
Menghasilkan sebanyak 80 buah karya berkaitan perubatan dan kimia. Himpunan hasil penulisannya dikenali sebagai korpus Jabir. Kebanyakan karyanya diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin
Perubatan
Ibn Sina
Merupakan tokoh perubatan dan ahli falsafah yang masyhur dengan bukunya al-Qanun fi al-Tib. Ahli falsafah Barat, Albert the Great telah dipengaruhi oleh karya Ibn Sina
Falsafah
Al-Kindi
Menghasilkan lebih daripada 270 buah karya mencakupi pelbagai bidang seperti logik, muzik dan perubatan. Tokoh ilmuan atau pengkaji Eropah seperti Roger Bacon dan Descartes terpengaruh dengan idea Al-Kindi
Astronomi dan fizik
Al-Battani
Beliau telah memperkenalkan asas ilmu trigonometri, menulis buku astronomi dan mencipta alat ukuran masa
Geografi
Al-Birruni
Kajian utama beliau dalam bidang kartografi (peta) dan geografi. Kebanyakan orang Eropah telah belayar degan menggunakan peta yang dicipta oleh tokoh ini