Sejarah Form 2

Cards (23)

  • Alam Melayu merangkumi gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia.
  • Istilah lain bagi Alam Melayu ialah Kepulauan Melayu dan Dunia Melayu.
  • Pada zaman dahulu, gugusan tanah luas terbentang yang menghubungkan kawasan daratan dengan kepulauan ini dikenali sebagai Pentas Sunda.
  • Kawasan di Pentas Sunda ini mempunyai ciri fizikal dan hidupan yang sama.
  • Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan.
  • Alfred Russel Wallace, sarjana Barat, menyatakan bahwa Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea.
  • Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina.
  • Bahasa Melayu tergolong dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu.
  • Pada abad pertama, kemunculan kerajaan Funan sezaman dengan empayar Rom, empayar Parsi, empayar Kushan dan Dinasti Han.
  • Pada abad kesembilan, kerajaan Champa, Srivijaya dan Angkor sezaman dengan kerajaan Abbasiyah, empayar Byzantine, Dinasti Tang dan kerajaan Chola.
  • Pada abad ke-14, kerajaan Champa, Angkor dan Majapahit sezaman dengan empayar Mongol, kerajaan Turki Uthmaniyah dan Kesultanan Delhi.
  • Kerajaan Alam Melayu mempunyai tamadun tinggi yang setanding dengan kerajaan luar yang lain.
  • Hubungan perdagangan kedudukan strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil bumi mendorong pemerintah kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan perdagangan dengan kerajaan lain.
  • Perkembangan hubungan perdagangan ini menunjukkan amalan sikap keterbukaan para pemerintah kerajaan Alam Melayu telah membawa kemakmuran ekonomi.
  • Kerajaan Zaman Tujuan Funan utusan dihantar pada abad ketiga memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet.
  • Champa utusan dihantar pada abad ketiga memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China, iaitu Dai Viet.
  • Srivijaya utusan dihantar pada abad ketujuh mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan.
  • Angkor utusan dihantar pada abad ke-12 memperkukuh persahabatan dan perdagangan.
  • Kedah Tua utusan dihantar pada abad ketujuh memperkukuh hubungan perdagangan.
  • Kerajaan Zaman Tujuan Funan utusan dihantar pada abad ketiga memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India.
  • Srivijaya utusan dihantar pada abad kesembilan mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan.
  • Majapahit utusan dihantar pada abad ke-14 mengeratkan hubungan persahabatan.
  • Angkor utusan dihantar pada abad ke-12 mengeratkan hubungan persahabatan.