Pengajian Perniagaan

Cards (9)

  • Maksud pengurusan
    Proses formal dan sistematik yang melibatkan proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber manusia dan sumber bukan manusia secara cekap dan berkesan untuk mencapai matlamat organisasi.
  • Kepentingan pengurusan:
    -Membantu organisasi mencapai matlamat yang ditetapkan melalui perancangan, pengagihan dan penyelarasan sumber dalam organisasi secara cekap dan berkesan
    -Mengelakkan berlakunya pembaziran dengan menggunakan sumber organisasi, secara optimum.
    -Memotivasi dan mendorong modal insan untuk mencapai matlamat organisasi.
  • Fungsi pengurusan
    • P Perancangan
    • P Pengorganisasian
    • K Kepimpinan
    • P Pengawalan
  • Perancangan
    Satu proses menentukan matlamat, visi, misi organisasi yang ingin dicapai dan membentuk tindakan yang perlu diambil bagi mencapai matlamat tersebut
  • Pengorganisasian
    Satu proses penyelarasan dan pengagihan sumber-sumber organisasi seperti sumber manusia atau aset, untuk melaksanakan tugas atau rancangan yang telah ditetapkan bagi mencapai matlamat organisasi
  • Kepimpinan
    Satu proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan tugas atau rancangan yang telah dibuat dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi
  • Pengawalan
    Satu proses pemantauan prestasi dan memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang telah dijangkakan
  • Keberkesanan
    Melakukan sesuatu kerja yang betul seperti menetapkan matlamat yang betul dan memilih kaedah yang tepat dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
  • Kecekapan
    Melakukan sesuatu kerja dengan betul. Iaitu sesuatu tugas yang dilakukan dengan menggunakan sumber yang minimum iaitu dapat mengurangkan kos pengeluaran dan mengurangakan pembaziran sumber.