Respirasisel ialah prosespengoksidaan molekul organik melalui beberapa peringkat bagi membebaskantenaga.Substratutama bagi respirasi sel ialah glukosa.Tenagakimia yang terdapat di dalam glukosa dibebaskan untuk menghasilkantenagayangdiperlukan oleh sel. Dalam manusia dan haiwan, glukosa diperoleh melalui pencernaankarbohidrat daripada makanan yang dimakan.
Di dalam tumbuhanhijau pula, tenagacahaya diperangkap oleh klorofil untuk menjalankan prosesfotosintesis bagi menghasilkan glukosa.
Respirasi Aerob
Respirasi aerob ialah proses penguraian glukosa dalam kehadiranoksigen untuk menghasilkan tenaga kimia. Oksigen digunakan untuk mengoksidakan glukosa bagi menghasilkan karbon dioksida, air dan tenaga.
Apakah maksud glikolisis?
Penguraian glukosa oleh enzim
Persamaan respirasi aerob
Glukosa + oksigen -> karbon dioksida + air + tenaga (2898 kJ)
Fermentasi ialah proses penguraian glukosa tidaklengkap dalam keadaan oksigenterhad atau tanpa oksigen
Fermentasi alkohol: Glukosa -> Etanol + karbon dioksida + Tenaga (210kJ)
Etanol digunakan dalam pembuatan bir dan wain
Karbon dioksida yang dibebaskan menaikkan adunan dalam pembuatan roti
Pokok padi tumbuh di kawasan berair yang kekuranganoksigen melakukan fermentasialkohol
sel pokok padi toleran terhadap etanol berbanding spesies lain
Pokok padi memiliki banyak enzimalkohol dehidrogenase yang dapat menguraikan molekul etanol menjadi karbon dioksida yang tidak toksik.
FERMENTASI AID LAKTIK
Glukosa -> asid laktik + tenaga (150kJ)
LACTOBACILLUS
Bakteria Lactobacillus menjalankan fermentasi susu untuk menghasilkan dadih.
Lactobacillus bertindak ke atas laktosa (gula susu) dan menukarkannya kepada asid laktik.Asid laktik seterusnya menggumpalkan kasein (protein susu) menjadi dadih atau yogurt.Asid laktik merupakan punca rasa masam yogurt.
Proses ini dilakukan oleh selotot ketika melakukan aktiviti cergas
Ketika aktiviti cergas, kadar penggunaan oksigen melebihi kadar yang dibekalkan oleh sistemperedarandarah
Otot berada dalam keadaan kekuranganoksigen dan dikatakan mengalami hutangoksigen
Dalam proses ini, glukosa tidak dapat diuraikan dengan sepenuhnya
Bagi setiap molekul glukosa yang diuraikan, hanya dua molekul ATP atau 150 kJ tenaga dihasilkan
Asidlaktik yang dihasilkan terkumpul sehingga mencapai satu kepekatan yang boleh menyebabkan kelesuan dan kekejangan otot
Setelah aktiviti cergas berhenti, pengambilan oksigen berlebihan mengoksidakan asid laktik kepada karbon dioksida, air dan tenaga
Apabila semua asid laktik sudah disingkirkan, hutang oksigen dikatakan telah dibayar