Bab 9

Cards (20)

  • Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur alimentari yang panjang dan berotot bermula dari mulut hingga ke dubur
  • bahagian dalam salur alimentari ialah
    1. mulut
    2. esofagus
    3. perut
    4. usus kecil
    5. usus besar
    6. dubur
  • organ sistem pencernaan
    1. hati
    2. pundi hempedu
    3. pankreas
  • kelenjar liur,kelenjar gester dan kelenjar usus merembeskan jus pencernaan ke dalam salur alimentari
  • Pencernaan ialah proses penguraian butiran makanan yang besar dan kompleks kepada butiran kecil yang ringkas dan terlarut supaya mudah diserap
  • pencernaan terdiri daripada dua bahagian iaitu
    1. pencernaan fizikal
    2. pencernaan kimia
  • pencernaan fizikal
    • pemecahan makanan secara mekanikal untuk membentuk butiran yang kecil
    • melibatkan pengunyahan dan peristalsis
  • pencernaan kimia
    • proses penguraian molekul kompleks kepada molekul ringkas
    • melibatkan tindakan enzim
  • PENCERNAAN KARBOHIDRAT DLM MULAT & ESOFAGUS
    • Air liur mengandungi enzim amilase air liur yg menghidrolisis kanji menjadi maltosa
    • Ph air liur (6.5-7.5)
    • Air liur membantu makannan membentuk bolus
    • Semasa telan, epigtolisis akan tutup bukaan trakea
    • Dalam esofagus, makanan digerakkan secara peristalsis
    • Peristalsis: tindakan pengecutan dan pengenduran otot secara beritma dia sepanjang salur alimentari masuk ke perut
  • Pencernaan protein dalam perut:
    • Kalenjar gaster ada pada dinding perut (sel epitelium)
    • Jenis sel epitelium: sel mukus (rembeskan mukus), sel utama (rembeskan pepsinogen), sel parietal (rembes asid hidroklorik)
    • Pepsinogen (tak aktif) diaktifkan oleh asid hidroklorik untuk menjadi enzim pepsin
    • PROTEIN + AIR ->(pepsin) POLIPEPTIDA
  • (PERUT) Fungsi asid hidroklorik:
    • Sediakan mediun pH yang sesuai (1.5 - 2.0) untuk tindakan enzim pepsin
    • Menghentikan tindakan enzim amilase air liur
    • Membunuh bakteria dalam makanan
  • (PERUT) Fungsi mukus:
    • Melindungi dinding perut dari tindakan asid hidroklorik dan enzim pencernaan
    • Kim terbentuk selepas beberapa jam digaul oleh tindakan peristalsis otot dinding perut
  • Komponen-komponen yang terlibat dalam pencernaan di usus kecil:
    • Duktus pankreas
    • Tripsin
    • Kim pankreas
    • Amilase pankreas
    • Lipase
    • Duodenum
  • Pankreas:
    • Merembeskan enzim emilase pankreas, tripsin dan lipase ke dalam duodenum melalui duktus pankreas
  • Hati:
    • Menghasilkan hempedu
    • Hempedu disimpan dalam pundi hempedu
    • Hempedu disalurkan ke duodenum melalui duktus hempedu
    • Fungsi hempedu: meneutralkan kimia yang berasid, menyediakan keadaan beralkali (7.6-8.6) untuk tindakan enzim, mengemulsikan lipid dengan memecahkan lipid menjadi titisan halus untuk menambahkan luas permukaan
  • Duodenum:
    • Tripsin menghidrolisis polipeptida menjadi peptida yang lebih pendek
    • Lipase menghidrolisis lipid kepada asid lemak dan gliserol
    • Amilase pankreas menghidrolisis kanji kepada maltosa
  • ILEUM>bahagian usus kecil yang panjang, mempunyai ciri penyesuaian untuk menyerap nutrien kerana mempunyai lapisan dalam yang berlipat-lipat dan dilitupi unjuran-unjuran halus disebut vilus
  • Vilus pada ileum mempunyai ciri penyesuaian untuk menyerap nutrien seperti:
    • Sel goblet merembes mukus yang membantu pencernaan
    • Jaringan kapilari darah memudahkan pengangkutan hasil pencernaan ke seluruh badan
    • Lakteal mengangkut titisan asid lemak dan gliserol
    • Lapisan epitelium vilus adalah setebal satu sel, mempercepatkan penyerapan nutrien
  • Mikrovilus pada permukaan epitelium vilus menyediakan luas permukaan yang besar untuk meningkatkan kadar penyerapan nutrien
  • Kelenjar usus merembes jus usus yang mengandungi enzim pencernaan untuk pencernaan makanan