Terdiri daripada dua lapisan membran, iaitu membran luar yang licin dan membran dalam yang berlipat-lipat
Mengandungi enzim yang terlibat dalam respirasi sel
Tapak penjanaan tenaga melalui proses pengoksidaan glukosasemasa respirasi sel
Struktur silinder kecil yang wujud secara berpasangan dalam sel haiwan
Terdiri daripada susunan mikrotubul kompleks
Membran luar yang menyelaputi keseluruhan kandungan sel
Dibina daripada protein dan fosfolipid
Kantung sfera kecil yang diselaputi oleh membran tunggal
Mengandungi enzim lisozim (enzim pencernaan)
Komponen paling besar dalam sel
Berbentuk sfera, padat dan dilingkungi membran nukleus yang mempunyai liang
Mengawal segala aktiviti sel
Merupakan tapak sintesis protein
Granul kecil, padat dan berbentuk sfera
Terdiri daripada protein dan asid ribonukleik (RNA)
Terdiri daripada satu sistem rongga ceper berlipat yang bersambung
Membran jalinan endoplasma membentuk jalinan berterusan dengan membran nukleus
Sistem pengangkutan bahan dalam sel
Proses Hidup Organisma Unisel:
Organisma unisel ialah organisma yang terdiri daripada satu sel sahaja
Organisma unisel boleh menjalankan semua proses hidup: respirasi, pergerakan, pemakanan, gerak balas terhadap rangsangan, pembiakan, pertumbuhan dan perkumuhan
Protozoa ialah organisma unisel yang paling ringkas contohnya: Amoeba sp. dan Paramecium sp.
Amoeba sp. dan Paramecium sp. bergerak balas terhadap rangsangan seperti bahan kimia, sentuhan atau cahaya terang
Pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida berlaku melalui membran plasma secara resapan ringkas di seluruh permukaan sel
Amoeba sp. dan Paramecium sp. membesar dengan mensintesis sitoplasma baharu
Bahan perkumuhan seperti karbon dioksida dan ammonia disingkir secara resapan
Apabila keadaan sesuai, Amoeba sp. dan Paramecium sp. menjalankan pembiakan aseksual secara mitosis
Apabila keadaan persekitaran tidak sesuai, Amoeba sp. membentuk spora yang hanya akan bercambah apabila keadaan pulih semula
Proses Hidup Organisma Multisel:
Terdiri daripada pelbagai jenis sel dalam organisma multisel yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan susunan
Struktur sel berhubung rapat dengan fungsinya dan setiap jenis sel dikhususkan untuk menjalankan fungsi tertentu sahaja
Tersusun dalam bentuk gentian, multinukleus dan berjalur
Mengecut dan mengendur bagi menghasilkan pergerakan