Peribahasa

Subdecks (5)

Cards (83)

  • Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang
    Perbezaan zaman yang berubah mengikut peredaran masa
  • Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
    Fikir masak-masak sebelum berbuat sesuatu supaya tidak menyesal
  • Hujan halau mentua
    Hujan sebentar sahaja
  • Sediakan payung sebelum hujan
    Berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
  • Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
    Orang yang sama darjat, setaraf
  • Nasi sudah menjadi bubur
    Kesalahan yang tidak dapat dibaiki lagi
  • Membuka mata
    Menyedarkan atau menginsafkan orang lain
  • Indah khabar daripada rupa
    Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan daripada perkara sebenar
  • Jauhari sahaja yang mengenal manikam
    Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu
  • Untung sabut timbul, untung batu tenggelam
    Menyerahkan nasib kepada takdir
  • Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa
    Kerana keceloparan mulut, badan yang menanggung akibatnya
  • Yang lama dikelek, yang baharu didukung
    Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu
  • Malang tidak berbau

    Kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya
  • Air tangan
    Masakan seseorang
  • Alah membeli, menang memakai
    Walaupun harga sesuatu barang itu mahal sedikit, namun berbaloi kerana kualitinya yang bagus
  • Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
    Contohi sesuatu yang baik tetapi elakkan daripada terikut-ikut sesuatu yang negatif / tidak baik
  • Bapa borek, anak rintik
    Kelakuan anak kebiasaannya akan mengikut ibu bapanya / orang yang mengasuhnya
  • Panas baran
    Seseorang yang cepat marah
  • Duit saku
    Wang perbelanjaan
  • Belakang parang kalau diasah lagikan tajam
    Walau betapa bodoh seseorang itu, jika diajar berulang kali akan pandai juga
  • Membaca jambatan ilmu
    Amalan membaca dapat membantu menambahkan pengetahuan
  • Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
    Mendidik anak-anak biarlah ketika anak itu masih kecil
  • Daripada segenggam, jadi segantang
    Bernasib baik
  • Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk
    Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin merendah diri
  • Nama pena
    Nama yang digunakan oleh penulis pada karyanya
  • Langkah bendul
    Adik berkahwin dahulu daripada kakaknya
  • Bersekutu bertambah mutu
    Berkejasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan
  • Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
    Selalu berhati-hati supaya tidak tertipu atau kehabisan harta
  • Belukar sudah menjadi rimba
    Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi
  • Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung, ikutlah resmi penyu, telur beribu tak siapa tahu
    Orang yang berusaha dalam senyap beroleh banyak hasil berbanding yang sedikit diperoleh tetapi diheboh-hebohkan
  • Bagai hempedu lekat di hati
    Hubungan yang sangat akrab
  • Bagai pinang dibelah dua
    Pasangan yang sempadan
  • Pisang tidak berbuah dua kali
    Sekali tertipu atau kerugian, tentu akan berjaga-jaga pada masa akan datang
  • Serumpun bak serai, sesusun bak sirih
    Bersatu hati dalam segala hal
  • Ibarat telur sesangkang, pecah sebiji, pecah semua
    Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya
  • Adat dikelek, hukum dijunjung
    Adat dilaksanakan dan undang-undang ditegakkan
  • Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung
    Tiap-tiap perbuatan ada peraturannya, tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya
  • Genggam bara api, biar sampai jadi arang
    Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar dan bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan
  • Bumi mana yang tak ditimpa hujan
    Setiap orang pasti pernah melakukan kesilapan
  • Ketam mengajar anaknya berjalan betul

    Orang yang hanya tahu memberi nasihat tetapi dia sendiri tidak melakukan sedemikian