Save
Bahasa Melayu
Peribahasa
Usaha
Save
Share
Learn
Content
Leaderboard
Learn
Created by
aliya
Visit profile
Cards (12)
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Sekiranya hendak mengetahui atau menguasai sesuatu perkara, belajarlah daripada orang yang ahli ataupun pakar dalam bidang tersebut
Sambil menyelam minum air
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
Sesuatu tidak akan tercapai jika tidak mahu berusaha dan bersusah payah
Titik peluh
Hasil usaha sendiri
Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Kalau takut berdepan dengan penderitaan, lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah
Takkan lari gunung dikejar
Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan berhati-hati
Bertangguh itu pencuri masa
Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri
Berlayar sambil memapan
Melakukan dua pekerjaan atau perkara sekali gus
DImana ada kemahuan, di situ ada jalan
Jika mempunyai keinginan / cita-cita, seseorang itu akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapainya
Orang mengantuk disorongkan bantal
Memperolah apa yang benar-benar diingini atau diperlukan
Orang haus diberi air, orang lapar diberi nasi
Memperoleh sesuatu yang diingini
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian
Bersusah-susah dahulu supaya mendapat kesenangan pada hari kemudian