Cards (18)

  • Peralatan dalam makmal biologi ada 5
  • stesen pancuran kecemasan digunakan apabila bahagian badan terkena bahan kimia atau bahan-bahan berbahaya
  • stesen pencuci mata digunakan untuk mencuci mata apabila terkena bahan kimia atau bahan-bahan berbahaya
  • kebuk wasap digunakan untuk mengelakkan daripada terhidu gas-gas yang berbahaya seperti klorin, bromin dan nitrogen dioksida
  • kabinet aliran lamina digunakan untuk menyediakan aliran udara yang ditapis di ruang kerja yang bersih di dalam kabinet aliran lamina
  • kabinet keselamatan biologi digunakan untuk menyediakan ruang kerja yang tertutup untuk mengkaji bahan yang telah dicemari oleh patogen
  • peralatan perlindungan diri ada 6
  • gogal digunakan untuk mengelakkan mata daripada terkena bahan kimia berbahaya
  • topeng muka digunakan untuk melindungi daripada asap, wap dan habuk yang boleh menjejaskan sistem pernafasan
  • sarung tangan makmal digunakan untuk mengendalikan sampel biologi
  • pencuci tangan digunakan untuk membasmi kuman pada tangan
  • baju makmal digunakan untuk melindungi badan dan pakaian daripada percikan bahan kimia yang berbahaya
  • kasut makmal digunakan untuk mengelakkan kecederaan daripada serpihan kaca dan tumpahan bahan kimia
  • bahan-bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki ada 2 jenis
    1. bahan kimia yang mempunyai nilai pH 5-9
    2. cecair dan larutan yang mempunyai kepekatan rendah dan tidak berbahaya kepada pengguna ( larutan sukrosa, larutan pewarna, air suling )
  • bahan-bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki ada 10
    1. sebatian pelarut organik ( aseton, alkohol, benzena )
    2. nilai pH bahan kurang dari 5 dan lebih dari 9
    3. bahan kimia ( asid, gris, minyak )
    4. sisa pepejal ( bahan kimia, getah, kaca )
    5. logam berat ( merkuri )
    6. bahan meruap
    7. bahan toksik
    8. bahan sisa organik ( mikroorganisma, bangkai )
    9. bahan reaktif
    10. bahan radioaktif
  • kesan membuang bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki : pencemaran alam sekitar, membawa pelbagai penyakit dan sinki tersumbat