F4 PENDIDIKAN ISLAM

Subdecks (11)

Cards (42)

  • Nyatakan maksud rasuah
    Sebarang pemberian atau suapan yang bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan
  • Allah melarang manusia mengambil harta orang lain dengan cara berikut, antaranya termasuklah :
    1. Rasuah
    2. Riba
    3. Judi
    4. Mencuri
    5. Merompak
    6. Menipu
    7. Salah guna kuasa
  • Nyatakan kesan perbuatan rasuah terhadap ekonomi negara
    Melumpuhkan ekonomi negara akibat daripada kos pengurusan yang meningkat
  • Nyatakan kesan perbuatan rasuah kepada masyarakat
    Meningkatkan kes jenayah dalam masyarakat kerana sifat mementingkan diri sendiri
  • Senaraikan empat bentuk kesalahan rasuah
    1. Meminta atau menerima rasuah
    2. Menawarkan atau memberikan rasuah
    3. Mengukuhkan tuntutan palsu
    4. Menyalahgunakan kedudukan atau jawatan untuk kepentingan tertentu
  • Lengkapkan biodata Imam Al-Syafi'i
    Nama sebenar : Muhammad bin Idris Al-Syafi'i
    Tarikh lahir : 150 Hijrah di Ghazzah
    Tarikh wafat : 204 hijrah
    Kuniyah : Abu Abdullah
    Keperibadian :
    1. Sanggup tinggal bersama sama dengan kaum arab badwi demi mempelajari kesusasteraan dan kebudayaan arab
    2. Sanggup bermusafir jauh demi kecintaan terhadap ilmu
    3. Sangat pemurah kepada fakir miskin walaupun hidupnya sederhana
    4. Tinggi sifat warak dan kuat beribadah
    Guru yang tersohor :
    1. Imam Malik bin Anas
    2. Sufian bin Uyainah
    3. Muslim Khalid Al-Zanji