biology chp 2

Cards (92)

  • Komponen Sel
    • Jalinan endoplasma licin
    • Jalinan endoplasma kasar
    • Nukleus
    • Mitokondrion
    • Sitoplasma
    • Sentriol
  • Jalinan endoplasma licin

    • Satu siri membran yang saling bersambungan
    • Tapak bagi sintesis lipid dan detoksifikasi dadah serta racun
    • Tidak mempunyai ribosom pada membrannya
  • Jalinan endoplasma kasar
    • Jalinan endoplasma yang mempunyai ribosom terikat pada permukaan
    • Mengangkut protein yang disintesis oleh ribosom
  • Nukleus
    • Komponen sel paling besar, padat dan berbentuk sfera
    • Diselaputi oleh membran nukleus
    • Mengandungi nukleoplasma, nukleolus dan kromosom
    • Mengawal aktiviti-aktiviti sel
  • Mitokondrion
    • Kecil, berbentuk sfera atau rod
    • Tapak bagi respirasi sel
    • Tenaga yang dibebaskan disimpan dalam bentuk ATP
  • Sitoplasma
    • Matriks seperti jeli yang mengandungi bahan organik dan bahan bukan organik
    • Mengandungi organel
    • Bertindak sebagai medium bagi tindak balas biokimia dalam sel
    • Membekalkan bahan-bahan yang diperoleh dari luar sel kepada organel-organel
  • Sentriol
    • Sepasang struktur bujur yang kecil berada di luar nukleus
    • Terdiri daripada mikrotubul
    • Membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel dalam sel haiwan
  • Membran plasma
    Membran pada permukaan yang menyelaputi kandungan sel
  • Lisosom
    Kantung dilingkungi membran yang mengandungi enzim hidrolisis, iaitu lisozim
  • Enzim hidrolisis
    Enzim-enzim hidrolitik yang menghidrosis molekul-molekul organik yang kompleks
  • Membran plasma
    • Terdiri daripada protein dan fosfolipid
    • Separa telap
    • Membentuk sempadan yang mengasingkan kandungan sel daripada persekitaran luar
    • Mengawal pergerakan bahan-bahan ke dalam dan ke luar sel
  • Lisosom
    • Mengandungi enzim hidrolisis, iaitu lisozim
  • Ribosom
    • Terikat kepada permukaan jalinan endoplasma kasar atau tertabur secara bebas dalam sitoplasma
    • Terdiri daripada asid ribonukleik (RNA) dan protein
    • Tempat berlakunya sintesis protein
  • Jasad Golgi
    • Terdiri daripada timbunan kantung bermembran yang pipih
    • Memproses, mengubah suai, membungkus dan mengangkut karbohidrat, protein, fosfolipid dan glikoprotein daripada jalinan endoplasma
  • Vakuol
    • Kantung berisi cecair
    • Diselaputi oleh membran separa telap yang dipanggil tonoplas
    • Cecair dalam vakuol dipanggil sap sel
    • Bertindak sebagai tempat simpanan dalam sel
    • Membekalkan sokongan kepada tumbuhan herba
  • Kloroplas
    • Organel berbentuk cakeral
    • Mengandungi pigmen hijau, klorofil yang memerangkap tenaga matahari
    • Menjalankan fotosintesis
  • Dinding sel
    • Lapisan luar yang tegar yang menyelaputi membran plasma sel tumbuhan
    • Terdiri daripada selulosa
    • Telap sepenuh
    • Memberi bentuk kepada sel tumbuhan
    • Memberi kekuatan dan sokongan kepada sel tumbuhan
  • Persamaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan
    • Kedua-dua jenis sel mempunyai nukleus, sitoplasma, membran sel, mitokondrion, ribosom, jalinan endoplasma kasar, jalinan endoplasma licin dan jasad Golgi
  • Perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan
    • Sel haiwan tidak mempunyai bentuk tetap, tidak mempunyai dinding sel, biasanya tiada vakuol
    • Sel tumbuhan mempunyai bentuk yang tetap dan tertentu, mempunyai dinding sel berselulosa, mempunyai vakuol yang besar, mempunyai kloroplas, menyimpan kanji
  • Kloroplas hanya boleh dijumpai di dalam mesofil palisad, mesofil berspan dan sel pengawal
  • Organisma unisel ialah organisma yang hanya mempunyai satu sel sahaja
  • Contoh organisma unisel
    • Amoeba sp.
    • Paramecium sp.
  • Amoeba sp.
    • Hidup bebas di dalam persekitaran air tawar
    • Tidak mempunyai bentuk tetap dan diselaputi oleh membran plasma
    • Membesar dengan mensintesis sitoplasma baharu
    • Bergerak menggunakan pseudopodium (kaki palsu) dan diikuti dengan pengaliran sitoplasma ke dalam pseudopodium yang diunjurkan
    • Mengepung makanan secara fagositosis
  • Paramecium sp.

    • Hidup bebas di dalam persekitaran air tawar
    • Mempunyai bentuk seperti tapak kaki dan diselaputi oleh membran dan silia
    • Membesar dengan mensintesis sitoplasma baharu
    • Bergerak menggunakan pukulan silia secara berirama
    • Pukulan silia membantu zarah makanan masuk ke dalam alur mulut
  • Proses hidup organisma unisel
    • Pertukaran oksigen dan karbon dioksida
    • Perkumuhan
    • Pembiakan
  • Organisma multisel memerlukan sel khusus untuk menjalankan fungsi tertentu disebabkan saiz yang besar
  • Jenis sel manusia
    • Sel epitelium
    • Sel saraf
    • Sel darah putih
    • Sel darah merah
    • Sel otot
    • Sel sperma
  • Sel epitelium
    • Sel yang nipis dan leper yang tersusun padat
    • Melapisi permukaan organ
    • Membantu resapan gas dan penyerapan nutrien
    • Menghasilkan rembesan
  • Sel saraf
    • Unjuran halus dan panjang
    • Menghantar impuls saraf dari satu bahagian badan ke bahagian badan yang lain
  • Sel darah putih
    • Boleh berubah bentuk
    • Memusnahkan patogen
  • Sel darah merah
    • Berbentuk dwicekung
    • Tiada nukleus
    • Meningkatkan kecekapan pengangkutan oksigen
  • Sel otot
    • Terdiri daripada gentian-gentian protein, multinukleus dan berjalur
    • Mengecut dan mengendur untuk menghasilkan pergerakan
  • Sel sperma
    • Mempunyai ekor yang panjang untuk membantunya berenang ke arah ovum
    • Bahagian kepala mengandungi nukleus yang membawa satu set kromosom dari induk jantan
  • Jenis sel tumbuhan
    • Sel mesofil palisad
    • Sel mesofil berspan
    • Salur xilem
    • Floem
    • Sel pengawal
    • Sel akar rambut
  • Sel mesofil palisad

    • Sel berbentuk silinder yang panjang disusun secara tegak dan rapat antara satu sama lain
    • Susunan ini membolehkan cahaya matahari diserap dengan maksimum untuk fotosintesis
    • Mengandungi kepadatan kloroplas yang tinggi
  • Sel mesofil berspan
    • Tersusun secara longgar dengan banyak ruang udara
    • Ruang udara yang banyak membenarkan pertukaran gas dari dalam daun
  • Salur xilem
    • Salur berongga yang bersambung dari hujung ke hujung
    • Tiada sitoplasma
    • Mengangkut air dan garam mineral terlarut dari akar ke bahagian lain tumbuhan
  • Floem
    • Merupakan turus silinder yang tersusun dari hujung ke hujung
    • Mempunyai tiub tapis untuk mengangkut bahan-bahan organik yang disintesis dari daun ke bahagian lain tumbuhan
  • Sel pengawal
    • Sel epidermis yang terubahsuai dengan dinding sel yang lebih tebal di sebelah dalam
    • Mengawal pembukaan dan penutupan stoma
  • Sel akar rambut
    • Mempunyai unjuran panjang
    • Memberikan nisbah luas permukaan per isi padu yang besar untuk penyerapan air dan garam mineral