SAINS

Subdecks (2)

Cards (36)

  • Mikroorganisma
    Organisma seni yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, hanya dapat dilihat dengan bantuan mikroskop
  • Bilangan mikroorganisma lebih banyak daripada bilangan sel badan di dalam badan manusia
  • Bilangan sel badan di dalam badan manusia dianggarkan lebih kurang 3.0 × 10^13
  • Flora normal merupakan mikroorganisma yang ditemukan pada organisma termasuklah manusia dan haiwan dan tidak menyebabkan penyakit
  • Flora normal pada bahagian-bahagian berlainan badan manusia
    • Lactobacillus sp.
    • Streptococcus sp.
    • Staphylococcus sp.
    • Corynebacterium sp.
    • Escherichia coli
  • Kepentingan flora normal kepada kesihatan manusia

    • Bersaing dengan patogen untuk mendapatkan nutrien dan menghalang pembentukan koloni patogen
    • Mensintesiskan vitamin B12 dan vitamin K
    • Merangsang pertumbuhan tisu badan seperti tisu kolon dan tisu di dalam salur pencernaan
    • Merangsang pembentukan antibodi yang melawan patogen dan penyakit
  • Pengelasan mikroorganisma
    • Fungi
    • Alga
    • Protozoa
    • Bakteria
    • Virus