Pilih projek pembangunan yang beri kebajikan maksimum kepada rakyat
Kos lepas adalah kebajikan yang mungkin diperoleh daripada projek pembangunan kedua terbaik
Sekolah
RM20 Juta
Hospital
RM35 Juta
Jika kerajaan memilih projek membina hospital
Kos lepasnya ialah kebajikan yang mungkin diperoleh daripada projek membina sekolah
Faktor Pengeluaran
Sumber ekonomi yang diperlukan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan
Faktor Pengeluaran
Buruh
Tanah
Modal
Usahawan
Buruh
Individu yang menyumbangkan tenaga mental @ fizikal dalam proses pengeluaran, bekerja dengan orang lain/ada majikan, terdapat buruh mahir/tidak mahir, ganjaran ialah upah
Tanah
Sumber anugerah alam semulajadi/Allah s.w.t, sumber yang penawaran terhad, ganjaran ialah sewa
Modal
Alat ciptaan manusia yang digunakan untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan, contoh: bangunan, jentera, peralatan, mesin, modal wang yang disimpan di institusi kewangan, ganjaran ialah faedah
Usahawan
Individu yang menggabungkan/menyelaraskan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan, sanggup menanggung risiko dalam pengeluaran, ganjaran ialah untung, ciri usahawan: kreatif, bijak mengambil peluang, inovatif dll
Keluk Kemungkinan Pengeluaran (KKP)
Had maksimum tingkat pengeluaran yang boleh dicapai oleh masyarakat atau negara berasaskan faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada dan tingkat teknologi tertentu
Andaian untuk menjelaskan keluk KKP
Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
Sumber ekonomi yang dimiliki adalah terhad dan tetap
Tingkat teknologi adalah tetap
Titik A, B, C, D
Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap, sumber ekonomi tidak digunakan sepenuhnya, berlaku pembaziran/pengangguran
Kombinasi pengeluaran yang cekap, tingkat guna tenaga penuh, teknologi digunakan sepenuhnya, pengeluaran maksimum dengan kos yang minimum
Wujud masalah pilihan sama ada untuk mengeluarkan pada kombinasi A, B, C atau D
Wujud masalah kos lepas, ditunjukkan oleh kecerunan KKP, KKP curam menunjukkan kos lepas yang malar, berlaku masalah ketidakupayaan ekonomi, berlaku masalah kekurangan, tidak boleh dicapai kerana tingkat guna tenaga penuh telah dicapai dan tiada faktor pengeluaran lebih untuk menambah keluaran
Andaian keluk kemungkinan pengeluaran
Ekonomi telah mencapai guna tenaga penuh
Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang
Titik A, B, C, D
Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap, sumber ekonomi tidak digunakan sepenuhnya, berlaku pembaziran/pengangguran
Kombinasi pengeluaran yang cekap, tingkat guna tenaga penuh, teknologi digunakan sepenuhnya, pengeluaran maksimum dengan kos yang minimum
Wujud masalah pilihan sama ada untuk mengeluarkan pada kombinasi A, B, C atau D
Wujud masalah kos lepas, ditunjukkan oleh kecerunan KKP
Empat masalah asas ekonomi
Apa yang hendak dikeluarkan
Berapa yang hendak dikeluarkan
Bagaimana hendak dikeluarkan
Untuk siapa dikeluarkan
Apa yang hendak dikeluarkan
Penentuan jenis barang, mekanisma harga
Berapa yang hendak dikeluarkan
Penentuan jumlah/kuantiti barangan, interaksi antara permintaan dan penawaran dapat mengelakkan berlaku kekurangan atau lebihan barangan di pasaran
Bagaimana hendak dikeluarkan
Penentuan cara/kaedah pengeluaran, menggunakan kaedah intensif buruh atau modal
Untuk siapa dikeluarkan
Penentuan corak agihan barang
Sistem Ekonomi pasaran bebas/kapitalis
Suatu sistem ekonomi yang individu dan pihak swasta bebas membuat segala keputusan ekonomi tanpa campur tangan kerajaan
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Suatu sistem ekonomi yang kerajaan atau badan perancangan pusat berkuasa penuh dalam segala aktiviti ekonomi dan membuat keputusan ekonomi
Sistem Ekonomi Campuran
Suatu sistem ekonomi yang menggabungkan pelbagai diri kebaikan sistem ekonomi. Pihak kerajaan dan kuasa pasaran sama-sama memainkan peranan dalam aktiviti ekonomi
Tujuan campur tangan kerajaan
Membekalkan barang awan (hospital, sekolah)
Menstabilkan ekonomi (inflasi & kemerosotan ekonomi)
Merapatkan jurang pendapatan (orang kaya)
Mengurangkan kesan eksternali (pencemaran udara, air)
Mengawal harga barang dan perkhidmatan
Melaksanakan program ekonomi awam
Ciri-ciri Sistem Ekonomi
Pemilikan faktor pengeluaran
Penentu kehendak
Pembuat pilihan
Sistem Ekonomi
Pasaran Bebas/Kapitalis
Perancangan Pusat
Campuran
Sistem Ekonomi Pasaran Bebas/Kapitalis
Individu dan swasta bebas memiliki faktor pengeluaran/TBMU
Kerajaan tidak campur tangan tetapi menetapkan undang-undang dan peraturan
Pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan ekonomi
Pengguna bebas memilih kerana mereka mempunyai kuasa beli
Pengeluar bebas memperuntukkan faktor pengeluaran untuk untung yang maksimum
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
Faktor pengeluaran/TBMU dimiliki oleh kerajaan
Pengguna dan pengeluar tidak bebas memiliki sumber
Penyelesaian masalah asas ekonomi ditentukan oleh kerajaan
Badan perancangan pusat akan mengawal dan menyelaras peruntukan faktor pengeluaran serta corak agihan barangan kepada masyarakat
Individu tidak ada kebebasan untuk memilih barangan
Sistem Ekonomi Campuran
Individu dan swasta bebas memiliki sumber/TBMU
Terdapat sumber ekonomi yang dimiliki oleh kerajaan untuk mengeluarkan barang awam
Kerajaan memperuntukkan faktor pengeluaran untuk kebajikan masyarakat
Pengguna bebas membuat keputusan tentang corak permintaan barang dan perkhidmatan yang dapat memaksimumkan kepuasan
Pengeluar bebas mengeluarkan barang yang dapat memaksimumkan keuntungan
Kerajaan membuat keputusan tentang barang awam dan barang yang tidak mampu dikeluarkan oleh pihak swasta untuk kebajikan masyarakat
Individu bebas membuat pilihan barang dan jenis pekerjaan yang dapat memaksimumkan kepuasan
Penentuan Harga
Pasaran Bebas/Kapitalis: Harga ditentukan oleh mekanisme pasaran
Perancangan Pusat: Harga dikawal oleh kerajaan
Campuran: Harga ditentukan oleh mekanisme pasaran tetapi dikawal oleh kerajaan
Contoh negara
Pasaran Bebas/Kapitalis: Amerika Syarikat, Hong Kong
Perancangan Pusat: Cuba, Korea Utara
Campuran: Malaysia, Thailand, Singapura
Masalah Asas Ekonomi
Apa yang hendak dikeluarkan
Berapa yang hendak dikeluarkan
Bagaimana hendak dikeluarkan
Untuk apa dikeluarkan
Masalah Asas Ekonomi - Sistem Ekonomi Pasaran Bebas/Kapitalis
Apa yang hendak dikeluarkan: Ditentukan oleh mekanisme pasaran/Interaksi antara permintaan dan penawaran
Berapa yang hendak dikeluarkan: Kuantiti permintaan dan penawaran di pasaran/mekanisme pasaran
Bagaimana hendak dikeluarkan: Cara yang paling cekap antara intensif buruh atau modal untuk meminimumkan kos/memaksimumkan keuntungan
Untuk apa dikeluarkan: Corak agihan pendapatan wang/kuasa beli individu/orang kaya dapat lebih/orang miskin dapat kurang