bab 2

Cards (24)

  • abad ke 18: British mengalakkan ekspedisi ke Timur untuk kekayaan negara melalui perdagangan
  • Latar belakang Pulau pinang sebelum peluasan kuasa British
    • wilayah Kesultanan Kedah
    • menjadi tempat persinggahan pedagang2 dari Lingga yang berdagang dengan Kedah
    • pelabuhan dagang daerah serantau (terutama Acheh di Sumatera )
    • Batu Uban: pelabuhan terawal dan sering dikunjungi pedagang2 Arab
    • tahun 1759: petempatan Batu Uban dibuka orang Melayu dr Sumatera
    • Sultan Ledah meanugerahkan kawasan tersebut untuk membalas jasa orang Sumatera membantu Kesultanan Kedah menentang Siam
  • Latar belakang Singapura
    • wilayah kesultanan Johor Riau (KJR) yg meliputi Pahang, Johor dan gugusan kepulauan Riau Lingga (abad ke 16-19)
    • Johor, Singapura dan Kepulauan Riau ditadbir Temenggung Abdul Rahman (TAR)
    • sewaktu TAR mentadbir: ladang2 gambir diusahakan oleh orang Melayu & Cina di Singapura
    • pemerintah KJR : Sultan Abdul Rahman yang bersemayam di Lingga dan mengadakan hubungan baik dengan Belanda
  • Latar Belakang Melaka
    • kerajaan Alam Melayu unggul pd abad ke 15u
    • 1511: KMM ditawan Portugis
    • 1641-1824: Melaka jd tanah jajahan Belanda setelah mereka mengalahkan Portugis dgn bantuan KTR
    • belanda membuat Melaka jd pusat pengumpulan bijih timah dari negeri2 melayu
    • Belanda mementingkan Betawai di Pulau Jawa sebagai pusat perdagangan utama
  • perluasan kuasa British di Pulau Pinang
    • Awal abad ke-18: British menerusi Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) berusaha mendapatkan petempatan di Alam Melayu.
    • Perdagangan pesat dengan China mendorong British mencari petempatan baharu di Alam Melayu.
    • Pulau Pinang, di utara Selat Melaka, dipilih oleh British kerana keistimewaannya untuk memenuhi keperluan mereka di Alam Melayu.
  • kedudukan strategik di Pulau Pinang
    • pusat pengumpulan barang
    • pelabuhan persinggahan
    • pangkalan tentera
  • Pusat Pengumpulan Barang
    • British memerlukan barangan dari China, terutamanya teh yang diminati di Eropah.
    • China tidak memerlukan barangan British; mereka menginginkan emas, perak, bijih timah, dan rempah sebagai gantiannya.
    • British perlu pusat pengumpulan untuk barangan tersebut di Alam Melayu, yang kemudian ditukar dengan teh dari China.
  • Persinggahan Pelabuhan
    • British memerlukan pelabuhan persinggahan di laluan perdagangan antara India dan China.
    • Diperlukan tempat membaiki kapal, mendapatkan bekalan makanan dan minuman, serta perlindungan sementara semasa menunggu peralihan angin monsun.
    • Penting untuk memudahkan penjelajahan ke rantau Asia Pasifik.
  • Pangkalan Tentera
    • Pangkalan tentera laut British di Bombay, pantai barat India, kesukaran mengawal petempatan British di Madras, pantai timur India.
    • British memerlukan pangkalan tentera yang lebih strategik untuk mempertahankan petempatan di India daripada ancaman tentera Perancis dan menghadapi saingan Belanda di Alam Melayu.
  • Kronologi pendudukan british di Pulau Pinang
    • Abad ke-18: Kesultanan Kedah tergugat oleh persengketaan dalaman dan ancaman asing.
    • Sultan Kedah meminta bantuan tentera British untuk mempertahankan kedaulatan negeri.
    • British mengambil kesempatan atas masalah Kesultanan Kedah dengan menipu untuk menduduki Pulau Pinang.
  • Perebut Taktha Kesultanan Kedah
    Krisis Perebutan Takhta di Kedah:
    • Berlaku apabila Sultan Muhammad Jiwa melantik Tunku Abdullah sebagai Raja Muda Kedah.
    • Kerabat Diraja yang tidak bersetuju dan berpakat dengan Bugis di Selangor untuk menentang Sultan Muhammad Jiwa.
  • Permohonan Bantuan Kepada SHTI:
    • Sultan Muhammad Jiwa berusaha mendapatkan bantuan ketenteraan dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) untuk mempertahankan kedaulatan negeri daripada serangan Bugis.
  • Rundingan dengan SHTI:
    • SHTI menghantar Edward Monckton untuk berunding dengan Sultan Muhammad Jiwa.
    • Rundingan gagal kerana SHTI tidak memberikan jaminan akan melindungi Kedah daripada ancaman musuh.
  • Ancaman Siam
    Tuntutan Siam Terhadap Kedah:
    • Semasa pemerintahan Sultan Abdullah (1778-1798), Siam menuntut kembali penghantaran bunga emas dari kerajaan Kedah yang terhenti semasa Perang Siam-Burma.
  • Permohonan Bantuan kepada SHTI:
    Sultan Kedah merasa tergugat oleh tuntutan Siam dan memohon bantuan dari Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).
    Baginda menawarkan Pulau Pinang sebagai pangkalan kepada SHTI dengan syarat mendapatkan bantuan ketenteraan dan melindungi Kedah daripada ancaman Siam.
    
    
  • 
    Peranan Francis Light:
    • Sultan Kedah meminta Francis Light, seorang pedagang persendirian, untuk menyampaikan syarat-syarat tersebut kepada Gabenor Jeneral British di India.
    
  • Tipu Helah Francis Light Menduduki Pulau Pinang
    Janji Francis Light dan Tawaran Sultan Abdullah:
    • Francis Light, yang menyedari kedudukan strategik Pulau Pinang, berjanji bahawa SHTI akan memenuhi syarat yang dipohon oleh Sultan Kedah.
    • Sultan Abdullah, yang berpegang pada janji tersebut, menawarkan Francis Light untuk membuka petempatan di Pulau Pinang pada tahun 1786. Tawaran ini dibuat sementara menunggu jawapan daripada SHTI berhubung dengan syarat yang ditawarkan oleh Sultan Kedah.
  • Pemberian Nama Pulau dan Petempatan:
    • Francis Light menamakan Pulau Pinang sebagai Prince of Wales Island, menghormati Raja England semasa itu.
    • Petempatan yang mereka dirikan diberi nama Georgetown, merujuk kepada nama Raja England pada masa itu.
  • Pengukuhan kuasa british di Pulau pinang melalui perjanjian
    Ketakutan terhadap Ancaman Siam:
    • Pada tahun 1786, Siam menakluk Patani dan mengancam Kesultanan Kedah.
    • Sultan Abdullah memohon bantuan ketenteraan dari SHTI, sebagaimana yang dijanjikan oleh Francis Light.
  • Penolakan Bantuan oleh SHTI:
    • Namun, SHTI enggan memberikan bantuan kerana tidak ada perjanjian rasmi yang ditandatangani antara mereka dan Sultan Kedah.
  • Tindak Balas terhadap Tipu Daya Francis Light:
    • Sultan Abdullah menghimpunkan angkatan perang untuk mendapatkan semula Pulau Pinang selepas sedar akan tipu daya Francis Light.
    • Usaha Sultan Abdullah gagal apabila pasukan Kedah dikalahkan oleh Francis Light dengan bantuan tentera SHTI.
  • Penandatangan Perjanjian dan Pengiktirafan Pendudukan British:
    • Akibat kekalahan itu, Sultan Abdullah terpaksa menandatangani perjanjian dengan British pada tahun 1791.
    • Perjanjian tersebut secara rasmi mengiktiraf pendudukan British di Pulau Pinang.
  • Kesan Perjanjian tersebut:
    • Perjanjian tersebut memberi British hak untuk menduduki Seberang Perai, yang merupakan wilayah penting sebagai benteng pertahanan dan kawasan pertanian.
    • Pendudukan Seberang Perai memberikan akses kepada sumber makanan yang penting bagi penduduk di Pulau Pinang.
  • Desakan Gabenor Pulau Pinang:
    • Pada tahun 1800, George Leith, Gabenor Pulau Pinang, mendesak Sultan Kedah, Sultan Dhiauddin (1798-1804), untuk menandatangani perjanjian dengan British.
    • Desakan ini mendorong Sultan Dhiauddin untuk menandatangani perjanjian yang memberikan keizinan kepada British untuk menduduki Seberang Perai.