Sejarah Tingkatan 2: Bab 1 Kerajaan Alam Melayu

Cards (32)

  • Alam Melayu
    Kawasan yang merangkumi kepulauan dan tanah besar
  • Kerajaan yang masyhur di Alam Melayu
    • Funan
    • Champa
    • Srivijaya
    • Angkor
    • Majapahit
    • Kedah Tua
    • Gangga Nagara
  • Persamaan kerajaan-kerajaan di Alam Melayu
    • Aspek geografi
    • Bahasa dan budaya
  • Kerajaan-kerajaan di Alam Melayu berkembang maju sebagai pusat perdagangan dan keagamaan yang tersohor
  • Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan
  • Dunia Melayu meliputi selatan Vietnam, Kemboja, selatan Myanmar, Segenting Kra, Malaysia, Indonesia, Brunei dan Filipina
  • Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan kepulauan Nicobar, Filipina dan kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea
  • Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina
  • Alam Melayu merupakan suatu lingkungan geografi yang luas meliputi kepulauan Melayu hingga selatan Thailand
  • Funan
    Kerajaan yang berpusat di Vyadhapura, diasaskan oleh seorang Brahmin bernama Kaundhinya yang berkahwin dengan Soma, pemerintah wanita di sungai Mekong
  • Kerajaan Funan
    • Masyhur ketika pemerintahan Fan Shih-man
    • Meluaskan empayar Funan ke sungai Mekong hingga Teluk Camranh di sebelah timur, kemudian ke Selatan Myanmar dan Segenting Kra
    • Menguasai jalan perdagangan utama antara timur dengan barat
    • Abad ke-3 Funan menjadi pusat perdagangan utama di Alam Melayu
  • Raja Funan terakhir ialah Rudravarman
  • Kerajaan Champa
    Diasaskan oleh Chu-Lien pada tahun 192 M, berpusat di Indrapura dan sering berhadapan dengan serangan dari Dai Viet
  • Kerajaan Champa
    • Masyhur ketika pemerintahan Che Bong Nga
    • Meluaskan empayar Champa ke wilayah Dai Viet hingga Lembah Sungai Merah
    • Berjaya membunuh pemerintah Dai Viet bernama Raja Tran Due Tong dan mendapat pengiktirafan daripada Dinasti Ming pada tahun 1369
  • Kerajaan Srivijaya
    Diasaskan oleh Dapunta Hyang Sri Jayanasa pada tahun 683 M di Palembang, mengukuhkan kerajaan dengan menakluk kawasan sekitarnya seperti Bangka
  • Kerajaan Srivijaya
    • Masyhur ketika pemerintahan Sangramadhananjaya pada abad ke-8
    • Berjaya menakluk Selatan Myanmar, Tanah Melayu dan Segenting Kra
    • Menguasai jalan laut antarabangsa, iaitu Selat Melaka dan Selat Sunda
    • Menjadi kuasa perdagangan utama di Alam Melayu dan pusat pengajian agama Buddha
  • Kerajaan Angkor
    Diasaskan oleh Jayavarman II dari Chenla, berpusat di Hariharalaya
  • Kerajaan Angkor
    • Masyhur di bawah pemerintahan Suryavarman II dengan meluaskan Angkor ke sekitar Lembah Sungai Mekong hingga selatan Myanmar, berjaya menghalang ancaman daripada Champa dan Dai Viet, mewujudkan jalinan perdagangan antara pedagang tempatan dan pedagang luar
    • Diteruskan oleh Jayavarman VII dengan meluaskan Angkor hingga sempadan Annam, membina Angkot Thom dan mendirikan 102 buah hospital
    • Selepas kematian Jayavarman VII, Angkor mula lemah, serangan Siam pada 1594 melemahkan kerajaan Angkor
  • Kerajaan Majapahit
    Diasaskan oleh Raden Vijaya dengan bantuan tentera Mongol dalam perebutan kuasa di Jawa pada tahun 1294, berpusat di Kota Trowulan
  • Kemasyhuran Kerajaan Majapahit
    • Kemasyhuran bermula dengan perlantikan Patih Gajah Mada sebagai Perdana Menteri oleh pemerintahan Tribuana Tunggadewi, Patih Gajah Mada berjaya mengembalikan keamanan dan keselamatan kerajaan Majapahit, meluaskan tanah jajahan ke timur Pulau Jawa, pesisir pantai timur Sumatera, pesisir selatan dan barat Pulau Borneo, bahagian selatan dan timur Sulawesi, dan Kepulauan Maluku
    • Pada abad ke-14 Majapahit sebagai pusat perdagangan
  • Kerajaan Kedah Tua
    Bermula dengan penglibatan masyarakat di Guar Kepah yang menjalankan kegiatan perdagangan dengan pedagang dari luar di Sungai Mas, berpusat di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang, dikukuhkan dengan catatan golongan agama dan pedagang dari China, India dan Arab-Parsi
  • Kerajaan Kedah Tua

    • Orang China memanggil sebagai Chieh Ch'a, orang India memanggil sebagai Kataha, orang Arab memanggil sebagai Kalah-bar
    • Kemasyhuran kerajaan Kedah Tua dikaitkan dengan kepesatan kegiatan perdagangan di Lembah Bujang, menjadi pusat keagamaan agama Buddha
    • Kemasyhuran Kerajaan Kedah Tua ini menyebabkan Kerajaan Srivijaya menguasai Kedah Tua
    • Kerajaan Kedah Tua mengalami perubahan pemerintahan pada abad ke-7 ketika munculnya pengasasan kesultanan Kedah yang memulakan kerajaan baharu
  • Kerajaan Gangga Nagara
    Muncul abad ke-6, berfungsi sebagai pusat pelabuhan sejak abad ke-5, diasaskan oleh Raja Ganji Sarjuna, berpusat di Pangkalan
  • Kerajaan Gangga Nagara
    • Masyhur pada abad ke-9, mempunyai kekayaan hasil bumi seperti emas dan bijih timah, berjaya mempertahankan kedaulatannya daripada serangan Srivijaya pada tahun 850 M
    • Kerajaan Gangga Nagara lemah diserang oleh tentera Chola dari India pada tahun 1025, memusnahkan pelabuhan Gangga Nagara
  • Kedudukan Alam Melayu yang strategik di laluan perdagangan timur dan barat serta kekayaan hasil bumi
  • Hubungan dengan kerajaan luar mendorong penyebaran agama Hindu, Buddha dan Islam di Alam Melayu
  • Penyebaran agama Hindu
    Melalui peranan pedagang, tentera, dan golongan Brahmin
  • Penyebaran agama Buddha
    Peranan Asoka, pemerintah empayar Maurya, menghantar sami-sami Buddha ke Alam Melayu untuk menyebarkan agama Buddha
  • Penyebaran agama Islam
    Melalui peranan pedagang, pemerintah, dan pendakwah
  • Kerajaan Alam Melayu menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan di China dan India bagi mengukuhkan kedudukannya dan membuka jalan kepada perkembangan perdagangan
  • Tujuan utusan dihantar oleh kerajaan Alam Melayu ke China dan India
    • Mendapatkan pengiktirafan dan memperkukuh hubungan persahabatan dan perdagangan
    • Memulihkan hubungan setelah berperang dengan sekutu China iaitu Dai Viet
    • Memohon bantuan ketenteraan untuk melawan Dai Viet
    • Menjalinkan hubungan persahabatan
    • Mengukuhkan persahabatan dan perdagangan
    • Mengeratkan hubungan persahabatan dan hubungan keagamaan
    • Memperkukuh hubungan perdagangan dan keagamaan dengan India
  • Kemerosotan Kerajaan Majapahit
    • Kematian Patih Gajah Mada dan serangan kerajaan Demak pada tahun 1478 telah menyebabkan kerajaan Majapahit menjadi lemah