PEL 8 - Hindari Dosa-Dosa Besar

Cards (27)

  • 7 dosa besar
    • Syirik kepada Allah
    • Sihir
    • Membunuh
    • Makan riba
    • Makan harta anak yatim
    • Lari dari medan peperangan
    • Menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina
  • Syirik kepada Allah terbahagi kepada
    • Jali (nyata)
    • Khafi (tersembunyi)
  • Maksud syirik kepada Allah (Jali)
    Menyengutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan
  • Contoh syirik kepada Allah secara Jali
    • Menyembah berhala
    • Meyakini Nabi Isa sebagai anak Allah
    • Meyakini alam dikuasai selain Allah
  • Kesan syirik kepada Allah secara Jali
    Merosakkan akidah
  • Maksud syirik kepada Allah (Khafi)
    Melakukan sesuatu amalan bukan bertujuan kerana Allah
  • Contoh syirik kepada Allah secara khafi
    • Melakukan solat kerana mengharapkan pujian manusia (riak)
    • Berasa hebat dengan amalan sendiri (ujub)
    • Sombong dengan kelebihan duniawi yang dilakukan (takabbur)
  • Kesan syirik kepda Allah secara Khafi
    Merosakkan pahala amalan
  • Maksud sihir
    Perbuatan yang memudaratkan orang lain dengan bantuan jin
  • Contoh sihir
    • Santau
    • Pukau
    • Minyak pengasih
    • Pelaris
  • Kesan sihir
    • Mengakibatkan kesakitan tubuh badan
    • Mencetuskan pergaduhan
    • Memporak-perandakan rumah tangga
    • Menyebabkan kematian
  • Maksud membunuh
    Perbuatan menghilangkan nyawa seseorang
  • Contoh membunuh
    • Menembak dengan senjata api
    • Menikam dengan pisau
    • Meletakkan racun ke dalam makanan atau minuman
  • Kesan membunuh
    • Menyusahkan keluarga mangsa pembunuhan
    • Memporak-perandakan kehidupan masyarakat
  • Maksud makan riba
    Pertambahan bayaran dalam urusan pertukaran barang dan hutang
  • Contoh makan riba
    Hutang yang menetapkan faedah bayaran dengan peratus tertentu
  • Kesan makan riba
    • Mengakibatkan penindasan
    • Melumpuhkan ekonomi umat Islam
  • Maksud makan harta anak yatim
    menggunakan harta anak yatim dengan cara yang tidak dibenarkan oleh syarak
  • Contoh makan harta anak yatim
    • Membelanjakannya untuk kegunaan peribadi pemegang amanah secara berlebih-lebihan
    • Menyalahgunakan harta anak yatim
  • Kesan makan harta anak yatim
    • Mengakibatkan penindasan
    • Menjejaskan hubungan kekeluargaan
  • Maksud lari dari medan peperangan
    Meninggalkan medan peperangan menghadapi musuh
  • Contoh lari dari medan peperangan
    • Melarikan diri daripada pasukan yang sedang bertempur menghadapi serangan musuh
    • Enggan mempertahankan negara apabila diarah
  • Kesan melarikan diri dari medan peperangan
    • Keselamatan umat Islam dan negara akan terjejas
    • Negara terdedah kepada penjajahan dan campur tangan asing
  • Maksud menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina
    Menuduh wanita Islam yang baik melakukan perzinaan tanpa membawa saksi
  • Contoh menuduh perempuan yang beriman dan suci berzina
    percakapan atau pertuduhan yang jelas seperti "kamu telah berzina" atau memanggil seseorang wanita "wahai pelacur"
  • Kesan menuduh perempuan yang baik dan suci berzina
    • Menjatuhkan maruah
    • Mencetuskan perbalahan
  • Pengajaran hadis
    "Sebagai umat Islam, kita hendaklah"
    • Sentiasa memelihara diri daripada perbuatan syirik kerana syirik boleh merosakkan akidah
    • Menghindari diri daripada perbuatan membunuh kerana membunuh melanggar hak asasi manusia
    • Bersikap amanah dalam mengurus harta anak yatim untuk memelihara hak orang lain
    • Mempertahankan keamanan negara supaya Islam dapat ditegakkan
    • Menghindarkan diri daripada menuduh orang berzina tanpa bukti supaya maruah umat Islam terpelihara