Sejarah notes :)

Cards (21)

  • Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa yang lalu. Peristiwa pada masa yang lalu yang telah berlaku dalam kehidupan sesebuah masyarakat atau negara akan dikaji oleh sejarawan.
  • Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyediliki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka dalam bentuk buku, monograf dan majalah.
  • Terdapat beberapa pengertian sejarah dari aspek bahasa seperti bahasa melayu, kamus dewan dan bahasa inggeris
  • Dalam bahasa melayu, istilah sejarah berasal daripada perkataan arab "syajaratun" yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, asal-usul dan keturunan
  • Dalam kamus dewan, sejarah bermaksud asal-usul (keturunan), salasilah. Asal-usul bererti peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau, kisah, riwayat dan tambo. Ia juga bermaksud kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu.
  • Dalam bahasa inggeris pula, sejarah bermaksud history yang bererti cerita tentang seseorang. Perkataan history berasal daripada bahasa Yunani "historia" yang bererti "penyelidikan".
  • Herodotus ialah seorang sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia yang bererti "penyelidikan dan penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman". Karyanya yang terkenal ialah Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War).
  • E.H.Carr merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan. Karyanya yang terkenal ialah What is History?
  • Karya daripada Ibn Khaldun yang terkenal ialah Muqadimmah yang mengandungi enam bab. Beliau menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif kehidupan di bandar.
  • Khoo Kay Kim ialah antara sejarawan tempatan tersohor yang mengkaji sejarah Malaysia.
  • Khoo Kay Kim ialah antara sejarawan tempatan tersohor yang mengkaji sejarah Malaysia.
  • Muhd. Yusof Ibrahim ialah sejarawan tempatan yang mengkaji ilmu dan disiplin sejarah. Antara karya beliau yang terkenal ialah Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi.
  • Masa silam merupakan rentetan peristiwa yang telah berlaku. Masa silam dikaji berdasarkan urutan masa yang dinamakan kronologi (timeline)
  • Kronologi merujuk kepada rentatan peristiwa yang berlaku secara teratur mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir dan bergerak mengikut satu garisan lurus.
  • Ruang masa dibahagikan kepada dekad (10 tahun), abad (100 tahun) dan alaf (1000 tahun). Konsep masa juga diukur mengiku zaman seperti Sebelum Masihi (SM) dan Masihi (M). Zaman Masihi bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS.
  • Sumber sejarah dibahagi kepada dua bahagian, iaitu sumber sekunder dan sumber primer.
  • Sumber primer ialah sumber yang belum diolah dan diterbitkan. Sumber primer juga boleh dikenali sebagai sumber yang belum ditafsir dan bersifat asli.
  • Sumber sekunder pula ialah sumber yang telah diolah dan diterbitkan. Sumber sekunder juga boleh dikenali sebagai bahan tersebar kepada umum.
  • Artifak merupakan peralatan ciptaan manusia yang digunakan untuk perburuan, pertanian dan perdagangan.
  • Bukan artifak merupakan data arkeologi berkaitan dengan budaya manusia yang terdapat di bawah atau di atas permukaan tanah.
  • Ensiklopedia merupakan satu daripada sumber sekunder. Bahan yang terkandung dalam ensiklopedia ini berdasarkan fakta dan sumber sejarah yang sahih.