sejarah chap 1 form 5

Subdecks (1)

Cards (54)

  • Kedaulatan
    Kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara
  • Kemerdekaan Tanah Melayu
    31 Ogos 1957
  • Pembentukan Malaysia
    16 September 1963
  • Kedaulatandalam bahasa yunani

    Supernuus atau superanus yang bermaksud agung atau tertinggi
  • kedaulatan (yunani)
    Negara yang bebas atau merdeka
  • sovereignty(bhs inggeris)

    negara yang mempunyai kuasa penuh
  • daulah(bhs arab)

    Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan
  • daulat(bhs melayu)

    Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara
  • Pandangan tokoh tentang kedaulatan
    • Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara
    • Kedaulatan merujuk kerajaan terikat oleh undang-undang
    • Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya
    • Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan kekuatan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama
  • Kedaulatan
    • Kuasa tertinggi dalam sesebuah negara
    • Mempunyai sifat kekal dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang, mentafsir dan melaksanakannya
    • Dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
    • Asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing
  • Kedaulatan tradisional

    Sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara
  • Kedaulatan negara kita berpaksi pada kedaulatan Raja-raja Melayu
  • Kedaulatan moden

    Dikaitkan dengan idea kemunculan negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis
  • Kedaulatan undang-undang
    Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi
  • Kedaulatan undang-undang
    • Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman, stabil dan makmur
    • Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakannya
    • Menjadi prinsip keempat dalam Rukun Negara
  • Kedaulatan antarabangsa
    Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain
  • Keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan bahawa dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas, merdeka dan berdaulat
  • Setiap negara yang berdaulat mempunyai kekuasaan penuh untuk mengatur segala hal yang ada dalam wilayah tanpa campur tangan kuasa asing
  • Pemahaman terhadap konsep kedaulatan ini memberikan kesedaran tentang cabaran bagi mempertahankan negara
  • Rakyat perlu menggunakkan kebijaksanaan bagi menghadapi cabaran demi mengekalkan kedaulatan negara kita
  • Sistem perundangan
    Asas kepada peraturan negara
  • Sistem perundangan
    • Penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadilan dan melindungi rakyat
    • Asas kepada sistem perundangan negara kita berpandukan Perlembagaan Persekutuan
    • Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita
  • Rakyat
    Penduduk di sesebuah negara yang terikat kepada undang undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah
  • Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan adat resam yang disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identiti nasional yang sama
  • Raja Perlembagaan
    Pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan
  • Demokrasi Berparlimen

    Demokrasi yang dijalankan secara perwakilan melalui proses pilihan raya
  • Ciri negara yang berdaulat
    • Mempunyai pemerintahan
    • Mempunyai sempadan
    • Mempunyai perundangan
    • Mempunyai rakyat yang menjadikan negara kita sebagai sebuah negara yang bebas dan berdaulat
  • Pemerintahan negara berdaulat
    • Diwujudkan untuk menjaga kestabilan politik, keamanan, pertahanan dan ekonomi
    • Dijalankan secara teratur
    • Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
    • Ketua utama negara ialah Yang di-Pertuan Agong
    • Ketua kerajaan ialah Perdana Menteri yang dibantu oleh Jemaah Menteri
  • Sempadan
    Garis pemisah antra negeri atau negara
  • Malaysia merupakan negara yang berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara jiran iaitu Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei
  • Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa, khasnya PBB
  • Penetapan sempadan
    Memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan, pembangunan dan ekonomi negara kita
  • Kepentingan kedaulatan negara
    • Keberkesanan pentadbiran
    • Kemakmuran ekonomi
    • Kesejahteraan sosial
    • Kecemerlangan hubungan luar negara
  • Keberkesanan pentadbiran
    • Kedaulatan memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar
    • Dasar pentadbiran negara dilaksanakan dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan
    • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran
    • Sistem pentadbiran juga diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Kemakmuran ekonomi
    • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi
    • Selepas negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia
    • Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan yang diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara
  • Kesejahteraan sosial
    • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat
    • Negara dapat menjamin hak asasi rakyat, memelihara keharmonian kaum dan mewujudkan keadilan sosial
  • Kedaulatan
    Memberikan kebebasan kepada negara untuk menjalankan urusan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar
  • Keberkesanan pentadbiran
    • Dasar pentadbiran negara dilaksanakan dengan berkesan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan
    • Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang dilakukan melalui pengagihan kuasa mewujudkan keberkesanan pentadbiran
    • Sistem pentadbiran juga diperkukuh melalui peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan
  • Kemakmuran ekonomi
    • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi
    • Selepas negara mencapai kemerdekaan, pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat berbilang kaum di Malaysia
    • Pembangunan ekonomi meliputi bidang pertanian, perindustrian dan perdagangan yang diperkenalkan melalui dasar pembangunan ekonomi negara
  • Kesejahteraan sosial
    • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat
    • Negara dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berkemahiran melalui pendidikan
    • Beberapa perkara berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara diperkenalkan untuk memumpuk perasaan muhibah dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia