Lokasi Singapura di selatan semenanjung tanah Melayu membantu British bersaing dengan Belanda. Hal ini kerana, pelabuhan Bangkahulu berada di luar laluan perdagangan utama, manakala pelabuhan Belanda iaitu Riau, Lingga dan Betawi banyak dikunjungi kapal. Kedudukan Singapura dapat mengawal aktiviti perdagangan di Selat Melaka dan Selat Sunda. Selain itu, Singapura sesuai dijadikan pusat pengumpulan hasil-hasil ekonomi Alam Melayu.