MIB 2.1

Cards (59)

  • Sistem Beraja
    Sistem pemerintahan turun-temurun yang meletakkan raja sebagai payung kepada bangsa dan negara, merupakan sumber kekuatan dan kewibawaan pemerintah dan kerajaan
  • Konsep Melayu Islam Beraja sudah berakar umbi kepada bangsa Brunei (wujud kira-kira 700 tahun yang lalu sejak pemerintahan Sultan Brunei pertama)
  • Konsep MIB merupakan nilai bangsa yang sudah membudaya, gagasan yang berlandaskan agama dan sosiobudaya
  • Sultan
    Raja yang memerintah, mempunyai kuasa memerintah yang tertinggi dan kuasa berpusat kepada raja, bukan hanya sebagai kepala negara bahkan baginda menjadi pemimpin dan tonggak yang memegang tampuk pimpinan dan teraju pemerintahan
  • Beraja
    Institusi yang mengarahkan fikiran kita bahawa kita sebagai bangsa yang mempunyai Tuan, raja/sultan itu dinaubatkan sebagai Sultan dan Yang Di-Pertuan, tempat menumpukan dan menumpahkan rasa taat setia yang tidak berbelah bahagi (tunjang untuk mendaulatkan raja)
  • Sistem Beraja
    Suatu tradisi dalam pemerintahan bangsa Melayu, dipengaruhi oleh Hindu-Buddha (konsep Devaraja) iaitu suatu budaya yang mendewakan raja dan menganggap raja sebagai jelmaan dewa, kemudian agama Islam mengubah kefahaman sedemikian serta mendefinisikan raja sebagai Khalifah, Sultan dan Imam
  • Kesultanan Melayu Islam bermula di bumi Brunei pada tahun 1368 apabila Awang Alak Betatar memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Johor (Singapura Tua)
  • Khalifah
    Pengganti dan lanjutan kepimpinan nabawi yang berlandaskan Al-Quran, hadis, ijmak dan qias
  • Sultan
    Penguat kuasa keadilan berdasarkan ajaran Allah dan Rasul-Nya
  • Imam
    Kepimpinan dan keteladanan
  • Sistem beraja merupakan sistem pemerintahan turun-temurun yang meletakkan raja sebagai payung kepada bangsa dan negara, merupakan sumber kekuatan dan kewibawaan pemerintah dan kerajaan
  • Institusi (beraja) ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan dan memberikan kecintaan dan taat setia kepada negara
  • Perlembagaan Negeri Brunei 1959 telah dikenali sebagai Perlembagaan Negara Brunei Darussalam
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam adalah Ketua Ugama Islam, Ketua Negara/kuasa memerintah tertinggi, Perdana Menteri, Ketua Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, dan boleh melantik Menteri dan Timbalan Menteri
  • Pertabalan menjadi Sultan
    5hb. Oktober 1967
  • Negara Brunei Darussalam merdeka dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala
    1 Januari 1984
  • antap
    telah diperuntukkan
  • Perlembagaan Negara Brunei Darussalam
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ialah: Ketua / Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
  • Menteri
    • Menteri Pertahanan
    • Menteri Kewangan dan Ekonomi
    • Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
  • KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam boleh melantik beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri dari kalangan warganegara Negara Brunei Darussalam yang akan bertanggungjawab hanya kepada baginda Sultan bagi menjalankan kuasa memerintah dan yang akan membantu dan menasihatkan baginda dalam menunaikan kuasa memerintah
  • Kuasa memerintah di Negara Brunei Darussalam hendaklah dijalankan oleh KDYMM
  • Mulai 1 Januari 1984 Negara Brunei Darussalam adalah dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata'ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dan demokratik bersendikan ajaran-ajaran Islam menurut Ahli Sunah Waljama'ah dan dengan berasaskan keadilan, amanah dan kebebasan
  • Dalam sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Brunei, salah satu kuasa penting dan besar yang dimiliki oleh Sultan ialah melantik pembesar-pembesar negara dan pada lazimnya terus mengurniakan gelaran
  • Pembesar Diraja
    • Wazir
    • Cheteria
    • Pehin-Pehin Manteri Berchiri
    • Manteri-Manteri Bertauliah (Manteri Hulubalang dan Pedalaman / Manteri Darat)
  • Pembesar Kerajaan
    • Penasihat Khas KDYMM
    • Yang Di-Pertua MMN
    • Menteri-Menteri Kabinet
    • Ahli Majlis Mesyuarat Diraja
    • Timbalan Menteri
    • Ahli Majlis Mengangkat Raja
    • Ahli Majlis Ugama Islam
    • Ahli Majlis Mesyuarat Negara
    • Duta / Pesuruhjaya Tinggi
    • Setiausaha Tetap (SUT), Timbalan SUT
    • Superscale Special
    • Ketua-ketua Jabatan
    • Pegawai-pegawai Kanan
  • Kuasa Sultan yang telah dinyatakan di bawah Perlembagaan adalah tertumpu bagi kebajikan, kesejahteraan serta keamanan rakyat dan penduduk
  • Sistem pentadbiran beraja telah dapat membawa negara mencapai matlamat-matlamat dan telah dapat membawa kebajikan kepada masyarakat
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam: 'Sistem pemerintahan beraja yang telah kita warisi dan pelihara itu telah berjaya menciptakan kebahagiaan dan keunggulan untuk Negara Brunei Darussalam'
  • Sultan selaku pemimpin dan penaung kepada rakyat adalah memegang amanah Allah bagi menjalankan kuasa tertinggi negara
  • Setiap rakyat berkewajipan untuk mematuhi dan menerima segala arahan kerajaan selagi arahan yang diberikan itu tidak bertentangan dengan hukum syarak
  • Allah Subhanahu Wata'ala: 'Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.'
  • Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: 'Mendengar dan taat kepada ketua adalah menjadi kewajipan ke atas orang Islam sama ada yang disukainya atau yang tidak disukainya selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat, tiadalah boleh mendengar dan taat.'
  • Sebagai ulil amri di muka bumi ini, tugas dan tanggungjawab baginda untuk memimpin dan memandu rakyat baginda ke jalan yang benar yang diredhai oleh Allah S.W.T.
  • Hubungan antara rakyat dan pemimpin ini telah tercatat dalam buku Adat Istiadat Diraja Brunei yang menyatakan bahawa raja tidak boleh zalim dan rakyat tidak boleh menderhaka
  • Taat setia
    Taat, sanggup dan bersumpah setia dengan tekad rela melakukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi disertai dengan sifat ikhlas, jujur dan amanah
  • Taat setia merupakan suatu perkara yang perlu dimiliki oleh setiap masyarakat Melayu - sebagai nilai budaya atau budaya hidup
  • Hubungan raja dengan rakyat
    Diibaratkan seperti aur dengan tebing, semakin subur hidup aur itu semakin kukuh tanah tempat aur itu tumbuh
  • Rakyat Negara Brunei Darussalam mestilah sentiasa menumpukan taat setia kepada raja dan raja pula sentiasa kasih sayang kepada rakyat
  • Pemerintahan yang adil dan damai di Negara Brunei Darussalam telah dapat membawa kemakmuran negara
  • Hubungan raja dengan rakyat
    Seperti aur dengan tebing, semakin subur hidup aur itu semakin kukuh tanah tempat aur itu tumbuh