MIB 5.1

Cards (79)

  • Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara menurut Perlembagaan Negeri Brunei 1959
  • Bahasa adalah merupakan satu cabang daripada kebudayaan yang dimiliki dan diwarisi oleh sesuatu bangsa
  • Bahasa
    Perkataan-perkataan yang digunakan untuk menamakan sesuatu, menggambarkan perbuatan dan merupakan sifat sesuatu termasuk perkataan-perkataan yang menjadi sendi, atau sesuatu perkataan yang menguatkan sesuatu maksud
  • Setiap bangsa di dunia ini mempunyai bahasa tersendiri untuk melambangkan identiti masing-masing
  • Melalui bahasa itulah sesuatu bangsa dapat dikenalpasti dan bahasa juga menjadi tali penghubung (komunikasi) antara satu dengan lain
  • Bahasa bersifat dinamik, berubah-ubah mengikut perkembangan penulisannya
  • Bahasa Melayu
    Salah satu dialek daripada beratus-ratus dialek lain yang terdapat di Nusantara (Alam Melayu)
  • Selain dari Bahasa Melayu standard yang diguna pakai di alam Melayu ini, bangsa Brunei juga mempunyai dialeknya yang tersendiri
  • Bahasa Melayu Brunei juga dituturkan oleh sebahagian penduduk di wilayah Borneo terutama di kawasan Limbang, Lawas, Sipitang malah sebahagian dari kawasan pedalaman Sabah
  • Penutur Bahasa Melayu Brunei di negara ini, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada rakyat dan penduduk di kawasan Daerah Brunei Muara terutama di kawasan perkampungan Kampong Ayer, Bandar Seri Begawan
  • Lingua franca
    Bahasa perantaraan atau bahasa perhubungan antara masyarakat atau orang-orang yang berlainan bahasa
  • Hampir seluruh negara di dunia ini mempunyai bahasa rasminya yang tersendiri, demikian juga di Negara Brunei Darussalam yang bernegara sendiri, berbangsa sendiri dan berbahasa sendiri iaitu bahasa Melayu
  • Mengikut sejarah, bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca kepada negara-negara di alam Melayu
  • Pada suatu masa dahulu, sebarang perhubungan yang hendak dijalankan di Brunei biasanya menggunakan bahasa Melayu
  • Orang British yang membuat perhubungan dengan Brunei yang bermula dalam 1800 juga menggunakan bahasa Melayu
  • Perjanjian atau 'treaty' yang dibuat antara Kerajaan Brunei dan Kerajaan British juga dalam bahasa Melayu
  • Setelah Brunei berada di bawah pentadbiran British, bahasa Melayu masih terus digunakan sebagai bahasa utama sehingga pada 1906
  • Apabila pengaruh Inggeris telah bertapak kukuh di Brunei, bahasa Melayu beransur-ansur menghadapi tekanan sehingga mula diketepikan dalam pentadbiran kerajaan
  • Mereka yang mengetahui bahasa Inggeris mendapat keutamaan dan layanan istimewa
  • Bahasa Melayu diketengahkan dan diperundangkan menjadi Bahasa Rasmi di bawah Undang-Undang Bab 82 (1), Perlembagaan Negeri Brunei 1959
  • Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan - tunjang utama yang berupaya menyatupadukan rakyat dan penduduk yang berbilang puak dan bangsa di Negara Brunei Darussalam
  • tekanan
    sehingga mula diketepikan
  • pentadbiran kerajaan
    mereka yang mengetahui bahasa Inggeris mendapat keutamaan dan layanan istimewa
  • Bahasa Melayu diketengahkan dan diperundangkan

    menjadi Bahasa Rasmi
  • Pengaruh bahasa Inggeris semakin mendapat tempat
    Bahasa Melayu mula diperuntukkan menjadi bahasa rasmi negara
  • Bahasa rasmi bagi Negara Brunei Darussalam ialah Bahasa Melayu
  • Versi rasmi dalam Bahasa Inggeris
    hendaklah diadakan mengenai sesuatu perkara yang, menurut Perlembagaan ini atau menurut sebarang undang-undang bertulis atau menurut Peraturan-Peraturan Mesyuarat, dikehendaki untuk dicetak atau ditulis
  • Versi tersebut hendaklah, samalah juga dengan versi rasmi dalam Bahasa Melayu, diterima sebagai naskhah yang sah
  • Sekiranya terdapat sebarang kewahaman, pertelingkahan atau percanggahan antara naskhah Bahasa Melayu dan naskhah Bahasa Inggeris Perlembagaan ini, atau apa-apa jua yang dicetak atau ditulis menurut Fasal (2) di atas, maka naskhah Bahasa Melayu hendaklah dipakai
  • Perlembagaan Negara Brunei Darussalam memberi jaminan terhadap kedudukan bahasa Melayu, maka ia hendaklah dibina, diperkembangkan dan didaulatkan sehingga dapat berperanan sebagai budaya tinggi dalam lingkungan geografi Negara Brunei Darussalam
  • Selain kedudukannya dalam perlembagaan ia 'diperteguh lagi dengan konsep Melayu Islam Beraja sebagai falsafah Negara mulai tahun 1984, martabat bahasa dan bangsa Melayu diangkat setinggi-tingginya dengan berteraskan nilai-nilai Islam sebagai pelengkap dan konsep beraja sebagai sistem pemerintahannya'
  • Kedudukan dan kepentingan bahasa Melayu bukanlah didorong oleh kepentingan politik, tetapi oleh sebab masyarakat negara ini bersifat homogen dan bahasa tersebut merupakan bahasa yang terpakai serta mendominasi sifatnya, maka ia wajar menjadi wadah dan wacana kehidupan
  • Bahasa Melayu menjadi perpaduan puak-puak di Brunei dan juga menjaga ketahanan dan kelangsungan Negara Brunei Darussalam
  • KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam: 'kita selaku penutur bahasa lingua franca bukan menafikan kepentingan bahasa asing. Malah kita juga menggalakkannya supaya dipelajari dan di dalami, terutama bahasa-bahasa asing yang utama. Cuma yang lebih penting di sini ialah pendaulatan bahasa Melayu itu mestilah ia jangan dikendurkan, jangan sampai dikelasduakan, atau kita dengan sengaja melangkahinya dalam keadaan dan ketika yang tidak perlu'
  • Pentadbiran kerajaan British sentiasa menggalakkan para pegawai mempelajari bahasa Inggeris - secara tidak langsung mengurangkan penggunaan bahasa Melayu
  • Bagi mereka yang hendak mengejar dan meninggikan taraf kedudukan akan berlumba-lumba mempelajari bahasa Inggeris dan tanpa disedari perbuatan tersebut telah menyisihkan bahasa ibunda sendiri
  • Dalam pentadiran kerajaan British, bahasa Inggeris digunakan dalam urusan persuratan tanpa menghiraukan sama ada isi kandungan dokumen atau persuratan difahami oleh penerimanya atau sebaliknya
  • Penilaian kecekapan dalam sesuatu pekerjaan adalah diutamakan kepada mereka yang mengetahui bahasa Inggeris
  • Bahasa Inggeris menjadi bahasa pertuturan dalam kalangan kelas atasan dan kelas menengah bagi bukan Melayu (malah orang Melayu sendiri juga) dan pertuturan hanya akan dijalankan dalam bahasa Melayu sekiranya ada orang Melayu dalam proses komunikasi tersebut
  • Orang Melayu (golongan yang berpendidikan barat) sendiri berasa lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris - khuatir jika menggunakan bahasa ibunda tidak tepat dengan maksud yang dikehendaki