MIB 7.1

Cards (69)

  • Tajuk ini akan membawa para pelajar untuk membincangkan penggunaan Terasul, Bahasa Pengganti Diri dan Bahasa Dalam serta memahami makna yang tersirat dalam bahasa tersebut
  • Terasul
    Gabungan nama atau susunan perkataan yang indah dan mulia bunyinya yang terdahulu ditulis atau diucapkan sebelum menulis atau menyebut nama gelaran (jika ada) kemudian diikuti oleh nama sebenar seseorang
  • Tujuan meletakkan Terasul
    Sebagai memuliakan dan memberikan penghormatan kepada seseorang (jangan sampai nama mereka diracak atau terlalu luaran)
  • Bahasa Dalam
    Bahasa yang mengandungi makna yang tersirat
  • Adat istiadat adalah sesuatu yang bermula daripada perilaku atau perbuatan yang kemudiannya dirasakan amat selesa dan sesuai diamalkan oleh pelakunya
  • Apabila dirasakan selesa dan sesuai maka ia menjadi sesuatu yang disukai dan digemari dan kemudiannya menjadi amalan sehingga menjadi resam dan kebiasaan
  • Dari resam dan kebiasaan itu lalu nampak keindahannya hingga menjadi perilaku yang dipakai dalam melaksanakan kerja-kerja besar hingga dipandang menjadi adat
  • Adat itu kemudian diperelok dan disusun lagi mengikut aturan-aturan tertentu hingga elok disebut dan dipandang mata yang pada akhirnya disebut dan dikenali sebagai Adat Istiadat
  • Adat Istiadat Brunei
    • Adat Istiadat Orang Kebanyakan
    • Adat Berpacar (Adat Istiadat Perkahwinan Melayu)
    • Adat Makan Tahun (bagi puak Kedayan)
    • Adat Istiadat Diraja Brunei
  • Adat Istiadat Brunei mempunyai dasar-dasar dan asas-asas yang tertentu yang bertujuan untuk mewujudkan keharmonian dan menjamin kesejahteraan anggota masyarakat di dalamnya
  • Ciri-ciri yang menjadi dasar kepada adat istiadat
    • Asli turun-temurun
    • Sesuai dengan kemajuan (boleh dimodenkan dengan mengekalkan keasliannya)
    • Bersendikan syarak
    • Mengikut kemampuan
  • Negara Brunei Darussalam masih mempunyai Adat Istiadat purbakala yang masih dapat dipelihara oleh masyarakat bangsanya
  • Adat Istiadat Brunei mempunyai keperibadiannya yang tersendiri yang sentiasa terpelihara walaupun ia menempuh berbagai-bagai ujian
  • Warisan adat di antaranya Naubat Kebesaran Diraja yang masih dipakai oleh Sultan-Sultan Brunei sejak dulu lagi hingga sekarang
  • Jenis-jenis Naubat
    • Naubat Biasa
    • Naubat Iskandar
    • Naubat Ibrahim
  • Peralatan Naubat
    • Nakara
    • 2 Gendang Labek
    • Serunai
  • Nakara merupakan alat Naubat yang tertinggi kedudukannya
  • Adat Istiadat bukanlah peraturan yang beku, bahkan terus hidup subur dan berkembang dengan mengambil mana-mana unsur kebudayaan lain dan unsur-unsur kemajuan yang sesuai dengan keperibadian orang Brunei
  • Contoh permodenan Adat Istiadat
    • Istiadat Berpuspa Al-Marhum pada 31 Mei 1951, Baginda menaiki usungan disahan oleh pengusung-pengusung yang diaturkan
    • Istiadat Berpuspa KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 1 Ogos 1968, baginda juga menaiki usungan tetapi usungan itu mempunyai roda dan ditarik oleh orang-orang yang ditentukan
  • Ugama Islam merupakan salah satu unsur yang diterapkan ke dalam Adat Istiadat Brunei yang disesuaikan dan dijalin dengan kehendak Syarak
  • Contoh penerapan unsur Islam dalam Adat Istiadat
    • Membuka Naubat diganti dengan membaca doa tahlil dan sembahyang Maghrib berjemaah
    • Alat-alat Kebesaran Diraja seperti Kucing Emas dan Tongkat Ajai tidak lagi berada di Pataratna kerana tidak bersesuaian dengan ajaran agama Islam
  • Ajaran ugama Islam telah meresap di jiwa orang-orang Brunei, maka ia secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan Adat Istiadat Brunei itu sendiri
  • Contoh pengaruh Islam dalam Adat Istiadat

    • Ayat-ayat Al-Quran yang tertulis dalam Alat-alat Kebesaran Diraja seperti Kiap, dan di atas Pataratna dan Singgahsana
    • Pengamalan nilai-nilai yang berkaitan dengan ugama Islam dalam mana-mana jua majlis yang beristiadat atau lain-lain upacara seumpamanya, iaitu ia akan disertai dengan bacaan doa selamat
  • Melaksanakan adat istiadat hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kita supaya tidak berlaku sebarang pembaziran
  • Bahasa Dalam mengandungi makna yang tersirat
  • mencapai
    keredhaan Allah
  • Melaksanakan adat istiadat
    1. Hendaklah disesuaikan dengan kemampuan kita
    2. Supaya tidak berlaku sebarang pembaziran
  • Contoh
    • Jika hendak menjemput seseorang untuk menghadiri sesuatu majlis, biasanya di dalam kad jemputan akan dimulai: Yang Mulia (terasul) Awang / Dayang (nama)
    • Yang Mulia (terasul) Dato / Datin Paduka (Bintang-Bintang Kebesaran) Awang / Dayang (nama)
    • Yang Dimuliakan (terasul) Pehin Orang Kaya Jurulatih Adat Istiadat Diraja (gelaran) Dato Paduka (Bintang-Bintang Kebesaran) Awang (nama)
  • Terasul
    Hanya sesuai dipakai dalam satu situasi atau keadaan yang rasmi. Selain di dalam persuratan, terasul tidak terkecuali digunakan di dalam majlis-majlis keraian baik yang beristiadat mahupun yang biasa
  • Terasul
    Selain daripada memperelok sebutan bagi gelaran dan nama seseorang, terasul juga menjadi panduan ketika berdatang sembah kepada Sultan, Raja Isteri, Keluarga Diraja, Kerabat Diraja dan Pengiran-Pengiran, begitu juga dengan orang-orang yang dikurniai gelaran
  • Terasul-terasul di Negara Brunei Darussalam
    • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
    • Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri
    • Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli
    • Yang Teramat Mulia Paduka Seri
    • Yang Teramat Mulia Seri Paduka
    • Yang Teramat Mulia
    • Yang Amat Mulia
    • Yang Berhormat
    • Yang Amat Arif
    • Tuan/Puan Yang Terutama
    • Yang Dimuliakan Lagi Dihormati
    • Yang Dimuliakan
    • Yang Mulia
  • Terasul yang berwarna biru adalah terasul yang bersifat sementara disebabkan jawatan
  • Pada masa ini tidak ada yang memakai terasul yang berwarna merah ini
  • Khusus untuk:
    Sultan dan Raja Isteri sahaja
  • Pembungkus kalimat:
    1. Ampun Beribu Ampun
    2. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda
  • Kebawah Duli Yang Muha Mulia Paduka Seri Baginda
    Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
  • Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri
    Pengiran Anak Hajah Saleha binti Almarhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam
  • Apabila berdatang sembah atau beramah mesra dengan kedua-dua baginda,
    1. Bagi Pengiran-Pengiran (Lelaki dan Perempuan)
    2. Ganti diri orang pertama: Hamba Duli Tuan Patik
    3. Ganti diri orang kedua: Duli Tuan Patik
  • Bagi: Pehin-Pehin, Dato-Dato, Awang-Awang dan Dayang-Dayang

    1. Ganti diri orang pertama: Hamba Kebawah Duli Tuan Patik
    2. Ganti diri orang kedua: Kebawah Duli Tuan Patik
  • Khusus untuk: Putera Sultan yang dimasyhurkan menjadi Pengiran Muda Mahkota, Putera-Putera Sultan yang diarak menjadi Pengiran Perdana Wazir dan Wazir-Wazir, Putera-Putera Sultan yang gahara

    Pembungkus Kalimat: Beribu Ampun Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri