Sistem suria terdiri daripada matahari dan lapan buah planet yang utama. Kesemua planet beredar mengelilingi matahari mengikut orbit masing-masing
Pergerakan bumi dalam sistem suria berlaku melallui dua cara, iaitu putaran bumi dan peredaran bumi
Bumi berputar pada paksinya sambil beredar mengelilingi matahari mengelilingi orbitnya yang berbentuk elips.
Bumi berputar pada paksinya yang mempunyai kecondongan sudut 23 1/2 pada satah tegak
Putaran bumi adalah dari arah barat ke timur atau mengikut arah lawan pusingan jam
Satu putaran yang lengkap mengambil masa 24 jam atau 1 hari
Kesan-kesan putaran bumi
Kejadian siang dan malam
Semasa bumi berputar, bahagian yang menghadap matahari akan mengalami waktu siang manakala bahagian yang tidak menerima pancaran matahari akan mengalami waktu malam
Kejadian ini silih berganti setiap hari kerana bumi sentiasa berputar di atas paksinya
Perbezaan waktu tempatan
Bumi mengambil 24 jam untuk melengkapkan satu putaran (360)
Dalam satu jam, bumi akan berputar sebanyak 15° longitud atau 4 minit bagi setiap 1° longitud
Bumi dibahagikan kepada 24 zon waktu. Setiap zon adalah 15° longitud
Putaran bumi dari barat ke timur menyebabkan kawasan di timur Garisan Meridian Pangkal menerima cahaya matahari terlebih dahulu berbanding dengan kawasan di sebelah barat
Bumi beredar mengelilingi matahari mengikut arah lawan jam. Satu peredaran yang lengkap mengambil masa selama 365 1/4 hari atau satu tahun
Kesan-kesan peredaran bumi
Kejadian empatmusim di kawasan beriklimsederhana
Musim panas, musim luruh, Musim sejuk, Musimbunga
Peredaran bumi mengelilingi matahari dan kecondongan paksi bumi menyebabkan kedudukan matahari tengah hariberubah-ubah seiring dengan perubahan musim