Sej F3 1.2

Cards (12)

  •   Syarikat Hindia Timur Inggeris(SHTI) ditubuh di England 1600, diberi hak monopoli perdagangan rempah di Kepulauan Melayu.
  • ·    Syarikat Hindia Timur Belanda ditubuh 1602 , diberi monopoli perdagangan di Timur.
  • ·    Syarikat Hindia Timur Perancis ditubuh 1664 untuk berdagang di Asia.
  • ·    Abad ke-16, Sepanyol menjadi kuasa ulung di Eropah. Abad ke-16, zaman kegemilangan Portugis dan Sepanyol.
  • Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-16:
    ·    Barangan mewah: dari China(teh, sutera,tembikar)
    ·    Pusat pengumpulan Barang: China mahukan emas, perak, bijih timah dan rempah-ratus di Kepulauan Melayu sebagai tukaran. Memerlukan pusat pengumpulan bahan mentah tempatan di tengah-tengah laluan perdagangan India dan China.
    ·    Perlabuhan Persinggahan: Terlindung angin monsun, Memudahkan kapal berlabuh, Mengisi bekalan air, makanan dan Membaiki kemudahan kapal
    ·    Agama Kristian: penjajahan untuk kekayaan, keagamaan dan kemasyuran.
  • Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-17 dan Abad Ke-18
     
    Revolusi Perindustrian
    • Berlaku di Britain pada abad ke-17 manakala di negara Eropah lain pada abad ke-18
    • Selepas berlakunya revolusi perindustrian, dasar kuasa Barat berubah corak
    • Mereka perlu mencari pusat perdagangan dan menguasai tanah jajahan yang dapat membekalkan bahan-bahan mentah bagi keperluan kilang perusahaan mereka secara berterusan
    • Perindustrian ini membolehkan barangan dikeluarkan secara besar-besaran
    • Maka, kawasan pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang tersebut supaya keuntungan dapat dimaksimumkan
  • Kedatangan Kuasa Barat pada Abad ke-19 dan ke-20:
    ·    Perkembangan industri kereta: Getah asli(tayar dan penebat barangan elektrik)
    ·    Kesuburan tanah dan kekayaan hasil bumi
    ·    Industri mengetin: ciptaan baharu Amerika Syarikat, permintaan bijih timah pesat 1840
    ·    Pembukaan terusan Suez: mempercepat urusan perdagangan, Ferdinand de Lesseps 1859, menghubungkan Pelabuhan Said di Laut Mediterranean dan Suez di Laut Merah
    ·    Ciptaan kapal wap: membawa muatan banyak, perjalanan cepat, menjimatkan kos
  • Kedatangan Kuasa Barat pada Abad Ke-19 dan Ke-20

    Persaingan kuasa barat: semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan diperoleh
  • Ciptaan Telegraf

    Membolehkan ahli perniagaan di benua Eropah dan Amerika menghubungi ejen atau wakil mereka di Tanah Melayu dengan cepat
  • Penglibatan Tanah Melayu dalam kegiatan pasaran dunia Antarabangsa semakin penting
  • Slogan "Beban Orang Putih"

    Kuasa Barat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh dan tamadun mereka ke seberang laut
  • Menggunakan slogan "Beban Orang Putih" yang bermaksud tanggungjawab mereka dan tugas mereka adalah untuk membantu dan memberikan kesejahteraan kepada peribumi di wilayah yang dijajah oleh mereka