Sejarah bab 1

Cards (43)

  • Sejarah
    Tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah yang ditulis oleh sejarawan
  • Herodotus
    • Sejarawan pertama menggunakan perkataan penyelidikan atau penyiasatan
    • Karyanya ialah Histories atau The Persian War
  • E.H. Carr
    • Karyanya ialah What is History
  • Ibn Khaldun
    • Karyanya ialah Muqaddimah
    • Mengupas mengenai kehidupan manusia sejak zaman primitif hingga kehidupan di bandar
  • Khoo Kay Kim
    • Karyanya ialah Sejarawan dan Persejarahan Melayu Tradisi dan Transformasi
  • HerodotusSejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat
  • Sejarah merujuk apa-apa yang pernah atau sudah berlaku
  • Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang akan berlaku pada masa kini dan menjamin kesilapan yang sama tidak akan berulang
  • Sejarah ialah ibu kepada semua bidang
  • Sejarawan
    Orang yang mengkaji ilmu dan disiplin sejarah
  • Masa Silam
    Rentetan peristiwa yang telah berlaku
  • Kronologi
    • Berlaku secara teratur mengikut urutan masa
  • Pembahagian Ruang Masa
    • Dekad (10 tahun)
    • Abad (100 tahun)
    • Alaf (1 000 tahun)
  • Zaman Masihi
    Bermula dengan kelahiran Nabi Isa AS
  • Ruang dalam Sejarah

    Dibahagikan mengikut tema tertentu seperti politik, ekonomi dan sosial
  • Ruang Masa dalam Sejarah Malaysia
    • Era Kesultanan Melayu Melaka
    • Kemunculan kuasa luar
    • Kemerdekaan negara
  • Sumber Primer
    • Belum diolah atau diterbitkan
    • Bersifat asli
    • Belum ditafsir
  • Sumber Sekunder
    • Bahan yang telah diolah dan diterbitkan
    • Bahan yang tersebar kepada umum
  • Kaedah Bertulis
    Kajian terhadap sesuatu peristiwa daripada maklumat pada sumber yang dipahat atau ditulis
  • Proses Kaedah Bertulis
    1. Mengenal pasti sumber bagi sesuatu peristiwa, tokoh atau institusi
    2. Mendapat dan mengesahkan sumber bertulis
    3. Mengumpul dan menyimpan sumber yang diperoleh
    4. Menggunakan peralatan yang sesuai (penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi serta peralatan arkeologi)
    5. Menganalisis
  • Kaedah Lisan
    • Proses mendapatkan maklumat melalui temu bual
    • Tokoh yang ditemu bual dikenali sebagai orang sumber
    • Maklumat diperoleh melalui pemerhatian dan pengalaman sendiri
  • Tahap Kaedah Lisan
    1. Tahap Pertama: Persediaan
    2. Tahap Kedua: Rakaman temu bual
    3. Tahap Ketiga: Memproses rakaman
  • Kaedah Arkeologi
    • Kaedah yang digunakan secara saintifik untuk mencari maklumat sejarah
    • Ekskavasi ialah proses mengumpul data dalam bidang arkeologi untuk memperoleh maklumat tentang masa lampau manusia
  • Arkeologi Bawah Air
    • Kajian saintifik tentang peninggalan manusia yang terdampar di dasar laut, sungai atau tasik
    • Jabatan Warisan Negara dan Universiti Malaysia Sabah berperanan terhadap pembangunan bidang arkeologi bawah air
    • Kajian arkeologi bawah air biasanya dikendalikan oleh pakar menggunakan teknologi dari luar negara
  • Tahap pertama: Persediaan
    1. Menentukan tokoh, menentukan skop atau perkara yang akan ditemu bual
    2. Memilih soalan yang bersifat pendekatan sejarah
  • Tahap Kedua: Rakaman Temu Bual
    1. Membuat persediaan lengkap dengan mengetahui sebanyak mungkin perkara yang dikaji
    2. Meyakinkan tokoh untuk memberikan kerjasama
    3. Menghargai tujuan pengkajian
  • Tahap Ketiga: Memproses Rakaman
    1. Membuat senarai
    2. Menyalin atau menyunting rakaman
    3. Menilai fakta-fakta dengan sumber bertulis
    4. Menyimpan rakaman dengan baik
  • Kaedah Arkeologi
    Kaedah yang dilakukan oleh penyelidik untuk mendapatkan maklumat daripada bahan tinggalan sejarah secara saintifik
  • Bahan tinggalan sejarah yang dijumpai melalui kaedah gali cari atau ekskavasi

    • Fosil
    • Tembikar
    • Bahan logam
    • Binaan daripada batu
  • Aktiviti gali cari di tapak penemuan dan di makmal arkeologi

    1. Menandakan kawasan berdasarkan pelan
    2. Mencatatkan semua penemuan
    3. Mengkatalogkan dan penyisihan mengikut jenis
    4. Pembersihan setiap artifak dengan nombor artifak dan lapisan tanah
  • Aktiviti di Makmal Arkeologi
    1. Perancangan grid dengan memberikan nombor rujukan di setiap petak
    2. Menganalisis bagi mendapatkan maklumat tentang artifak
  • Ekskavasi
    Proses penggalian dan penyelidikan secara saintifik terhadap tapak bersejarah
  • Contoh universiti awam yang terlibat dengan pembangunan arkeologi bawah air

    • Universiti Malaysia
  • Tafsiran dalam sejarah

    Menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah
  • Wujud pelbagai tafsiran terhadap sesuatu peristiwa, pengkajian dan penyelidikan sejarah
  • Kepelbagaian tafsiran tentang sesuatu peristiwa dalam kalangan sejarawan berlaku kerana pemilihan sumber yang pelbagai, perbezaan ideologi, perbezaan pandangan dan perbezaan tujuan penulisan
  • Peristiwa penentangan Haji Mat Hasan bin Munas (Tok Janggut)

    • Sejarawan tempatan menyatakan kebangkitan beliau berlaku kerana menentang tindakan British memperkenalkan peraturan cukai tarah dan hasil hutan
    • Sejarawan Barat menganggap beliau sebagai pemberontak
  • Tujuan melakukan tafsiran dalam sejarah

    • Menggalakkan penggunaan pelbagai sumber dalam penulisan
    • Mengajak menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat daripada sudut yang berbeza
    • Mendorong berfikiran terbuka dan kritis
  • Peristiwa penentangan Tok Janggut berlaku di Pasir Puteh, Kelantan pada tahun 1915 dan berjaya ditewaskan oleh British dengan bantuan tentera Negeri-Negeri Selat dan kapal perang H.M.S. Cadmus
  • Tok Janggut merupakan salah seorang tokoh nasionalis tempatan