Sejarah Form 4 Chapter 3.3

Cards (44)

  • Perang Dunia Kedua
    Peperangan yang berlaku di dua medan pertempuran, iaitu di Eropah dan Asia Pasifik dari tahun 1939-1945
  • Medan pertempuran Perang Dunia Kedua
    • Eropah dan utara Afrika
    • Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara
  • Pakatan dalam Perang Dunia Kedua

    • Kuasa Paksi
    • Kuasa Bersekutu
  • Faktor tercetusnya Perang Dunia Kedua di Eropah
    Kemunculan ideologi baharu, ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles dan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa
  • Tentera Jerman menduduki Rhineland semula pada tahun 1939
  • Perang Dunia Kedua tercetus kerana isu dalam Perang Dunia Pertama yang gagal diselesaikan
  • Fasisme
    Gerakan politik radikal di Itali yang dipimpin oleh pemimpin nasionalis berfahaman melampau, memberikan keutamaan kepada kepentingan negara melebihi kepentingan individu dan percaya kepada nasionalisme melampau termasuk berperang bagi meningkatkan imej negara
  • Gerakan fasisme di bawah pimpinan Benito Mussolini dan parti Fasis berjaya menguasai kerajaan Itali pada tahun 1922
  • Bagi memulihkan semula imejnya, Itali meluaskan tanah jajahan dengan menguasai Habsyah (Ethiopia) dan Albania
  • Nazisme
    Gerakan politik radikal di Jerman yang dipimpin oleh Adolf Hitler dan parti Nazi, mengagungkan bangsa Jerman dan berusaha untuk memulihkan nasionalisme Jerman dengan mengetepikan Perjanjian Versailles
  • Gerakan nazisme di bawah pimpinan Adolf Hitler dan parti Nazi berjaya membentuk kerajaan di Jerman pada tahun 1933
  • Hitler membina angkatan tentera semula dan seterusnya menduduki Rhineland semula, wilayahnya yang hilang melalui Perjanjian Versailles
  • Ketidakpuasan hati terhadap Perjanjian Versailles

    Jerman dan Itali tidak berpuas hati kerana Perjanjian Versailles dianggap tidak adil dan menjejaskan kedaulatan negara mereka
  • Jerman mengalami kemelesetan ekonomi dan inflasi yang teruk akibat pampasan perang yang tinggi dan perlu dibayar
  • Itali tidak berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperti yang diperoleh Perancis dan Poland
  • Liga Bangsa-Bangsa

    Berperanan untuk memastikan keamanan dunia dan mewujudkan kerjasama antarabangsa
  • Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa dalam usaha menguatkuasakan perjanjian pelucutan senjata dan menangani krisis pencerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia Pertama menyebabkan dunia terdedah kepada konflik berterusan dan mengakibatkan meletusnya Perang Dunia Kedua
  • Krisis Manchuria (1931-1933)

    Jepun menakluki Manchuria, iaitu wilayah di bawah penguasaan China
  • Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)

    Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa dan memperbesar angkatan tenteranya secara terbuka
  • Krisis Habsyah (1935-1936)

    Itali menyerang Habsyah di Afrika
  • Deutsches Reich 38
    • Setem pos Jerman 1938 meraikan hubungan erat Hitler dan Mussolini
  • Slogan di atas setem membawa maksud: "Dua orang dan satu perjuangan."
  • Kuasa utama dalam Perang Dunia Kedua
    • Britain
    • Jerman
    • Amerika Syarikat
    • Itali
    • Perancis
    • Jepun
    • Rusia
  • Ilustrasi menggambarkan kegagalan Liga Bangsa-Bangsa melaksanakan Perjanjian Pelucutan Senjata 1934
  • Poster propaganda perang Rusia
    Bermaksud Rusia bebas daripada penaklukan Jerman
  • Operasi Barbarossa
    1. Hitler mengarahkan lebih tiga juta tentera menyerang Rusia
    2. Dibantu oleh 3350 kereta kebal dan 2270 kapal terbang
    3. Operasi disertai oleh tentera Finland, Hungary dan Romania
  • Blitzkrieg
    Serangan kilat
  • Perang Dunia Kedua di Eropah meletus apabila Jerman menyerang Poland pada bulan September 1939
  • Peristiwa tersebut menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman
  • Penaklukan Jerman terhadap Eropah Barat
    1. Jerman memulakan serangan Blitzkrieg
    2. Jerman berjaya menawan Poland, Denmark, Norway, Belanda, Belgium, Luxembourg dan Perancis
    3. Jerman menguasai hampir keseluruhan negara di Eropah Barat menjelang pertengahan tahun 1941
  • Pengeboman Britain
    1. Jerman melancarkan serangan udara dan laut
    2. Jerman menyerang dan memusnahkan pelabuhan, kawasan perindustrian dan pertahanan udara Britain
    3. Serangan tersebut telah menjejaskan ekonomi Britain
  • Penyertaan Itali dalam Perang di Eropah
    1. Itali, sekutu Jerman mengisytiharkan perang terhadap Britain dan Perancis
    2. Tentera Itali menyerang Perancis melalui arah selatan
    3. Tentera Jerman menyerang Perancis dari arah utara
  • Serangan Jerman ke atas Rusia
    1. Jerman melancarkan Operasi Barbarossa
    2. Operasi ini menyasarkan bandar utama di Rusia, iaitu Leningrad, Moscow dan Stalingrad
  • Perang Dunia Kedua
    Berakhir di Eropah
  • Kerjasama kuasa besar
    • Kepentingan bekerjasama dan bermuafakat dalam menghadapi cabaran
  • Kerjasama kuasa besar
    1. Presiden Amerika Syarikat, Franklin Roosevelt dan Perdana Menteri Britain, Winston Churchill sering bertemu untuk membuat keputusan politik dan ketenteraan
    2. Kemudian, kerjasama ini melibatkan Presiden Rusia, Joseph Stalin
  • Operasi tentera Bersekutu
    Tentera darat, udara dan laut beroperasi di bawah Komander Tertinggi Bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat
  • Tiga tokoh kuasa besar dunia

    • Joseph Stalin
    • Franklin Roosevelt
    • Winston Churchill
  • Kesilapan Kuasa Paksi membuat keputusan politik dan ketenteraan dalam operasi menawan Rusia membawa kegagalan
  • Kuasa Bersekutu pimpinan Amerika Syarikat memperlihatkan keunggulan dalam perancangan ketenteraan, terutama kejayaan operasi pendaratan tentera Bersekutu di Normandy, Perancis