sej f5c1

Cards (24)

  • Bilakah konsep kedaulatan negara diasaskan?
    Zaman Tamadun Yunani - Tamadun Greek (1000-800S.M)
  • Sejak zaman manakah kedaulatan di negara kita jelas dilihat?
    ⋆ ★ Sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka
    ⋆ ★Kemerdekaan Tanah Melayu
    ⋆ ★Pembentukan Malaysia
    > mengukuhkan dan memantapkan negara bangsa kita yg bebas dan berdaulat
  • Terangkan maksud kedaulatan.
    Kedaulatan:
    ★Kuasa tertinggi sesebuah kerajaan menjalankan pemerintahan negara yang bebas dan merdeka
  • Kedaulatan ditakrifkan sebagai??
    1. Kuasa tertinggi
    2. Kewibawaan sebuah negara yang bebas
    dan
    3. Mempunyai hak utk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara
  • Takrif kedaulatan ( Bhs Yunani)
    supernuus/ superanus
    ⋆ ★agung/tertinggi merujuk negara yang bebas dan merdeka
  • Pandangan tafsiran kedaulatan Aristotle
    Aristotle( Ahli Falsafah Yunani)
    ⋆ ★ Kuasa tertingi dlm sistem pemerintahan sesebuah negara
    ⋆ ★merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang
  • Pandangan tafsiran kedaulatan Ibnu Khaldun
    Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam)
    ⋆ ★kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya
    ⋆ ★diiringi dengan kekuatan semangatt beragama
    >menyebabkan sesuatu bangsa rela utk berkorban demi mencapai cita-cita yg sama
  • Pandangan tafsiran kedaulatan Jean Bodin
    Jean Bodin (Ahli Falsafah Politik Perancis)
    ⋆ ★ialah kuasa tertinggi dalam sesebuah negara
    ⋆ ★mempunyai sifat kekal , dan mempunyai kuasa tidak terbatas untuk membuat undang-undang , mentafsir dan melaksanakannya
  • Pandangan tafsiran kedaulatan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
    Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj (Perdana Menteri Malaysia Pertama)
    ⋆ ★ Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan
    ⋆ ★yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat
  • Pandangan tafsiran kedaulatan Tun Dr Mohamed Salleh Abas
    Tun Dr Mohamed Salleh Abas ( Mantan Ketua Hakim Negara)
    asas negara yang merdeka
    ⋆ ★memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing (foreign orders)
  • Nyatakan bentuk/jenis kedaulatan.
    Kedaulatan tradisional , kedaulatan moden , kedaulatan undang-undang , kedaulatan antarabangsa
  • ciri-ciri kedaulatan tradisional
    -wujud sejak tamadun awal manusia
    -kedaulatan negara kita pada:
    kedaulatan Raja-raja Melayu
    -Kedaulatan pada kekuasaan dan kewibawaan raja
    -Raja ialah pemerintah dengan kuasa tertinggi
    -kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuhkan oleh taat setia rakyat
  • Maksud kedaulatan tradisional
    sistem pemerintah berkuasa mutlak , yang menguasai sepenuhnya segala urusan negara
  • Terangkan latar belakang tentang kemunculan kedaulatan moden
    1)Dikaitkan dengan idea negara bangsa selepas Revolusi Keagungan di England dan Revolusi Perancis.
    2) Dikaitkan dengan hak rakyat dan negara berperlembagaan
    3) Selepas Perang Dunia Pertama:
    dikaitkan dengan nasionalisme. menggunakan unsur rumpun bangsa dan bahasa untuk membentuk negara bangsa masing -masing
  • Bagaimanakah kedaulatan moden negara kita muncul?
    Kedaulatan negara kita sebagai negara bangsa lahir hasil gabungan negeri dikenali Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1963
  • Maksud dan tujuan kedaulatan undang-undang
    Maksud : Kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang perlu dipatuhi
    Tujuan : Menjamin keadilan dalam kehidupan bermasyarakat serta menjadikan negara aman , stabil dan makmur
  • Apakah kedaulatan antarabangsa?
    -Pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB) terhadap sesuatu negara yang tidak boleh dicabuli oleh negara lain.
    -Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 mengesahkan prinsip persmaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa
  • Apakah bukti kedaulatan antarabangsa penting terhadap negara kita?
    Keanggotaan negara kita dalam PBB membuktikan dunia mengiktiraf negara kita sebagai negara yang bebas , merdeka dan berdaulat
  • Nyatakan ciri-ciri negara yang berdaulat
    Mempunyai pemerintahan, mempunyai sempadan , mempunyai perundangan , mempunyai rakyat
  • 1.Mempunyai pemerintahan
    • Pemerintahan negara berdaulat wujud dan dijalankan secara teratur bagi menjaga kestabilan politik , keamanan , pertahanan dan ekonomi
    • Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen
    • Ketua Utama Negara : Yang di-Pertuan Agong
    • Ketua Kerajaan : Perdana Menteri dibantu oleh Jemaah Menteri
  • Terangkan Sistem Raja Berpelembagaan di negara kita.
    Maksud: pemerintahan beraja mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan
    Terdapat 3 Institusi Beraja dalam Perlembagaan Persekutuan
    1. Yang di-Pertuan Agong (peringkat Persekutuan)
    2. Institusi Beraja (peringkat negeri)
    3. Majlis Raja-Raja
  • 2. Mempunyai sempadan
    • merupakan garis pemisah antara negeri atau negara
    • Malaysia - negara yang berkongsi sempadan darat , air dan udara dengan negara jiran iaitu Singapura , Indonesia , Thailand , Brunei dan Filipina
    • Sempadan Malaysia diakui oleh masyarakat antarabangsa , khasnya PBB.
    • Penetapan sempadan memudahkan urusan pentadbiran , pertahanan dan pembagunan ekonomi negara kita
  • 3.Mempunyai perundangan
    • Sistem perundangan merupakan asas kepada peraturan negara
    • Tujuan- memelihara kesejahteraan , menjamin keadilan dan melindungi rakyat
    • Asas perundangan Malaysia berpandukan Perlembagaan Persekutuan
    • Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan sistem perundangan negara kita
  • 4. Mempunyai rakyat
    • Penduduk di sebuah negara
    • Rakyat terikat kepada undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh pemerintah
    • Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum , agama dan adat resam disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan , Rukun Negara serta identiti nasional yang sama