PENGAJIAM AM

Cards (53)

  • Apakah empat petunjuk negara maju?
    1. Tingkat kualiti dan hidup masyarakat yang tinggi
    2. Tingkat pendidikan masyarakat yang tinggi
    3. Tingkat kesihatan masyarakat yang tinggi
    4. Tingkat pendapatan masyarakat yang tinggi
  • Apakah langkah membina negara maju dan sejahtera?
    1. Membina ekonomi berasaskan pengetahuan.
    2. Meningkatkan sumber daya manusia
    3. Mewujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial
    4. Melakukan penghematan dan memperketatkan perbelanjaan negara
  • Nyatakan objektif/kepentingan/cita-cita Rukun Negara
    1. Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat
    2. Untuk memelihara cara hidup yang demokratik
    3. Untuk mencipta satu masyarakat yang adil
    4. Untuk membentuk satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai corak
  • Huraian bagi mencapai perpaduan yang lebih erat?
    Membentuk satu bangsa dan negara. Menganggap diri mereka sebagi rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan masing-masing.
  • Huraian untuk membentuk satu sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai corak
    bebas mengamalkan kebudayaan dan adat resam masing-masing
  • Huraian untuk mencipta satu masyarkat yang adil
    Kemakmuran negara dapat dinikmati bersama-sama secara adil dan saksama. Mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
  • Huraian untuk memelihara satu cara hidup yang demokratik
    menjamin hak kebebasan asasi dan kebebasan kegiatan politik rakyat
    asalkan tidak melanggar undang-undang negara
    kepentingan negara diutamkan lebih daripada kepentingan kaum atau pihak
  • Kenapa semangat rukun negara semakin terhakis?
    1. tiada penghayatan sejarah
    2. sentimen politik perkauman
    3. media sosial
    4. sikap materialistik
    5. kebebasan hak bersuara tanpa batas
  • Apakah objektif wawasan 2020?
    1. pembentukan Malaysia yang maju menjelang tahun 2020 serta tidak terhad kepada bidang ekonomi tapi merangkumi aspek lain seperti politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan
    2. negara maju dengan cara tersendiri, bukan sahaja dari segi lahiriah atau fizikal, malah meliputi perwujudan satu masyarkat yang sempurna dengan nilai moral dan etika
  • Masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika
    Warganegara yang kukuh dengan nilai agama dan didorong oleh nilai etika yang tinggi
  • Masyarakat penyayang dan budaya menyayangi
    Sistem sosial kepentingan masyarakat lebih penting dari diri sendiri, kebajikan insan tidak berkisarkan kepada negara atau individu, tetapi sistem kekeluargaan yang kukuh
  • Masyarakat yang liberal dan bertolak ansur
    Bebas mengamalkan agama, budaya dan adat resam sendiri tetapi setia kepada satu negara
  • Masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
    Pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, tiada lagi pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi
  • mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif
    mempunya daya perubahan yang tinggi dan memandang ke depan. bukan sahaja menjadi pengguna kepada teknologi, tetapi mampu menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi di masa hadapan
  • isu 1: pembentukan satu negara bangsa Malaysia
    1. rakyat tidak mempunyai satu pemikiran terhadap satu bangsa dan negara, sebarang bentuk kerjasama tidak akan terjalin
    2. istilah kesetian kepada negara, perpaduan negara, keharmonian negara dan toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
  • Isu 2: mewujudkan sebuah negara perindustrian
    1. mengubah corak ekonomi daripada pertanian kepada perindustrian sebagai tanda negara maju
    2. transformasi kehidupan bertani kepada peindustrian melibatkan perubahan teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan
  • isu 3: keadilan ekonomi dan sosial
    1. satu masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi dan sosial perlu bagi mewujudkan sebuah negara yang maju dan bersatu.
  • isu 4: moral dan etika
    1. berpegang teguh kepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskan kepercayaan agama
    2. faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki
  • Rancangan jangka panjang
    1. dasar ekonomi baharu (DEB)
    2. dasar pembangunan nasional (DPN)
    3. dasar wawasan negara (DWN)
    4. dasar transformasi negara (DTN)
  • Strategi serampang dua mata
    1. membasmi kemiskinan
    2. penyusunan semula masyarakat
  • Aspek kritikal DPN: mewujudkan keseimbangan yang optimum
    1. matlamat pertumbuhan ekonomi
    2. pengagihan yang saksama
  • Aspek kritikal DPN: kurang dan hapuskan tidak sama sosial dan ekonomi negara
    1. galakkan perkongsian yang lebih adil dan saksama
    2. faedah pertumbuhan yang lebih adil dan saksama untuk semua rakyat malaysia
  • aspek kritikal DPN: menggalak dan memperkukuh intergrasi nasional
    1. kurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri, bandar dan luar bandar
  • aspek kritikal DPN: menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi
  • Dimensi-dimensi DPN
    1. strategi pembasmian kemiskinan
    2. pembangunan sebuah masyarakat
    3. penekanan kepada sektor swasta
    4. pembangunan sumber manusia
  • Prinsip utama MBE: ekonomi berpendapatan tinggi
    1. ekonomi berasaskan pengetahuan
    2. inovasi dan kreatif
    3. pelaburan dalam teknologi baharu, kemahiran yang pelbagai
  • Prinsip utama MBE: kemampanan
    1. kesan pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar
    2. nilai murni dikekalkan untuk generasi akan datang
  • Prinsip utama MBE: keterangkuman
    1. memupuk semangat kekitaan
    2. mengurangkan jurang ketidaksamaan melalui penyertaan bersama-sama
    3. membantu mereka yang saling memerlukan , kebolehan usaha melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing
  • Inisiatif pembaharuan strategik MBE
    1. mewujudkan ekonomi domestik yang berdaya saing
    2. memperkukuhkan sektor awam
    3. membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan
    4. meningkatkan sumber pertumbuhan
    5. memastikan pertumbuhan yang mampan
  • Aspek kritikal yang diberi tumpuan (DPN)
    • mewujudkan keseimbangan yang optimum antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama.
    • menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dlm perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi.
  • Dimensi-dimensi baharu DPN
    • meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat
    • memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia, mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.
  • Teras kritikal DWN
    • Mengekal pertumbuhan ekonomi yang tinggi
    • mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
  • Apakah objektif dasar automotif negara?
    • menggalakkan pembangunan teknologi baru dan terkini dalm industri automotif domestik.
    • menggalakkan pembangunan aktiviti pengeluaran dalam bidang niche yang mempunyai nilai tambah yang tinggi.
  • Apakah cabaran yang dihadapi oleh sektor pertanian?
    • bekalan makanan yang mencukupi, selamat,khasiat dan bermutu tinggi pada harga yang berpatutan
    • memperkukuhkan daya saing sektor pertanian negara
    • meningkatkan pelaburan swasta dalam pengeluaran makanan
    • merubah sektor pekenbun kecil
  • Apakah objektif pertanian negara ketiga?
    • memaksimakan pendapatan melalui penggunaan sumber secara optima dalam sektor ini
  • Apakah pendekatan yang digunakan dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga?
    • Pendekatan perhutani
    • Pendekatan berasaskan produk
  • Apakah pendekatan perhutani?
    memberi perhatian kepada masalah kekurangan sumber-sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah
  • Apakah manfaat pendekatan perhutani?
    • Mengoptimumkan penggunaan sumber terutama tanah dan meningkatkan potensi penjanaan pendapatan daripada pelaburan-pelaburan perhutani
    • hasil pertanian dan perhutanan dari tanah yang sama, kurangkan permintaan untuk tanah yang baru
  • Apakah pendekatan berasaskan produk?
    • memberikan penekanan kepada keperluan dan cita rasa pengguna serta pasaran khusus di seluruh negara.
  • Apakah objektif dasar agromakanan negara?
    • Meningkatkan pendapatan kumpulan sasar dan sumbangan kepada pendapatan negara
    • Menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan