1. Reaksi penduduk terhadap dasar imperialisme British
2. Titik tolak: Dahagi India 1857
3. Awal: Bercorak gerakan yang mengutamakan isu sosioagama, Pertubuhan penting: Brahmo Samaj dan Arya Samaj, Menggiatkan rasa kecintaan kepada budaya tempatan
4. Penghujung abad ke-19: Kemunculan golongan intelektual, Lebih tersusun, Pertubuhan politik: Kongres Kebangsaan India (INC) dan Liga Muslim
5. Awal abad ke-20: Gerakan bersifat keras, Diketuai nasionalis radikal seperti Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal, Secara militan
6. Selepas Perang Dunia Pertama: INC memperlihatkan dasar tidak bekerjasama dengan British, Diterajui Mahatma Gandhi yang memupuk pegangan satyagraha
7. Selepas Perang Dunia Kedua: INC dan Liga Muslim merancang pembahagian India kepada negara India dan Pakistan, Pakistan diumumkan merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral, India diumumkan merdeka dengan Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri