1. Mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan satu Petisyen Rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa 21 hari selepas keputusan rasmi pilihan raya diwartakan
2. Antara perkara yang boleh dikemukakan petisyen ialah berlaku penyogokan atau perbuatan yang menyalahi undang-undang, tidak mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya, calon atau wakil calon hilang kelayakan, berlaku penipuan atau ugutan
3. Jika mahkamah memutuskan bahawa keputusan sesuatu pilihan raya itu tidak sah, maka SPR perlu mengadakan satu pilihan raya baru