Kerajaan Alam Melayu

Cards (24)

  • Alam Melayu
    Gugusan kepulauan dan tanah besar di bahagian tenggara benua Asia
  • Pentas Sunda
    Kawasan di Pentas Sunda ini mempunyai ciri fizikal dan hidupan yang sama
  • Definisi Alam Melayu
    • Kepulauan Melayu
    • Dunia Melayu
  • Alam Melayu meliputi kawasan dari Madagaskar ke Tanah Melayu, Papua New Guinea, Australia, New Zealand, Kepulauan Pasifik dan sampai ke Taiwan - Prof. Emeritus Dato' Dr. Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman
  • Kepulauan Melayu meliputi Tanah Melayu hingga Tenasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon hingga Papua New Guinea - Alfred Russell Wallace
  • Dunia Melayu merupakan sebuah kawasan yang luas meliputi Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Thailand dan Filipina - Prof. Dr. Ding Choo Ming
  • Bahasa Melayu
    Tergolong dalam bahasa Austronesia yang merupakan antara 200 bahasa yang dipertuturkan di Alam Melayu
  • Bahasa serumpun di Alam Melayu
    Mempunyai perkaitan dengan bahasa etnik peribumi
  • Perbandingan bahasa serumpun
    • Bahasa Melayu (Malaysia) - Empat, Lima
    • Bahasa Jawa (Indonesia) - Papat, Limo
    • Bahasa Melayu (Brunei) - Ampat, Lima
    • Tagalog (Filipina) - Apat, Lima
    • Melanau (Sibu, Sarawak) - Pat, Limah
    • Kadazandusun (Sabah) - Apat, Limo
  • Bahasa Melayu telah digunakan secara meluas di Alam Melayu sejak awal Masihi lagi
  • Sifat orang Melayu yang gemar belayar telah mengembangkan lagi bahasa Melayu ke Alam Melayu
  • Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah dipelajari membolehkan bahasa ini diterima di Alam Melayu
  • Sejak awal lagi, budaya di Alam Melayu ini telah berkembang maju dengan munculnya beberapa kepandaian tertentu dalam bidang kesenian
  • Kepandaian di Alam Melayu
    • Pembuatan gangsa
    • Seni mempertahankan diri
  • Nilai-nilai serumpun wujud dalam masyarakat Alam Melayu terutamanya gotong-royong
  • Dalam aspek seni persembahan pula, muncul wayang kulit di Kelantan dan Pulau Jawa
  • Kerajaan di Alam Melayu

    • Kerajaan Funan
    • Kerajaan Champa
    • Kerajaan Srivijaya
    • Kerajaan Angkor
    • Kerajaan Majapahit
    • Kerajaan Kedah Tua
    • Kerajaan Gangga Nagara
  • Kerajaan Funan terletak di Lembah Sungai Mekong dan wujud pada Abad Pertama dengan pusat kerajaan di Vyadhapura
  • Kerajaan Champa terletak di Selatan dan tengah Vietnam dan wujud pada Abad Kedua dengan pusat kerajaan di Indrapura
  • Kerajaan Srivijaya terletak di Lembah Sungai Musi, Sumatera dan wujud pada Abad Ketujuh dengan pusat kerajaan di Palembang
  • Kerajaan Angkor terletak di Lembah Sungai Mekong dan wujud pada Abad Kesembilan dengan pusat kerajaan di Hariharalaya
  • Kerajaan Majapahit terletak di Lembah Sungai Brantas, Jawa Timur dan wujud pada Abad Ke-13 dengan pusat kerajaan di Kota Trowulan
  • Kerajaan Kedah Tua terletak di Sungai Mas dan Sungai Bujang dan wujud pada Abad Kelima dengan pusat kerajaan di Sungai Mas dan Pangkalan Bujang
  • Kerajaan Gangga Nagara terletak di Pantai barat bahagian tengah Tanah Melayu dan wujud pada Abad Keenam dengan pusat kerajaan di Pangkalan