Kemunculan kerajaan Alam Melayu seperti kerajaan Funan, Champa, Kedah Tua, Gangga Nagara, Srivijaya, Angkor dan Majapahit telah membuktikan asas negara bangsa sudah bermula sebelum kedatangan Barat
Pembentukan negara bangsa
1. Mengambil masa yang lama
2. Melalui tahap berdasarkan sesebuah kerajaan
Ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu
Raja sebagai tonggak utama kerajaan
Para pembesar membantu memperkukuhkan kedudukan raja dengansistem pentadbiran
Undang-undang dicipta untuk memeliharakeamanan dan melindungi rakyat, digunakan di seluruh wilayah pengaruh sebagai panduan dalam mentadbir kerajaan
Wilayah pengaruh bermaksud terdapat tempat tinggal, rakyat menerima pemerintahanseorang raja
Rakyat merujuk kepada penduduk yang tinggal di sesebuah wilayah, terikat kepada undang-undang, rakyat hendaklah taat kepada raja
Ciri-ciri negara bangsa membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya dan diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka menyerapkan ciri-ciri lain dalam memperkukuh negara bangsa kesultanan ini
Kesultanan Johor-Riau pula meneruskan ciri-ciri ini dengan menekankan kepentingan Islam dalam usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa
Negara Bangsa
Asas pembinaan negara dan bangsa Malaysia ialah Kesultanan Melayu Melaka
Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka
Mempunyai sistem politik, peraturan dan pentadbiran yang tersendiri
Raja merupakan pemerintah tertinggi
Menggunakan Sistem Pembesar Empat Lipatan (Bendahara, Penghulu Bendahari, Laksamana, Temenggung)
Menggunakan gelaran sultan setelah kedatangan Islam
Rakyat Kesultanan Melayu Melaka
Terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut
Terdapat golongan merdeka dan hamba
Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan
Kedaulatan Kesultanan Melayu Melaka
Lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan
Hak mutlak sultan untuk kawal rakyat dan wilayah
Bebas daripada campur tangan kuasa asing
Diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming
Hubungan Kesultanan Melayu Melaka dengan Dinasti Ming
Kerajaan Dinasti Ming telah menghantar orang utusan, diketuai oleh Laksamana Cheng Ho untuk mengeratkan hubungan
Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka
Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat
Merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumetara
Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan
Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka
Terdapat dua undang-undang bertulis: Hukum Kanun Melaka & Undang – undang Laut Melaka
Digunakan untuk mengukuhkan kerajaaan dan melindungi kerajaan
Lambang Kebesaran Kesultanan Melayu Melaka
Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka
Simbol kedaulatan sultan yang memerintah
Termasuklah adat istiadat, penggunaan warna , nobat, regalia and cap mohor
Cap Mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan
Wilayah taklukan Kesultanan Melayu Melaka
Pahang
Kuala Linggi
Kelantan
Rokan
Inderagiri
Kampar
Wilayah naungan Kesultanan Melayu Melaka
Lingga
Patani
Kedah
Perolehan wilayah melalui perkahwinan
Kerajaan Majapahit hadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini Puteri Majapahit
Pembesar Empat Lipatan
Sistem pentadbiran yang tersusun
Sultan Melaka
Memberi kuasa memerintah atau mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat
Kawasan pegangan
Setiap kawasan dikenali sebagai kawasan pegangan
Undang-undang Kesultanan Melayu Melaka
Hukum Kanun Melaka
Undang-undang Laut Melaka
Hukum Kanun Melaka
Mengandungi 44 fasal yang membincangkan tentang jenayah, bidang kuasa sultan dan pembesar, kekeluargaan, dan hal berkaitan dengan ekonomi
Hukum Kanun Melaka
Antara hukuman setimpal dikenakan terhadap jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri
Sultan bertanggungjawab untuk melantik pembesar
Isu kekeluargaan diberi perhatian untuk keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah dalam keluarga dan perkahwinan
Amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan
Hanya raja yang boleh gunakan perkataan titah, murka, kurnia, dan anugerah
Undang-undang Laut Melaka
Nakhoda berperanan penuh dan diibarat sebagai raja dalam pelayaran
Malim harus arif dalam ilmu pelayaran dan mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang
Seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal akan dikenakan hukuman mati
Nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang
Undang-undang Laut Melaka diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka iaitu Nakhoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak, dan diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah
Rakyat bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar
Saling berkait antara satu sama lain
Perkaitan ini berfungsi menggerakkan jentera kerajaan dan sistem pemerintahan
Hubungan timbal balik mengukuhkan pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka
Golongan dalam masyarakat Kesultanan Melayu Melaka
Golongan pemerintah
Golongan diperintah
Golongan pemerintah
Sultan
Pembesar
Kerabat raja
Ulama
Peranan Sultan
Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda
Mewujudkan perpaduan rakyat
Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan
Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat
Peranan Pembesar
Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan
Menjadi perantara sultan dengan rakyat
Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah
Peranan Rakyat
Taat setia kepada pemerintah
Mematuhi segala arahan pemerintah
Tidak menderhaka kerana takut ditimpa tulah
Menghadiri majlis umum
Menjadi tentera, pengayuh atau pendayung kapal perang
Menyumbang tenaga kerja seperti membina istana atau jalan
Tulah
Kecelakaan yang menimpa seseorang sebab melanggar larangan atau titah raja dan derhaka kepada raja