BIOLOGI FORM 4

Cards (194)

  • Biologi
    Kajian terperinci tentang benda hidup dan persekitaran semula jadi
  • Perkataan 'Biologi' berasal daripada bahasa Yunani iaitu 'bios' yang bermaksud kehidupan dan 'logos' yang bermaksud kajian
  • Bidang kajian biologi
    • Botani
    • Mikrobiologi
    • Fisiologi
    • Ekologi
    • Genetik
  • Sumbangan biologi dalam kehidupan harian
    • Bidang perubatan
    • Bidang farmasi
    • Bidang penghasilan makanan
    • Bidang pertanian
  • Kerjaya dalam biologi
    • Ahli farmasi
    • Ahli biologi hidupan liar
  • Stesen pancuran kecemasan
    Digunakan apabila bahagian badan terkena bahan kimia atau bahan-bahan berbahaya
  • Stesen pencuci mata
    Digunakan untuk mencuci mata apabila terkena bahan kimia atau bahan-bahan berbahaya
  • Kebuk wasap
    Untuk mengelakkan daripada terhidu gas-gas yang berbahaya seperti klorin, bromin dan nitrogen dioksida
  • Kabinet aliran lamina
    Menyediakan aliran udara yang ditapis di ruang kerja yang bersih di dalam kabinet aliran lamina
  • Kabinet keselamatan biologi
    Menyediakan ruang kerja yang tertutup untuk mengkaji bahan yang telah (atau berkemungkinan telah) dicemari oleh patogen
  • Peralatan keselamatan
    • Gogal
    • Topeng muka
    • Sarung tangan makmal
    • Pencuci tangan
    • Baju makmal
    • Kasut makmal
  • Bahan yang boleh dibuang ke dalam sinki
    • Bahan kimia yang mempunyai nilai pH 5-9
    • Cecair dan larutan yang mempunyai kepekatan rendah dan tidak berbahaya kepada pengguna
  • Bahan yang tidak boleh dibuang ke dalam sinki
    • Sebatian pelarut organik
    • Bahan kimia dengan nilai pH kurang dari 5 atau lebih dari 9
    • Bahan kimia
    • Sisa pepejal
    • Logam berat
    • Bahan meruap
    • Bahan toksik
    • Bahan sisa organik
    • Bahan reaktif
    • Bahan radioaktif
  • Kategori bahan sisa biologi
    • Kategori A (sisa tajam)
    • Kategori B (sisa tidak tajam)
    • Kategori C (bangkai haiwan)
    • Kategori D (cecair)
  • Kaedah mengurus bahan sisa biologi
    1. Dimasukkan ke dalam bekas yang disediakan khas
    2. Dibungkus dahulu di dalam beg plastik biobahaya tahan autoklaf, disterilkan di dalam autoklaf untuk nyahkontaminasi, dan kemudiannya dimasukkan ke dalam tong biobahaya
    3. Dibungkus dengan rapi menggunakan bahan penyerap, dibungkus dengan rapi di dalam beg plastik biobahaya dan disejukbeku
    4. Semua sisa cecair biologi mesti dinyahkontaminasi secara autoklaf sebelum dilupus
  • Langkah-langkah mengurus tumpahan bahan kimia am
    1. Maklumkan kepada guru
    2. Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan
    3. Sekat tumpahan bahan kimia daripada merebak dengan menggunakan pasir
    4. Kaut tumpahan bahan kimia dengan menggunakan alat yang sesuai
    5. Buang dengan selamat
  • Langkah-langkah mengurus tumpahan merkuri

    1. Maklumkan kepada guru
    2. Jadikan kawasan tumpahan kawasan larangan
    3. Tabur serbuk sulfur untuk menutupi tumpahan merkuri
    4. Hubungi pihak bomba
  • Amalan-amalan dalam makmal biologi
    • Etika pakaian
    • Peraturan keselamatan makmal
  • Langkah keselamatan berhubung kebakaran
    1. Hentikan kerja serta-merta dan matikan semua punca elektrik berdekatan serta cabutkan palam
    2. Keluar dari makmal mengikut laluan pelan kecemasan yang ditetapkan
    3. Hubungi pihak bomba
    4. Jangan cemas dan tolak-menolak
    5. Jangan berpatah balik untuk mengambil barang yang tertinggal
    6. Berkumpul di tempat yang telah ditetapkan
  • Pengendalian barangan kaca dan bahan kimia
    • Berjaga-jaga apabila mengendalikan barangan kaca panas
    • Laporkan sebarang kerosakan peralatan atau barangan kaca kepada guru dengan segera
    • Jauhkan bahan kimia mudah terbakar daripada sumber nyalaan api
    • Dilarang menyentuh, merasa dan menghidu bahan kimia secara langsung
  • Pengendalian spesimen hidup
    • Guna sarung tangan yang sesuai ketika mengendalikan spesimen biologi
    • Spesimen yang tidak berbahaya dan telah dibedah hendaklah ditanam atau disejukbeku
    • Cuci tangan dengan bahan pencuci antiseptik sebelum dan selepas eksperimen
    • Semua permukaan dan tempat kerja hendaklah dibersihkan dengan disinfektan sebelum meninggalkan makmal
  • Prosedur bantuan kecemasan
    1. Maklumkan kepada guru
    2. Hubungi talian kecemasan
    3. Pindahkan mangsa dari tempat kejadian
    4. Beri rawatan kecemasan
    5. Jadikan tempat kemalangan kawasan larangan
  • Amalan sikap saintifik dan nilai murni
    • Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekeliling
    • Jujur dan tepat dalam merekod serta mengesahkan data
    • Rajin dan tabah dalam menjalankan sesuatu kajian
    • Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar
    • Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat
    • Menghargai sumbangan sains dan teknologi
    • Berfikirian terbuka
  • Spesimen yang tidak berbahaya dan telah dibedah
    • Hendaklah ditanam atau disejukbeku
  • Prosedur sekiranya berlaku kemalangan
    1. Maklumkan kepada guru
    2. Hubungi talian kecemasan
    3. Pindahkan mangsa dari tempat kejadian
    4. Beri rawatan kecemasan
    5. Jadikan tempat kemalangan kawasan larangan
  • Amalan sikap saintifik dan nilai murni
    • Minat dan sifat ingin tahu tentang alam sekeliling
    • Jujur dan tepat dalam merekod serta mengesahkan data
    • Rajin dan tabah dalam menjalankan sesuatu kajian
    • Bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan rakan serta terhadap alam sekitar
    • Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat
    • Menghargai sumbangan sains dan teknologi
    • Berfikiran kritis dan analitis
  • Jadual
    Digunakan untuk merekod dan mempersembahkan data
  • Graf
    Menggambarkan hubungan antara pemboleh ubah dimanipulasikan dan pemboleh ubah bergerak balas
  • Kaedah melukis graf
    1. Pemboleh ubah bergerak balas diwakili oleh paksi menegak (paksi-y)
    2. Pemboleh ubah dimanipulasikan diwakili oleh paksi mendatar (paksi-x)
    3. Skala pada paksi harus seragam
    4. Tanda titik dengan simbol yang sesuai seperti 'x'
    5. Tajuk untuk graf: "Graf (pemboleh ubah bergerak balas) melawan (pemboleh ubah dimanipulasikan)"
  • Carta bar (carta palang)
    Mempersembahkan data menggunakan palang menegak yang bercantum antara satu sama lain
  • Kaedah melukis carta bar (carta palang)
    1. Lukis dua paksi iaitu paksi mendatar/x untuk mewakili pemboleh ubah dimanipulasikan dan paksi menegak/Y bagi menunjukkan pemboleh ubah bergerak balas
    2. Setiap lebar palang perlu seragam
    3. Tinggi palang bergantung pada kekerapan atau frekuensi sesuatu data
    4. Carta bar digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih perkara pada sesuatu masa
  • Histogram
    Menunjukkan taburan data secara visual dan kekerapan sesuatu nilai dalam suatu kumpulan data
  • Kaedah melukis histogram
    1. Lukis dua paksi iaitu paksi mendatar/x untuk mewakili data yang telah dibahagikan kepada kumpulan mengikut sela yang sesuai dan paksi menegak/Y untuk menunjukkan kekerapan
    2. Masukkan label dan unit paksi
    3. Saiz atau lebar palang hendaklah sama untuk semua sela kelas dan tiada jarak antara palang
  • Ciri-ciri lukisan biologi
    • Besar dan tepat; gunakan pensel yang tajam dan bukan pensel warna atau pen
    • Garisan lukisan perlulah jelas, bersih, berterusan dan tidak terputus-putus
    • Jangan gunakan pembaris untuk melukis garis bentuk spesimen
    • Lukisan mesti berlabel
    • Garis label mesti tertuju pada struktur yang betul, tiada kepala anak panah, mestilah lurus dan tidak bersilang antara satu sama lain
    • Lukisan harus mempunyai tajuk
    • Setiap struktur dalam lukisan mesti terletak pada kedudukan yang betul dan saiznya berkadaran dengan semua struktur yang lain
    • Lukisan pelan ialah lukisan garisan yang menunjukkan garis bentuk struktur
    • Lukisan terperinci menunjukkan sel-sel dalam struktur
    • Faktor pembesaran lukisan mesti dinyatakan
  • Satah
    Satah sagital (membahagikan tubuh kepada bahagian kiri dan kanan)<|>Satah frontal (membahagikan tubuh kepada bahagian depan dan belakang)<|>Satah melintang (membahagikan tubuh kepada bahagian atas dan bawah)
  • Keratan
    Keratan rentas membahagikan struktur kepada bahagian atas dan bawah secara melintang<|>Keratan membujur membahagikan struktur kepada bahagian kiri dan kanan
  • Arah
    Anterior (menuju ke arah depan jasad)<|>Ventral (menuju ke arah bawah jasad)<|>Posterior (menuju ke arah belakang jasad)<|>Dorsal (menuju ke arah atas jasad)<|>Superior (berada di atas bahagian lain atau menuju ke arah kepala)<|>Inferior (berada di bawah bahagian lain atau menuju ke arah kaki)<|>Lateral (berada di bahagian jauh dari garisan tengah atau berada pada bahagian tepi jasad)
  • Langkah-langkah untuk menjalankan penyiasatan saintifik
    1. Mengenal pasti masalah yang boleh diuji dengan penyiasatan saintifik
    2. Membina hipotesis
    3. Mengenal pasti dan mengawal pemboleh ubah serta kaedah pengumpulan data
    4. Merancang dan menjalankan penyiasatan saintifik
    5. Mengumpul data
    6. Menginterpretasi data dan keputusan melalui penaakulan saintifik
    7. Membuat kesimpulan
    8. Menulis laporan
  • Sel haiwan
    Komponen sel berbentuk rod atau sfera<|>Terdiri daripada dua lapisan membran, iaitu membran luar yang licin dan membran dalam yang berlipat-lipat<|>Mengandungi enzim yang terlibat dalam respirasi sel<|>Tapak penjanaan tenaga melalui proses pengoksidaan glukosa semasa respirasi sel<|>Tenaga dijana dalam bentuk molekul ATP (adenosina trifosfat) untuk digunakan oleh sel
  • Mitokondria
    • Struktur silinder kecil yang wujud secara berpasangan dalam sel haiwan
    • Terdiri daripada susunan mikrotubul
    • Tidak wujud dalam sel tumbuhan
    • Membentuk gentian gelendong semasa pembahagian sel