Pembentukan ciri-ciri negara bangsa kerajaan Alam Melayu berbeza daripada yang berlaku di Barat. Ciri-ciri negara bangsa berkembang mengikut peredaran masa dan keperluan.
Ciri-ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu
Raja
Undang-undang
Wilayah Pengaruh
Rakyat
Raja
Menjadi tonggak utama kerajaan
Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentadbiran yang dibantu oleh para pembesar
Raja memperoleh ketaatan daripada rakyatnya
Raja sentiasa ditaati dan dianggap suci
Undang-undang
Dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sesebuah kerajaan
Terpakai di seluruh wilayah pengaruh dan menjadi panduan dalam pentadbiran kerajaan
Wilayah Pengaruh
Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja
Rakyat
Penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka
Kerajaan Funan
Mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar dan Segenting Kra
Kerajaan Srivijaya
Rakyat membuktikan kesetiaan mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah
Kerajaan Majapahit
Mengamalkan undang-undang Kutara Manawa
Raja Champa
Dianggap sebagai pemerintah yang suci dan dikaitkan dengan Dewa Siva
Kesinambungan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh kerajaan Alam Melayu sebelumnya, iaitu kerajaan Funan dan Champa, memberikan asas yang kukuh untuk kerajaan Srivijaya berkembang dan muncul sebagai empayar yang terkenal
Ciri-ciri negara bangsa membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya dan diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka
Kesultanan Melayu Melaka menyerapkan ciri-ciri lain dalam memperkukuh negara bangsa kesultanan ini
Kesultanan Johor-Riau meneruskan ciri-ciri ini dengan menekankan kepentingan Islam dalam usaha melaksanakan ciri-ciri negara bangsa
Ciri-ciri negara bangsa yang menjadi warisan telah memperkukuh kerajaan Srivijaya, Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Johor-Riau
Pewarisan ini menyebabkan kerajaan tersebut terkenal dan berkuasa di Alam Melayu
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan bekerjasama untuk mempertahankan warisan negara