Sejarah ialah peristiwa yang berlaku pada masa lalu.
Sejarawan merupakan ahli sejarah yang menyelidiki rekod-rekod lalu dan memuatkan dapatan kajian mereka seperti dalam bentuk buku, monograf atau makalah.
Dalam bahasa Melayu:
istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab, “syajaratun” yang bererti pokok. Sejarah juga dikaitkan dengan salasilah, riwayat, keturunan dan asal usul.
Iktibar: pengajaran.
Monograf: tulisan, huraian, rencana.
Tafsiran: penjelasan, pengertian atau pendapat.
Tambo: riwayat dahulu kala.
Herodotus
Penceritaan tentang tindakan manusia yang penting dan mengagumkan serta sebab berlakunya sesuatu peristiwa.
Sejarawan yang mula menggunakan perkataan sejarah atau historia yang bermaksud “penyelidikan atau penyiasatan terhadap peristiwa silam mahupun sezaman”.
Karyanya yang terkenal ialah Histories atau Sejarah Perang Parsi (The Persian War) yang ditulis berdasarkan kajiannya terhadap peristiwa yang benar berlaku.
E.H. Carr
Suatu proses interaksi berterusan antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, suatu dialog yang tidak berkesudahan antara masa kini dengan masa lampau.
Sejarah merupakan tindak balas pembaca terhadap penulisan sejarah, iaitu fakta-fakta yang ditulis oleh sejarawan.
Karyanya yang terkenal ialah What is History?
Ibn Khaldun
Sejarah membicarakan perkara tentang masyarakat manusia, peradaban dunia dan perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-sifat masyarakat itu.
Karyanya yang terkenal ialah Muqaddimah yang mengandungi enam bab menceritakan dan mengupas perihal kehidupan manusia bermula zaman primitif hingga kehidupan di bandar.
Khoo Kay Kim
Sejarah merujuk kepada apa-apa yang pernah atau sudah berlaku. Sejarah mendorong kita lebih memahami apa-apa yang berlaku pada masa kini, di samping menjamin kesilapan yang sama tidak berulang. Sejarah ialah ibu kepada semua bidang.
Antara sejarawan tempatan tersohor yang mengkaji sejarah Malaysia.
Muhd Yusof Ibrahim
Sejarah ialah masa lalu itu sendiri. Sejarah juga merupakan catatan ataupun rekod tentang sesuatu peristiwa yang berlaku pada suatu masa yang lalu.
Sejarawan tempatan yang mengkaji tentang ilmu dan disiplin sejarah.
Antara karya beliau yang terkenal termasuklah Sejarawan dan Persejarahan Melayu: Tradisi dan Transformasi.
Kamus Dewan mendefinisikan sejarah sebagai:
asal usul (keturunan), salasilah.
peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu yang lampau, kisah, riwayat dan tambo.
kajian atau pengetahuan tentang peristiwa-peristiwa yang telah lalu.
Dalam bahasa Inggeris, sejarah ialah history:
history bererti cerita tentang seseorang. Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani, historia yang bererti penyelidikan.